Cara Nak Plan Kerjaya

Sep 30, 2026 • 2 Minit
career
Sumber:

imej oleh magnific

Kebanyakan daripada kita merupakan knowledge worker yang mempunyai tugas untuk menyiapkan presentation deck, laporan dan sebagainya. Tugasan ini memerlukan keringat minda kita untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.

Tapi tahukah kita, ada cara untuk kita bina kerjaya yang kita inginkan? Perkara tersebut dinamakan Lifestyle-Centric Career Planning.

Pendekatan ini membantu kita melihat kerjaya bukan sekadar berdasarkan pekerjaan atau jawatan yang kita inginkan, tetapi juga berdasarkan gaya hidup yang kita mahu bina.

Ada beberapa perkara yang kita perlu lakukan untuk bina kerjaya yang kita inginkan.

1. Tentukan gaya hidup yang kita inginkan

Tulis secara terperinci dan cuba bayangkan hidup macam mana yang kita inginkan. Tanya soalan-soalan di bawah:

  • Sejauh manakah kita boleh kawal masa kita?
  • Macam mana work-life balance yang kita inginkan?
  • Sejauh manakah kepentingan kerja yang kita lakukan?
  • Di mana tempat yang kita bakal tinggal?
  • Macam mana social life kita?
  • Macam mana kita mahu dikenali?

Guna soalan-soalan ini untuk gambarkan secara terperinci kehidupan yang kita bayangkan dengan kerjaya yang diinginkan tersebut.

Semakin jelas kita tentang gaya hidup yang kita mahu, semakin mudah untuk kita fikirkan jenis kerjaya yang sesuai dengan kehidupan tersebut.

Artikel ini mungkin menarik minat anda:
Apa yang Menghalang Kemajuan Kerjaya?

2. Lakukan backward engineering

Selepas kita dah define gaya hidup yang kita inginkan, cuba lakukan backward engineering dengan menyenaraikan apa yang kita perlu lakukan untuk mencapai gaya hidup tersebut.

Sebagai contoh, kalau kita mahukan lebih banyak masa bersama keluarga, kita mungkin perlu fikirkan jenis pekerjaan yang memberikan lebih fleksibiliti dari segi masa atau lokasi.

Daripada situ, kita boleh fikirkan kemahiran, pengalaman atau langkah yang kita perlukan untuk mendapatkan pekerjaan tersebut.

Dengan cara ini, kita bukan sekadar memikirkan, “Saya nak kerja apa?”, tetapi kita mula fikirkan, “Apa yang saya perlu lakukan untuk mendapatkan kehidupan yang saya inginkan?”

3. Jangan terlalu fokus kepada kerjaya

Antara kelebihan Lifestyle-Centric Career Planning ialah ia mengelakkan kita daripada terlalu fokus kepada kerjaya yang kita inginkan tanpa memikirkan kehidupan yang kita mahu.

Kadang-kadang kita terlalu fokus untuk mendapatkan jawatan tertentu, gaji tertentu atau mencapai sesuatu dalam kerjaya sehingga terlupa untuk bertanya sama ada kehidupan yang kita jalani itu sebenarnya selari dengan apa yang kita inginkan.

Jadi, selain memikirkan tentang kerjaya, kita juga perlu fikirkan tentang gaya hidup yang kita mahu bina.

Kerjaya yang kita inginkan sepatutnya membantu kita membina kehidupan yang kita mahu, bukan sekadar menjadi satu lagi perkara yang perlu kita kejar.

Baca lagi:

Tak Semua Hari Kita Perlu Produktif

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Alt

Hazeem Mahayadin ialah seorang jurutera sepenuh masa yang banyak menulis berkenaan produktiviti di platform X.

Cadangan Buat Kamu

Alt

Pemangkin Kerjaya: Merai Kemajuan Kecil

Oleh Manisha Mutiara Tsani. Dalam perjalanan kerjaya, pencapaian besar tidak datang setiap hari. Malah, kemenangan kecil yang sering kita pandang remeh itulah yang mengekalkan motivasi, rasa kompetensi, dan tenaga untuk terus bergerak ke arah matlamat besar.

Mar 05, 2026 • 3 Minit

Alt

Tips Urus Duit, Ubah 'Mindset' Supaya Poket Selamat | Dr. Hanzalah Mizi

Jangan minta nasihat daripada orang yang belum pernah melakukannya. Dr Hanzalah Mizi berkongsi kepentingan mendapatkan pandangan daripada mereka yang sudah berjaya mencapai perkara yang kita impikan.

Aug 25, 2026 • 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest