Dua Hari Bersejarah: Memahami 31 Ogos dan 16 September

Sep 03, 2025 2 Minit
Malaysia
Sumber:

imej oleh @wirestock daripada freepik.com 

Kenali perbezaan antara Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, serta kisah penting di sebalik kedua-dua tarikh ini.

Pada 31 Ogos yang lalu, bersamaan hari Ahad, rakyat Malaysia telah menyambut Hari Kebangsaan, yang juga dikenali sebagai Hari Merdeka ke-68. Seperti setiap tahun, sambutannya penuh bermakna dengan kemeriahan Ambang Merdeka pada malam 30 Ogos, diikuti acara rasmi pada 31 Ogos di Dataran Putrajaya. Tema sambutan tahun ini ialah “Malaysia Madani: Rakyat Disantuni.”

Namun, masih ada dalam kalangan kita yang keliru antara Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Hakikatnya, kedua-duanya membawa maksud yang berbeza.

Hari Merdeka – 31 Ogos 1957

Pada tarikh keramat ini, Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British. Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, melaungkan “Merdeka!” sebanyak tujuh kali di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, diikuti dengan majlis mengibarkan bendera dan nyanyian lagu kebangsaan Negaraku. Peristiwa bersejarah ini menandakan lahirnya sebuah negara berdaulat selepas ratusan tahun dijajah.

“Kita semua adalah rakyat Malaysia dan kemerdeaan inilah menyatukan kita. Ingatlah bahawa toleransi adalah kekuatan kita sebagai rakyat dan bangsa” - Tunku Abdul Rahman

Artikel ini mungkin menarik minat anda:
Kemerdekaan Dalam Organisasi

Hari Malaysia – 16 September 1963

Selepas kemerdekaan, beberapa siri perjanjian dan perbincangan antara para pemimpin telah diadakan. Tunku Abdul Rahman mencadangkan penggabungan Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak, dan Singapura dengan Tanah Melayu bagi mengukuhkan kedudukan rantau ini. Hasil perundingan tersebut, terbentuklah sebuah negara baharu bernama Malaysia pada 16 September 1963.

Pada asalnya, pengisytiharan Malaysia dirancang pada 1 Jun 1963, kemudian ditangguhkan ke 31 Ogos bagi diselaraskan dengan sambutan kemerdekaan Tanah Melayu yang ke-6. Namun, kerana bantahan daripada Indonesia dan Filipina serta keperluan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengadakan pemungutan suara di Sabah dan Sarawak, tarikh pengisytiharan akhirnya ditetapkan pada 16 September 1963.

Apa Bezanya?

  • Hari Kemerdekaan (31 Ogos) → memperingati kebebasan Tanah Melayu daripada penjajah British.
  • Hari Malaysia (16 September) → memperingati lahirnya Malaysia sebagai sebuah negara bersatu.
  • Hari Kebangsaan → istilah yang digunakan selepas 1963 untuk meraikan 31 Ogos sebagai simbol penyatuan seluruh rakyat Malaysia, bukan hanya Semenanjung.

Sejak itu, 31 Ogos dan 16 September diraikan setiap tahun bukan sekadar sebagai tarikh bersejarah, tetapi sebagai pengingat bahawa kebebasan dan perpaduan adalah asas kepada negara kita.

Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita menghayati makna sebenar kemerdekaan: bukan sahaja bebas daripada penjajahan, tetapi juga hidup bersatu dengan nilai hormat, kasih sayang, dan kebersamaan.

Selamat Hari Kebangsaan dan Selamat Hari Malaysia 2025!

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Alt

Berlatarkan pendidikan dalam Bahasa dan Linguistik Melayu, Amirah Nadiah gemar membaca dan mengikuti perkembangan semasa, yang membolehkannya kekal peka terhadap pelbagai isu. Sebagai seorang Content Editor, beliau aktif dalam kerja terjemahan serta penghasilan kandungan yang menarik dan meyakinkan. Pada masa lapang, beliau suka berkongsi frasa self-love di platform X miliknya.

Alt

Cadangan Buat Kamu

stress

Mengapa Tekanan Tempat Kerja Tidak Wujud

Oleh Lee Nallalingham. Membongkar tekanan di tempat kerja: Ini bukan kerja, tetapi cara anda mengendalikannya! Selami komunikasi, keutamaan dan akauntabiliti untuk merungkai mitos.

May 01, 2024 4 Minit

Alt

Mindset Positif - Bagaimana untuk Mempunyai Minda Positif?

Pelajari cara untuk menyingkirkan pemikiran negatif, membina mindset yang berdaya tahan dan fokus kepada perkembangan, serta membuka manfaat pemikiran positif dalam setiap aspek kehidupan anda—baik secara peribadi mahupun profesional.

Jan 04, 2025 2:17 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest