Kepimpinan Itu Ekstrem

Dec 17, 2019 • 1 Minit
pemain-pemain yang berpandangan jauh

Apa definisi kepimpinan pada anda?

Adakah kita melihat seorang memimpin itu dari segi karisma seseorang, ataupun seseorang yang berpandangan jauh? Semangat yang tak mudah padam atau seorang yang berterus terang. Mungkin juga seseorang yang mempunyai ilham yang tinggi?

Bukan itu saja, sifat kepimpinan juga harus dipratikan pada masa yang tepat. Memimpin bukan saja memberitahu tapi melaksanakan tanggungjawab bersama dengan kumpulan. Menurut pendapat anda, bagaimana seseorang harus memimpin?

  1. Seorang yang sentiasa mendengar atau pandai berbicara?
  2. Seorang yang melihat pada gambaran terperinci atau pada gambaran yang besar?
  3. Seorang yang berlembut ataupun bertegas?
  4. Seorang yang mempunyai kuasa ataupun mempunyai pengaruh yang besar?
  5. Atau seorang yang mempunyai kemampuan untuk mengajar ataupun belajar?

Jadi, mana satu jawapan yang betul? Ironinya, jawapan yang betul adalah kesemuanya sekali.

Menurut buku The Art of War, Sun Zhu berkata, kemurahan hati dan moral yang tinggi mungkin dapat dipratikan ketika memerintah sesebuah negara tetapi tidak dapat dipratikan ketika mentadbir seangkatan tentera.

Ini berarti, kepimpinan dilakukan mengikut:

  1. Konteks
  2. Keadaan

Selain itu, kepimpinan merangkumi 5E iaitu:

  1. Energy – Tenaga
  2. Energize – Memberi tenaga
  3. Edge – Memberi kelebihan
  4. Execution – Melaksanakan tanggungjawab
  5. Extreme – Ekstrem

Seperti kata Simon Sinek:

Ada dua cara untuk mempengaruhi sikap individu: anda boleh memanipulasikanya atau anda boleh memberi pengaruh.

Seperti apa yang dilakukan David Moyes, beliau berkata tiada sebarang formula dalam kepimpinan. Kepimpinan boleh dilakukan oleh sesiapa saja. Contohnya, beliau membuat keputusan dengan menggunakan dua cara iaitu mengikut data dan juga mengikut gerak hati.

Tambahan, kepimpinan juga dilakukan mengikut tindak balas kita ketika sesebuah keputusan perlu dilakukan. Pemimpin juga harus melaksanakan tanggungjawab dengan adil dan saksama untuk kumpulan atau organisasi.

Berkaitan: Kegagalan Asas Kejayaan

Seperti kata John C.Maxwell

Seorang pemimpin yang baik harus berkomunikasi dengan jelas, kreatif, dan beterusan.

 

 

Untuk berhubung dengan lebih lanjut, email editor@leaderonomics.com 

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Anda Seorang Pemimpin, Visi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Alt

Keberanian untuk Menghadapi Ketakutan sebagai Seorang Pemimpin

Oleh Alexandra Roulet. Ketakutan wujud lebih dekat dengan kepimpinan daripada yang kebanyakan orang sedari. Apabila pertaruhan melibatkan pekerjaan orang lain, kelangsungan organisasi, dan masa depan yang tidak menentu, bahkan pemimpin yang berpengalaman pun merasai beratnya.

Apr 05, 2026 • 4 Minit

Komunikasi

COVID-19 Merubah Komunikasi bersama Roshan Thiran

Di episod 4, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimanakah krisis Covid-19 merubah norma terbaru kita? Adakah ia merubah cara kita berkomunikasi selamanya? Disini, Roshan berkongsi perspektifnya tentang krisis Covid-19 dan juga berkongsi tips-tips untuk mendapatkan interaksi atas talian yang efektif.

Mar 16, 2023 • 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Tingkap yang Pecah

Dalam episod ini, Roshan Thiran, Ketua Pegawa Eksekutif Leaderonomics cuba memberi tipnya mengenai kuasa seseorang untuk mengendalikan benda-benda yang kecil. Jika kami dapat menjayakan benda-benda yang kecil, lama-lama ia akan membawa kejayaan yang besar

Jan 04, 2018 • 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest