Bersenam untuk Healing: Terapi Kesihatan Mental

Aug 04, 2025 2 Minit
Bersenam
Sumber:

imej oleh @freestockcenter dari freepik.com

Bersenam bukan semata-mata untuk menurunkan berat badan atau membina otot supaya kelihatan estetik. It’s more than that! Bersenam juga merupakan alat yang sangat berkesan untuk meningkatkan kesihatan mental kita.

Tak kisah apa jenis senaman atau sukan yang anda lakukan—joging, berjalan laju, berenang, menari, atau apa sahaja yang anda suka—yang penting, ia boleh dilakukan secara konsisten dan sesuai dengan keupayaan anda.

Tahukah anda, pergerakan badan boleh memberi kesan besar kepada perasaan, mental, dan emosi anda? Jom kita selami lebih dalam bagaimana dan mengapa senaman membawa keajaiban kepada minda — serta bagaimana anda boleh mula bergerak demi kesihatan mental hari ini.

Kenapa Senaman Baik untuk Kesihatan Mental?
Apabila anda bersenam, otak akan melepaskan neurotransmitter yang dipanggil endorfin—bahan kimia semula jadi yang membuatkan anda rasa gembira. Ia membantu mengurangkan tekanan dan keresahan (anxious), menjadikan anda lebih ceria dan tenang.

Cuba perhatikan emosi anda selepas bersenam. Bandingkan perasaan sebelum dan selepas—kemungkinan besar, anda akan rasa lebih segar dan gembira!

Tertekan? Berpeluh Dapat Membantu

Bersenam dapat membantu mengurangkan hormon tekanan seperti kortisol dalam badan anda. Kalau anda tengah stres buat tugasan, study week, atau di tempat kerja (boleh tunggu selepas waktu pejabat), cuba berjoging sekejap atau brisk walk di taman. Anda akan rasa lebih lega.

Tidur Lebih Nyenyak, Minda Lebih Segar

Masalah tidur kini semakin biasa, tanpa mengira umur. Senaman secara konsisten membantu mengatur pola tidur, memastikan anda mendapat rehat yang cukup dan berkualiti.

Artikel ini mungkin menarik minat anda:

Self-Care di Tempat Kerja: Kunci Kesihatan Mental dan Produktiviti

Sosial dan Seronok

Ini memang pengalaman saya sendiri—setiap kali jogging di Kompleks Sukan, mesti akan bertegur sapa dengan orang lain yang juga sedang bersenam. Sambil berlari, sempat juga nikmati keindahan langit jam 6 petang yang sangat cantik, ditambah dengan tiupan angin sepoi-sepoi. Saya sendiri dapat rasa perubahan dari dalam—tenang, damai, dan penuh rasa syukur.

Tips untuk Bermula

Nak mula bersenam tak semestinya terus lari maraton 20KM atau angkat beban berat. Kuncinya adalah: buat apa yang anda suka. Berikut beberapa idea mudah:

  • Berjalan sambil berbual – Ajak kawan, atau dengar podcast kegemaran anda.
  • Sertai zumba – Ramai yang ikut sesi terbuka di taman, terutamanya waktu pagi hujung minggu.
  • Regangkan badan – Yoga dan senaman regangan bantu anda relaks sambil tingkatkan fleksibiliti.
  • Terokai alam – Hiking atau berbasikal di kawasan hijau buatkan kita lebih bertenaga dan terhubung dengan alam.

Kesimpulan: Bergerak adalah Terapi

Senaman bukan sekadar aktiviti fizikal—ia adalah bentuk penjagaan diri dan terapi untuk kesihatan mental. Ingat, setiap langkah kecil membawa perubahan besar. Minda anda pasti akan berterima kasih nanti.

Artikel ini disiarkan atas kebenaran penulis. Boleh lihat artikel asal di sini

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Alt

Che Aiman ialah seorang pakar nutrisi di Institut Kesihatan Umum, UKM yang komited mempromosikan gaya hidup sihat dan kesejahteraan masyarakat.


 

Alt

Cadangan Buat Kamu

Alt

Adakah Anda Berpuas Hati? 17 Tanda-tanda

Oleh Gregg Vanourek. Adakah anda menunjukkan tanda-tanda berpuas hati? Apakah penunjuknya? Rasa puas hati boleh menghalang anda daripada melakukan perkara yang anda mahu lakukan dalam hidup.

Dec 02, 2024 3 Minit

Alt

Mindset Positif: Bagaimana Saya Dapat Menghilangkan Fikiran Negatif?

Menghadapi fikiran negatif? Video ini menawarkan petua dan teknik praktikal untuk membantu anda melepaskan diri daripada corak pemikiran yang merosakkan dan memupuk pemikiran yang lebih positif dan tenang. Pelajari cara untuk mengawal fikiran anda dan mencipta ruang mental yang lebih sihat.

Mar 05, 2025 1:42 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest