Nak Jadi Gangster?

Dec 18, 2019 2 Minit
gangster, perubahan

Gangster – Kita selalunya mempunyai perspektif tentang ganster bukanlah orang yang baik atau mungkin di antara kita juga berfikir individu seperti mereka tidak mungkin boleh berubah untuk menjadi gangster yang baik.

Jangan salah faham – Setiap individu boleh berubah, dan kita juga boleh berubah menjadi lebih baik. Kemungkinan besar gangster yang kita lihat sangat menakutkan dan digeruni tetapi siapa sangka mereka boleh berubah menjadi pemimpin yang berjaya suatu hari nanti?

Kehidupan kita sudah lama diterapkan budaya menjadi ketua atau pengikut. Mungkin diantara kita mempunyai waktu kita menjadi ketua dan kita menjadi seorang ketua yang hanya mengarah saja dan pengikut hanya mengikut arahan.

Tidak mengapa jika dulu anda memberi arahan sahaja. Setiap individu diberi peluang untuk berubah menjadi seorang yang lebih baik. Seorang pemimpin yang berjaya sentiasa mahu belajar dan dia tidak melihat dirinya lebih tinggi dari orang lain.

“Pemimpin yang hebat adalah seseorang yang sanggup berkorban untuk menyelamatkan bilangan orang. Pemimpin yang lemah mengorbankan orang untuk menyelamatkan bilangannya.” – Kata Simon Sinek

Tiga tips menjadi pemimpin yang baik:

  1. Melakukan bersama-sama dan bukan sahaja mengarah
  2. Mengajar dan juga belajar
  3. Dihormati bukan ditakuti

Kebanyakkan kita salah faham akan konsep sebagai seorang pemimpin atau ketua. Tidak kira di perkara yang besar mahupun perkara yang kecil.

Pemimpin yang baik adalah seseorang yang ingin melihat kedewasaaan didalam pekerja-pekerja atau organisasinya, tetapi pemimpin yang lemah hanya menggunakan kelebihan atau kekuatan orangnya untuk kepetingan diri sendiri.

Melakukan bersama-sama dan bukan sahaja mengarah

Mengarah seseorang adalah perkara yang begitu senang kerana kita tidak perlu mengerjakan tugasan yang diberi tetapi untuk menjadi seorang pemimpin yang baik kita haruslah melakukan juga kerana seperti kata pepatah “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”

Di samping itu, jika kita melakukan sesuatu tugasan bersama-sama kita dapat berfikir dan melakukanya sebagai satu kumpulan.

Mengajar dan juga belajar
Tidak semua pemimpin yang rela mengajar pengikutnya. Mungkin kita tau ada segolongan pemimpin kita kurang senang berkongsi bagaimana beliau boleh berjaya ataupun sesetengah pemimpin juga ada yang tidak mahu belajar dari kesilapannya atau sesuatu yang baru kerana begitu yakin akan diri sendiri.

Berkaitan: Tip Kepimpinan: Belajar Daripada Pemimpin Yang Hebat

Dihormati bukan ditakuti

Pemimpin yang hebat tidak akan menimbulkan suasana yang tegang antara beliau dan pengikutnya. Perkara yang sangat penting ialah menghormati di kalangan pekerja tidak kira majikan atau orang atasan.

Pemimpin yang menunjukkan nilai-nilai yang baik ialah pemimpin yang menghormati pekerjanya.

  1. Mendengar pendapat rakan sekerja atau pekerjanya.
  2. Menerima pendapat dengan rendah hati.
  3. Membetulkan kesilapan pekerja dengan cara yang menghormati mereka.

Akhir sekali, untuk membina diri kita menjadi pemimpin yang berpengaruh dan berjaya kita haruslah sentiasa ingin belajar supaya sepanjang proses pembentukkan diri kita boleh menjadi lebih baik.

 

Untuk berhubung dengan lebih lanjut, email editor@leaderonomics.com 

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

perasaan kasih, kasih sayang, cinta

Memimpin Dengan Perasaan Kasih

Tamparan Idea ialah platform di mana akan memberi anda pandangan yang berbeza tentang kepimpinan, tidak kira transformasi dan pembentukan.

Feb 14, 2020 2 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 10 Min Podcast

Alt

Kepimpinan Itu Ekstrem

Kepimpinan ekstrem adalah gelagat pemimpin yang hebat. Mereka bijak memilih tindakan yang bersesuaian dengan keadaan dan masa. Untuk membaca artikel berkaitan, klik Kepimpinan Itu Sesuatu Yang Ekstrem!

Jul 16, 2017 3 Min Video

Jadilah Pembaca Diges Kepimpinan!