Resume ‘Bukan Fresh Graduate’ dari Kaca Mata Seorang Penemu duga

Jul 03, 2025 2 Minit
resume
Sumber:

imej oleh @ijeab dari freepik.com

Apa yang Penemuduga Cari dalam Resume Anda Jika Anda Bukan Lagi Fresh Grad

Tajuk ini ditulis atas permintaan ramai. Saya mulakan dengan penafian bahawa apa yang saya tulis ini adalah pandangan peribadi semata-mata, berdasarkan pengalaman. Anda bebas untuk tidak bersetuju.

Semua perkara 1–5 dalam artikel sebelum ini masih relevan. Di sini saya sertakan perkara tambahan:

1. Pengalaman kerja:

Kesalahan yang biasa dibuat ialah anda hanya ‘copy & paste’ JD (job description) ke dalam resume. Cara terbaik, tuliskan 3–5 tugasan atau peranan utama anda di setiap organisasi dalam ayat yang ringkas dan mudah difahami. Tidak perlu tulis seperti karangan. Gunakan ‘common keywords’ kerana setiap organisasi menggunakan istilah yang berbeza.

2. Sebab berhenti:

Ini khusus buat ‘job hopper’ yang bekerja kurang daripada 3 tahun di sesuatu tempat. Kenapa 3 tahun? Bagi saya, dalam tempoh itu barulah anda dapat memahami keseluruhan ‘business cycle’ sesebuah syarikat. Nyatakan dengan jelas sebab berhenti pada setiap pengalaman kerja terdahulu. Contohnya: contract employment, promotion in the career, switch to original educational background as mechanical engineer, dan sebagainya. Tanpa maklumat ini, saya (sebagai penemuduga) akan membuat pelbagai spekulasi — untuk mengelakkan diri menjadi mangsa loncatan anda yang seterusnya.

Artikel ini mungkin menarik minat anda:
Kerja Pertama: Asas Kejayaan Kerjaya Anda

3. Kemahiran (skills):

Senaraikan semua kemahiran yang anda miliki mengikut tahap: beginner, intermediate, atau expert.

4. Projek utama & pencapaian:

Senaraikan semua projek yang anda ketuai serta pencapaiannya secara ringkas dan padat. Jika anda hanya berperanan sebagai ahli pasukan (team member), nyatakan sumbangan anda sahaja. Elakkan ‘overclaim’.

5. Jangkaan gaji (expected salary):

Ada baik dan buruknya. Baiknya, jika pengalaman dan kemahiran anda sepadan dengan gaji yang diminta, anda mungkin terus disenarai pendek. Kurangnya, jika permintaan gaji anda terlalu tinggi berbanding pekerja sedia ada yang mempunyai pengalaman dan kemahiran setara. Setiap syarikat ada julat gaji masing-masing. Panjang kalau nak ulas topik ini — mungkin dalam pos akan datang.

6. Umum:

Sentiasa ingat — resume anda mencerminkan nilai yang anda ingin tawarkan kepada sesebuah organisasi. Setiap maklumat mesti memenuhi kehendak penilai. Ambil resume anda, dan bayangkan anda ialah seorang hiring manager. Nilaikan sendiri resume anda, atau minta mereka yang berpengalaman menilai. Jika anda berjaya meyakinkan diri sendiri atau rakan anda, insya-Allah resume itu juga akan mampu meyakinkan mereka yang tidak mengenali anda.

Semoga bermanfaat.

Artikel ini disiarkan atas kebenaran penulis. Boleh lihat artikel asal di sini

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Alt

Mohammad Syukur Md Noh ialah Pengarah Operasi Pengeluaran di B. Braun Medical. Beliau aktif berkongsi kepakaran dan pandangan industri di LinkedIn.

Alt

Cadangan Buat Kamu

pekerjaan, bos, pekerja

Adakah Anda Perlu Menyukai Pekerjaan Anda?

Oleh Jacob Morgan. Kita sering percaya bahawa kita perlu menyukai setiap aspek pekerjaan kita—tetapi adakah itu benar-benar perlu?

Feb 11, 2025 2 Minit

Wanita

Kehidupan Seharian Pekerja Gudang Wanita di NinjaVan Malaysia

Pernah terfikir bagaimana rasanya menjadi seorang wanita yang bekerja dalam industri yang kebanyakannya didominasi oleh lelaki? Dalam video ini, kami berbual dengan Nurazlin, seorang pekerja gudang wanita di #NinjaVanMalaysia, untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman dan kejayaannya sebagai seorang wanita dalam dunia lelaki.

Mar 15, 2023 10 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest