Fokus Pada Pilihan Anda, Bukan Penilaian Orang Lain

Jan 13, 2026 2 Minit
fokus
Sumber:

imej dari @rawpixel.com dari freepik

Jangan Terlalu Stres Dengan Perkara yang Tidak Boleh Dikawal

Terlalu ramai antara kita terperangkap dalam perangkap kehidupan yang sama iaitu terlalu stres memikirkan perkara yang berada di luar kawalan kita. Tanpa sedar, kita sering meyakinkan diri bahawa setiap keputusan, pandangan orang lain, dan hasil usaha bergantung sepenuhnya pada kita. Akibatnya, kita menjadi tertekan, kurang fokus, dan sukar maju ke hadapan.

Kita mungkin risau tentang bagaimana orang menilai keputusan kita, apa yang mereka fikirkan tentang diri kita, atau bagaimana sesuatu usaha akan berakhir. Namun, cara berfikir seperti ini hanya menambah tekanan dan menghalang kita daripada mencapai potensi diri yang sebenar.

Fokus Pada Apa yang Boleh Dikawal

Hakikatnya, ada banyak perkara yang kita tidak boleh kawal. Kita tidak mampu mengawal penilaian orang lain, tidak dapat mengubah apa yang berlaku di masa lalu, dan tidak boleh memastikan setiap situasi berjalan seperti yang dirancang.

Apa yang kita boleh kawal ialah: pilihan yang kita buat selepas ini, usaha yang kita curahkan, nilai dan integriti yang kita pegang, reaksi kita terhadap situasi, serta cara kita bercakap dengan diri sendiri. Apabila kita mengalihkan fokus kepada perkara-perkara ini, barulah ketenangan, kejelasan, dan kemajuan sebenar dapat dicapai, walaupun hidup kita sentiasa tidak menentu.

Memahami perbezaan antara apa yang boleh dan tidak boleh dikawal bukan sahaja mengurangkan tekanan, malah membantu kita memberi tumpuan pada pertumbuhan diri dan pencapaian yang lebih bermakna. Fokus kepada diri sendiri, usaha yang kita lakukan, dan cara kita bertindak kerana itulah kunci untuk maju dengan tenang dan yakin.

Anda mungkin menyukai artikel ini:

Bagaimana untuk Bangkit Semula Selepas Kegagalan?

Amalkan Three Paper Method

Masalah sering timbul apabila kita terlalu fokus pada perkara yang di luar kawalan, sehingga akhirnya mudah berfikir berlebihan (overthinking).

Menurut perkongsian Da’ii Izhar RaziThree Paper Method adalah kaedah di mana kita menumpahkan dan mencurahkan segala perkara yang berada dalam fikiran ke atas kertas. Pada permulaan, tuliskan semua masalah tanpa meninggalkan salah satu pun. Helaian pertama adalah untuk masalah, helaian kedua untuk emosi yang kita rasai, seperti marah, kecewa, geram, benci, atau sedih. Pada helaian ketiga pula, pilih daripada helaian pertama perkara yang berada dalam kawalan kita.

Circle of Influence dan Circle of Concern
Circle of Concern merujuk kepada perkara yang berada di luar kawalan kita. Contohnya, kata-kata yang dilontarkan oleh orang lain.

Berdasarkan helaian pertama, kita boleh asingkan perkara yang berada dalam Circle of Concern dan Circle of Influence. Perkara yang berada di luar kawalan boleh dipadamkan dari senarai, manakala perkara yang berada dalam kawalan kita (Circle of Influence) menjadi fokus. Akhirnya, hanya perkara dalam Circle of Influence yang dipindahkan ke helaian ketiga iaitu perkara yang kita boleh lakukan dan kawal.

Dengan cara ini, kita dapat menumpukan tenaga dan perhatian kepada perkara yang benar-benar penting, mengurangkan tekanan, dan meningkatkan produktiviti serta ketenangan minda.

Baca lagi: Mereka yang Memacu Semangat Anda

Kesimpulan

Fokus pada apa yang boleh dikawal pilihan, usaha, dan reaksi diri. Lepaskan yang berada di luar kawalan, dan gunakan tenaga kita untuk berkembang, capai potensi sebenar, dan buat perubahan yang bermakna dalam hidup.

Baca lagi: Kesunyian: Musuh atau Kawan?

 

 

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Sumber Rujukan:

Alt

Amirah ialah editor Bahasa Melayu di Leaderonomics dengan latar belakang dalam bidang Linguistik dan Bahasa Melayu. Bagi Amirah, menulis bukan sekadar tugas, tetapi ruang untuk meneroka idea dan berkongsi perspektif. Di luar kerja, dia gemar menonton Netflix, mencuba makanan baharu dan menikmati secawan matcha.

Alt

Cadangan Buat Kamu

A young woman behind the counter

Jangan Terlalu Memilih Ketika Mencari Kerja

Oleh Manisha Mutiara Tsani. Terokai mengapa pengalaman kerja pertama merupakan asas penting untuk membina kerjaya yang kukuh dan mampan dalam jangka panjang.

Jul 15, 2026 3 Minit

Wanita

Kehidupan Seharian Pekerja Gudang Wanita di NinjaVan Malaysia

Pernah terfikir bagaimana rasanya menjadi seorang wanita yang bekerja dalam industri yang kebanyakannya didominasi oleh lelaki? Dalam video ini, kami berbual dengan Nurazlin, seorang pekerja gudang wanita di #NinjaVanMalaysia, untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman dan kejayaannya sebagai seorang wanita dalam dunia lelaki.

Mar 15, 2023 10 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest