Jatuh, Bangun Dan Teruskan Kehidupan

May 26, 2017 1 Minit
Jazz Sheila Majid, pendapat, pandangan

Semasa kecil, bukan saya sahaja yang suka mendengar dan menghafal lirik lagu-lagu dendangan Sheila Majid seperti Sinaran dan, Antara Anyir dan Jakarta, malah itu juga yang dilakukan oleh rakan-rakan saya.

Pada masa itu, remaja seperti kami bukan hanya terpikat dengan kecantikannya, malah suaranya yang mengagumkan. Oleh itu, peluang berjumpa dan menemu ramah Ratu Jazz ini adalah antara kemuncak kerjaya saya.

Selama lebih tiga dekad, Sheila telah menikmati kejayaan demi kejayaan dalam kerjayanya yang melangkaui peringkat antarabangsa. Beliau juga pernah memenangi pelbagai anugerah.

Berjinak-jinak dalam dunia muzik 

Kerjayanya dalam bidang muzik bermula secara kebetulan. Sheila, yang berusia 17 tahun dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun itu, dijemput untuk membuat perakaman demo di studio setelah bakatnya ditemui ketika menyanyi di majlis keraian kawannya.

Walau bagaimanapun, Sheila perlu mengatur langkah dengan strategik untuk meyakinkan bapanya – seorang lulusan Universiti Oxford – untuk membenarkannya menceburi  industri muzik.

Penyanyi yang optimis ini membuat keputusan untuk memberi fokus pada peperiksaan SPM sebelum melangkah ke dunia muzik. Bapanya mengizinkannya ke studio untuk mengisi waktu, sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM.

Sebagai anak bongsu dalam lapan adik-beradik, Sheila mula menunjukkan minat yang mendalam terhadap muzik sejak kecil dan belajar bermain piano semasa berumur empat tahun. Sheila sangat aktif dalam persembahan konsert dan acara sekolah serta sering membuat persembahan apabila diberi peluang.

Lahirnya album-album

Walaupun Sheila mempunyai kecenderungan untuk menjadikan muzik sebagai kerjayanya, beliau masih tidak tahu bagaimana untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Tetapi, selepas rakaman demo di studio yang pertama dan berbekalkan minat yang kian meningkat pada muziknya, sebuah syarikat rakaman tempatan pun bersetuju untuk menerbitkan album pertamanya pada tahun 1985.

Album berjudul Dimensi Baru itu diterima dengan baik, sehinggakan sebuah label antarabangsa membeli semula kontrak awal. Sheila kemudian merekodkan album keduanya Emosi.

Kejayaan album itu menyaksikan Sheila berjaya menembusi pasaran Indonesia, dan pada tahun 1987 beliau menjadi artis luar yang pertama memenangi Anugerah BASF Indonesia bagi kategori Artis R&B Wanita Terbaik.

Menceburi industri muzik yang serba mencabar dalam usia setahun jagung adalah cabaran buatnya, namun Sheila percaya jika ia sesuatu yang dilakukan untuk sebab yang kukuh, maka cabaran itu dapat diatasi dengan mudah.

Di dalam rancangan The Leaderonomics Show , Sheila berkata: “Saya menceburi  bidang muzik kerana saya cintakan muzik. Saya suka buat persembahan, saya suka menyanyi. Saya tidak pernah terfikir untuk mencari glamor, percayalah ia bukan dunia yang penuh glamor.”

“Dunia cuma nampak yang glamor, tetapi itu hanya luaran sahaja. Saya bersyukur saya mempunyai keluarga yang memastikan saya tak lupa diri kerana apabila solekan dicuci, kostum dibuka dan sanjungan reda, saya pulang dan ahli keluarga menerima saya seadanya.”

Berpegang teguh kepada nilai diri

Berusahalah untuk mencapai kecemerlangan — hanya kualiti inilah yang membezakan antara mencapai kejayaan yang tinggi atau sekadar berpuas hati dengan kesederhanaan, kata Sheila.

Cabaran terbesar industri muzik adalah memenuhi kehendak syarikat rakaman supaya mendapat jualan tinggi.

Tetapi itu bukanlah gaya Sheila kerana beliau percaya bahawa cara untuk mengecap kejayaan adalah dengan berpegang teguh kepada nilai dirinya.

“Sesetengah orang menggelar saya cerewet, tetapi saya perlu menetapkan standard tertentu dan mereka mula akur dengannya. Sayalah yang pertama mendapatkan khidmat jurusolek peribadi. Pada mulanya, orang banyak bercakap – tetapi sekarang, semua orang ada jurusolek sendiri.”

“Perkara kecil sebegini yang memberi perbezaan, tetapi kita selalu terlepas pandang,” kata Sheila sambil menceritakan tentang kejayaannya sebagai perintis pelbagai perkara.

Untuk mengatasi cabaran, Sheila menegaskan bahawa cara terbaik untuk bangun semula selepas jatuh ialah berhenti memikirkan atau bercakap mengenai kegagalan tersebut.

“Ramai orang terlalu banyak memikirkan dan bercakap mengenai kegagalan mereka, yang mereka adalah mangsa. Mereka suka bercerita tentang kisah lama tetapi tidak melakukan apa-apa untuk memperbaiki keadaan. Jadi, anda kena fikirkan apa yang terbaik untuk anda.”

‘Anda boleh menangis dan rasa sedih – untuk suatu jangka masa – tetapi kehidupan perlu diteruskan; anda harus bangun dan bertindak. Kita bukanlah belajar untuk mengelakkan diri daripada jatuh; kehidupan adalah mengenai jatuh, bangun dan teruskan kehidupan.’

Soal-jawab dengan Sheila Majid:

  • Jika kebahagiaan menjadi ukuran, kerja apakah yang akan memperkaya anda?Mengajar orang supaya mempunyai sikap yang baik.
  • Apakah perkara yang paling gila yang anda akan buat jika tiada siapa dapat tahu?Kerja gila yang mungkin saya buat adalah mengandung lagi!
  • Yang mana lebih penting apabila kita mengikuti seorang pemimpin – hasil atau inspirasi? Hasil. Anda boleh menjadi inspirasi tetapi jika tiada hasil, tiada gunanya.
  • Apakah dua perkara penting yang pernah anda lakukan? Pertama adalah kerjaya saya. Saya tidak pernah menyangka akan mendapat keizinan daripada bapa saya, dan mencapai tahap sekarang lebih 30 tahun kemudian. Kedua adalah melahirkan empat orang anak saya. Itulah kejayaan saya yang paling hebat.

 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik “Life Is About Falling, Getting Up, And Moving On”

Sila Kongsi

Alt

Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/

Cadangan Buat Kamu

Kerjaya

Melebihi Gaji dan Faedah: Mengapa Perbualan Kerjaya Penting

Winnie Jiang, Claire Harbour dan Antoine Tirard. Pelajari seni perbualan kerjaya—integral kepada kejayaan bersama apabila pekerja berasa dihargai, bermotivasi dan komited. Kisah sebenar, cerapan dan petua praktikal untuk mengubah pendekatan anda terhadap pengurusan bakat.

Feb 05, 2024 5 Minit

Komunikasi

COVID-19 Merubah Komunikasi bersama Roshan Thiran

'Tamparan Idea' ialah podcast Bahasa Melayu yang mengupas topik dan isu semasa berkaitan dengan kepimpinan. Program ini diceriakan oleh Waheeda Hasbullah, seorang pengacara yang sentiasa membawa aura gembira kepada anda semua. Di episod 4, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimanakah krisis Covid-19 merubah norma terbaru kita? Adakah ia merubah cara kita berkomunikasi selamanya? Disini, Roshan berkongsi perspektifnya tentang krisis Covid-19 dan juga berkongsi tips-tips untuk mendapatkan interaksi atas talian yang efektif.

Mar 16, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Rahsia Menjadi Pemimpin Yang Hebat

Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran mengesyorkan supaya kita mengenal pasti dan menjadikan tokoh-tokoh yang unggul sebagai suri teladan, dan berlatih corak kepimpinan yang ingin kita contohi.

Jun 27, 2017 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest