“Fake Work” vs “Real Work”

Jun 30, 2024 • 1 Minit
Kerja
Sumber:

Gambar daripada Storyset

Baru-baru ini saya terbaca suatu idea berkenaan "fake work" dan "real work".

"Real work" adalah kerja yang memberikan impak kepada kemajuan kerja kita. Manakala "fake work" adalah kerja-kerja yang nampak seperti akan ada kemajuan, tetapi tidak memberikan apa-apa kesan kepada keseluruhan kerja kita.

Isunya adalah apabila kita banyak melakukan "fake work" berbanding "real work". Sampai satu tahap, apabila sampai hujung tahun, kita tidak pasti apa yang sebenarnya kita lakukan selama ini.
Artikel berkenaan:

5 Petua untuk Lebih Produktif

Contoh "fake work" adalah seperti menyemak dan membalas e-mel, kerja-kerja kerani dan perjumpaan yang tidak penting. Lebih malang lagi apabila kita terpaksa membawa balik kerja ke rumah untuk disiapkan disebabkan permintaan daripada bos. 

Justeru, sebagai "knowledge worker", antara perkara yang penting untuk kita lakukan adalah mengenal pasti apa itu "real work" dan "fake work" dalam tugasan seharian kita.

Contoh “real work” mungkin adalah melakukan analisis, menyediakan pakej pembentangan untuk pengurusan, dan pelbagai lagi. Pokoknya, kerja yang memberikan impak kepada kemajuan kerja kita.

Disunting oleh: Amirah Nadiah

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Tag: Kebolehan Diri, Kualiti

Alt

Hazeem Mahayadin ialah seorang jurutera sepenuh masa yang banyak menulis berkenaan produktiviti di platform X.

Cadangan Buat Kamu

brain

Kemahiran Mental untuk Jadi Lebih Bijak pada 2026

Oleh Terry Small. John F. Kennedy pernah menyatakan, “Kita terlalu kerap berasa selesa dengan pendapat sendiri tanpa melalui ketidakselesaan untuk berfikir.” Dengan kata lain, cara kita berfikir selalunya lebih penting daripada apa yang kita fikirkan.

Aug 13, 2026 • 2 Minit

Alt

Tip Kerjaya: 5 Tips Buang Rasa Malas!

Rasa malas sering menjadi penghalang kepada kemajuan diri dan kerjaya. Video ini berkongsi lima langkah praktikal untuk membantu mengatasi sikap bertangguh, membina disiplin dan mengambil tindakan secara konsisten bagi mencapai matlamat.

May 17, 2026 • 9:34 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest