SCM Boleh Tingkatkan Persaingan Malaysia

Mar 12, 2018 5 Minit
klip kertas, kerjasama, etika

Mari kita mulakan dari mula-mula (kalau diikutkan The Sound of Music, inilah detik yang paling sesuai untuk kita buka langkah) dan tanya pada diri – apakah pengurusan rantaian bekalan (SCM)? Istilah ini kini hangat diperkatakan dalam dunia korporat, terutamanya sejak bidang automasi dan data besar mula mengambil tempat dalam industri.

“Pengurusan rantaian bekalan bukan sekadar memahami pengendalian proses sesuatu perniagaan.

“Ini melibatkan orang ramai memahami kesan daripada setiap tindakan dan keputusan perniagaan, bukan sahaja terhadap syarikat, malah kesan riak pada pelanggan, seterusnya pelanggan bagi pelanggan itu tadi serta ekosistem perniagaan itu sendiri,” kata Isaam Najib Rafee, pengarah urusan Excel Minds Consultancy, yang baru sahaja melancarkan kursus kepakaran SCM.

“Selalu kita dengar, untuk jadikan sesuatu perniagaan lebih berjaya, kita perlu meningkatkan jualan.

“Mereka tidak sedar bahawa keuntungan boleh sahaja ditingkatkan melalui pengurangan kos dan pengurusan aset yang lebih baik, terutamanya ketika kemerosotan ekonomi.

“Sebab inilah SCM sangat penting, sama pentingnya dengan jualan.”

Hakikatnya, SCM merupakan cara memperkemas setiap aspek perniagaan bagi meningkatkan jualan, mengurangkan kos dan mempercepat proses, dengan cara yang bertanggungjawab dan beretika.

Sumber rezeki

Pemahaman tentang konsep penawaran dan permintaan, pengurusan kiraan stok, dan inventori, kemampuan merangka kontrak mengikat yang sah, hubungan dengan pembekal, pengurusan kewangan, serta menjaga etika dari segi sosial dan persekitaran, ini semua terangkum di bawah payung SCM.

Mana-mana perniagaan dapat berkembang maju sekiranya pemimpin dan tenaga kerja arif dalam hal ini. Sama ada golongan atasan mahupun bawahan, SCM perlu dijadikan sebagai intipati operasi perniagaan, supaya para pekerja memainkan peranan masing-masing untuk mengaut keuntungan dan membangunkan kelebihan daya saing.

Kewujudan SCM bukanlah bertitik tolak daripada Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0), namun ini semestinya melonjakkan kepentingan SCM, sebab itulah penting untuk kakitangan anda menerima latihan berkenaan SCM.

“Hari ini, automasi dan perubahan dari segi operasi perniagaan disebabkan oleh Industri 4.0 menjadi bualan ramai, namun kecekapan manusia masih menjadi kunci dalam memaksimumkan potensi perniagaan,” kata Isaam.

“Cuba bayangkan, anda mahu membuat transaksi pembelian bahan mentah untuk kilang pembuatan tempat anda bekerja.

“Automasi membantu merekodkan bahan mentah yang baru sahaja dibeli dan mengawasi stok dan kewangan, namun kita masih memerlukan interaksi antara manusia pada peringkat permulaan, sebelum transaksi tersebut dapat dijayakan.

“Saya tak rasa robot boleh menggantikan manusia sepenuhnya pada masa depan, dan pengurusan pelanggan merupakan contoh yang terbaik.”

Malah, penyedia latihan di seluruh dunia fokus untuk membangunkan tenaga kerja manusia supaya dapat bersedia dengan cabaran Industri 4.0, dan Excel Minds tidak terkecuali dalam hal ini.

Namun, adakah dengan memantapkan proses perniagaan, hal ini boleh membantu dalam skala yang lebih besar?

Kesan pada negara

Dengan adanya pekerja syarikat yang sangat mahir dalam melancarkan proses dalaman, tidak hairanlah syarikat bakal memperoleh hasil yang mantap.

Namun Isaam percaya bahawa asas yang kukuh melalui latihan SCM dapat sama-sama membantu membangunkan syarikat dalam negara.

“Beberapa tahun lepas, kita menyaksikan strategi kerajaan dari segi pemecutan bakat dan SCM dikenal pasti sebagai teras utama yang perlu diberi penekanan,” katanya.

“Dalam usaha mencari jalan, saya mula sedar bahawa usaha Malaysia bergerak menjadi hub logistik dan hasrat kerajaan untuk membolehkan Malaysia terlibat sama dalam e-perdagangan menjadikan SCM amat penting untuk masa depan negara.”

“Malaysia perlu menarik pelaburan asing untuk memacu negara ke tahap seterusnya, sekiranya kita mahu mencapai matlamat membentuk negara maju pada tahun 2020. Oleh itu kita memerlukan sebanyak mungkin syarikat multinasional untuk beroperasi di sini.

“Dalam melaksanakan hal ini, kita memerlukan pekerja tempatan yang mahir di lapangan yang mampu bekerja untuk syarikat ini dan menggerakkan perniagaan menjadi lebih maju.

Sebab itulah usaha untuk mencapai matlamat menjadi negara maju tergalas pada bahu setiap individu.”

Kualiti latihan yang disediakan di Malaysia semestinya setanding dan kini lebih banyak organisasi mula mengambil kira tentang SCM lalu menghantar pekerja mereka yang berpotensi tinggi dan paling berpengaruh untuk mempelajari kemahiran SCM bagi membantu mereka maju ke hadapan.

Melengkapkan generasi masa hadapan

Program anjuran Excel Minds telah melengkapkan beberapa tenaga kerja tempatan dengan pengetahuan SCM.

Program ini menerima akreditasi daripada Pusat Perdagangan Antarabangsa (ITC), sebuah organisasi di bawah bidang kuasa Bangsa-bangsa dan Organisasi Perdagangan Dunia (WTO)), serta diiktiraf oleh Institut Pengurusan Pembelian Eropah (EIPM) dan Institut Pengurusan Bekalan (ISM). Ia mencakupi setiap aspek SCM dalam dunia moden. Inisiatif ini didukung oleh organisasi tempatan seperti Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) dan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF).

Isaam (baris hadapan, kedua dari kiri) dengan graduan Diploma dan Sijil Antarabangsa Pengurusan Rantaian Bekalan, ITC pada tahun 2016

“Konsep SCM amat ringkas, namun boleh jadi sangat teknikal. Sebab inilah ramai pekerja dalam sesuatu perniagaan gagal memahami kepentingan pelaksanaannya,” kata Jaafar Abu, iaitu tenaga pengajar professional Excel Minds.

“Sesiapa yang pernah menjalani program ini memiliki kelebihan yang ketara di tempat kerja dan majikan akan menyedari kesannya serta-merta.

“Pemahaman berkenaan operasi secara menyeluruh dan pelbagai proses yang terlibat dalam perniagaan merupakan satu-satunya cara untuk membolehkan mereka menjadi pekerja yang sangat bernilai.”

Jaafar merupakan salah seorang tenaga pengajar program SCM ITC. Bersama rakan sekerjanya, Affan Nawi, mereka berkongsi sentimen akan kepentingan SCM dalam pasaran hari ini.

“Tiada syarikat yang mampu meraih kejayaan di dunia tanpa pelaksanaan program SCM berkelas dunia,” kata Affan.

“SCM penting bagi membantu melonjakkan bidang logistik di Malaysia mencapai taraf dunia. Untuk menjayakan rantaian bekalan, resepinya ialah syarikat perlu menjadi lebih pantas, kos efektif dan lebih bagus.

Program SCM ITC merupakan elemen utama untuk mempergiat keupayaan rantaian bekalan dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya saing.”

Mereka yang terlibat dalam program ini datang daripada pelbagai industri, dengan pangkat, skop kerja dan kumpulan umur yang berbeza. Namun, semuanya didorong dengan matlamat yang sama, mereka ingin memaksimumkan input peribadi masing-masing bagi memperoleh output yang lebih baik untuk syarikat.

“Tenaga pengajar bagi setiap topik merupakan pengamal dan pakar dalam bidang ini, mereka sedia berkongsi pengalaman masing-masing supaya kami boleh memanfaatkan pengalaman tersebut untuk syarikat,”kata Sharifah Jamilah Syed Hussain, pengurus kanan pemerolehan dan kontrak di Kemaman Bitumen Company.

“Kami sentiasa menanti-nanti sesi pembelajaran setiap topik, dan sering diberi peringatan dan diuji sesudah selesai mempelajari sesuatu topik.

“Ini merupakan teknik pembelajaran yang mantap bagi memastikan kami mampu mengingati fakta yang penting serta mengaplikasinya, dalam memantapkan prestasi diri dan meningkatkan kelebihan daya saing.”

“Program ini membolehkan saya berusaha mengendalikan masalah berkaitan dengan rantaian bekalan dan memberi cadangan berkenaan amalan terbaik kepada pelanggan,” kata Nurul Nadia daripada Shimadzu Manufacturing Asia.

“Saya mampu menggabungkan alat-alat yang dipelajari daripada kelas beserta dengan pengalaman sendiri untuk menyediakan penyelesaian yang bermakna buat pelanggan.”

Akhir kata

Oleh sebab dunia kini lebih terhubung, pemahaman tentang SCM dan perspektif antarabangsa menjadi semakin penting dalam dunia data besar dan automasi hari ini. Ini berguna terutamanya untuk perusahaan kecil dan sederhana, yang terdiri lebih daripada 98% syarikat yang beroperasi di Malaysia, selain daripada hasrat kerajaan dalam Wawasan 2020 untuk mempergiat eksport dan Keluaran Dalam Negara Kasar.

Maka, kami begitu gembira melihat ada kursus yang disediakan dan langkah yang diambil untuk menjadikan Malaysia kekal berdaya saing pada skala global dalam sektor ini.

Excel Minds dan program latihan terkini yang dianjurkan memastikan perniagaan daripada pelbagai saiz memiliki pekerja dan proses yang tepat untuk berkembang maju pada peringkat global.

Lagipun, konsep SCM ringkas dan mudah dilaksanakan dengan adanya latihan dan bimbingan yang betul. Maka, mana-mana syarikat yang wujud hari ini seharusnya mengambil kira akan hal ini.

 

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan Excel Minds dan program latihan yang ditawarkan, serta berminat mendaftarkan diri dalam program SCM yang dilesenkan oleh ITC pada masa depan, sila layari www.excelminds.com.my. Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik How Supply Chain Management Is Helping Malaysia Compete Internationally

 

 

Sila Kongsi

Kepimpinan

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Pengurusan

RPM Pengurusan Kapasiti

Oleh Julie Funt. Mengutamakan kualiti tertentu boleh membantu pasukan mengunjurkan komitmen mereka dalam projek yang akan datang. Baca lebih lanjut untuk mengetahui rangka kerja pengurusan kapasiti ini.

Aug 01, 2023 4 Minit

Roshan Thiran

Tahun Baru, Diri Baru bersama Roshan Thiran

Di episod 1, host Waheeda menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk membincang tentang azam tahun baru. Ia adalah topik yang menjadi tanda tanya kepada ramai individu pada masa kini. Pentingkah resolusi tahun baru kepada kita semua? Di sini, Encik Roshan memberitahu bahawa kita mempunyai pilihan lain jika kita tidak ada resolusi tahun baru.

Mar 12, 2023 10 Min Podcast

Alt

Jadilah Pemimpin: Mengukir Sesuatu Kelainan Yang Ketara

Sesuatu kelainan yang ketara boleh diukir untuk meninggalkan impak yang besar. Tetapi, ia harus bermula dengan anda. Berikut adalah langkah-langkah yang anda boleh ikuti untuk mengukir sesuatu kelainan.

Feb 14, 2017 0 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest