7 Jenis Rehat yang Kita Tak Sedar Kita Perlukan

Aug 14, 2025 2 Minit
rehat
Sumber:

imej oleh @ijeab dari freepik.com

7 Jenis Rehat yang Diperlukan oleh Kita

Ramai antara kita fikir rehat bermaksud tidur, tapi sebenarnya rehat mempunyai banyak bentuk. Kadang-kadang, walaupun kita tidur 8 jam, kita tetap rasa letih, lesu, atau tidak bersemangat. Ini kerana tubuh dan minda kita memerlukan rehat yang lebih pelbagai. Dengan memahami tujuh jenis rehat ini, kita dapat memulihkan tenaga secara menyeluruh — fizikal, mental, dan emosi.
Rehat Fizikal
Kekurangan tidur akan mengurangkan tenaga kita dan menjejaskan kesihatan tubuh secara keseluruhan. Oleh itu, tidur sekurang-kurangnya 7 jam setiap malam amat diperlukan. Selain itu, rehat fizikal juga termasuk regangan ringan, urutan badan, atau hanya berbaring tanpa melakukan sebarang aktiviti.

Rehat Mental
Jika anda menghadapi masalah untuk fokus atau berasa mudah terganggu, itu mungkin tanda bahawa minda anda memerlukan rehat. Meditasi, journaling, atau berehat seketika dari tugasan yang kompleks dapat membantu memberi kelegaan mental. Buatlah pemisahan yang jelas antara waktu kerja dan masa peribadi.

Artikel ini mungkin menarik minat anda:

Bersenam untuk Healing: Terapi Kesihatan Mental

Rehat Sosial
Aktiviti sosial tidak selalunya menyegarkan — sesetengah interaksi boleh meletihkan, terutamanya dengan individu yang toksik. Rehat sosial bermaksud mengambil jarak dari hubungan yang menekan dan memberi keutamaan kepada individu yang menyokong emosi dan pertumbuhan diri anda.

Rehat Spiritual
Solat, membaca al-Quran, berzikir atau meluangkan masa bersendirian untuk refleksi diri dapat memberi ketenangan jiwa. Ia membantu kita menyambung semula dengan nilai dan tujuan hidup.

Rehat Sensori
Dunia digital yang penuh dengan bunyi, cahaya dan notifikasi tanpa henti menjadikan deria kita cepat penat. Ambil masa untuk menjauhkan diri daripada skrin, berehat di ruang yang tenang, atau berjalan di taman tanpa gangguan teknologi.

Rehat Emosi
Kita sering menyembunyikan perasaan sebenar dalam interaksi harian. Luangkan masa dengan individu yang menerima anda seadanya dan membenarkan anda meluahkan emosi tanpa dihakimi.

Rehat Kreatif
Aktiviti kreatif seperti melukis, menulis, bermain alat muzik atau mencuba hobi baharu dapat membantu menyegarkan minda dan mencetuskan idea-idea baharu.

Rehat bukan tanda kelemahan, sebaliknya ia adalah pelaburan untuk produktiviti, kesihatan, dan kebahagiaan jangka panjang. Cuba semak semula rutin harian anda. Adakah semua jenis rehat ini sudah menjadi sebahagian daripada hidup anda? Mulakan dengan satu atau dua jenis rehat yang paling anda perlukan, dan rasakan perbezaannya.

Tonton video ini untuk mengetahui bagaimana organisasi anda dapat mencipta legasi yang berkekalan dengan membangunkan pemimpin bertaraf dunia melalui kandungan yang menarik.

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Alt

Hazeem Mahayadin ialah seorang jurutera sepenuh masa yang banyak menulis berkenaan produktiviti di platform X.

Alt

Cadangan Buat Kamu

AI

‘The Great Unbossing' adalah Istilah Terkini yang Sedang Popular

Oleh Rebecca Houghton. Temui trend 'Great Unbossing', kesannya terhadap pengurus pertengahan, dan mengapa AI tidak dapat menggantikan kepimpinan manusia dalam tempat kerja yang semakin berkembang.

Jul 17, 2024 3 Minit

Alt

Mindset Positif - Bagaimana untuk Mempunyai Minda Positif?

Pelajari cara untuk menyingkirkan pemikiran negatif, membina mindset yang berdaya tahan dan fokus kepada perkembangan, serta membuka manfaat pemikiran positif dalam setiap aspek kehidupan anda—baik secara peribadi mahupun profesional.

Jan 04, 2025 2:17 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest