Pengaruh Sikap Dalam Membina Kejayaan

Mar 20, 2018 1 Minit
tumbuhan, perubahan, hidupan

Ingin aku berkongsi sedikit pengetahuan yang diperolehi dari salah satu seminar yang aku hadiri tidak lama dahulu.

Berdasarkan pandangan kebanyakan pakar motivasi, 80 peratus kejayaan dalam hidup ini bergantung pada sikap, 19 peratus kejayaan bergantung pada ilmu dan hanya 1 peratus sahaja yang bersandar pada nasib.

Sikap dan ilmu adalah penentu kepada faktor yang 1 peratus, sama ada bernasib baik atau tidak. Justeru, terpanggil untuk aku coretkan sedikit ulasan sekadar renungan bersama.

Pengaruh sikap

Secara kasar, dalam kehidupan ini, dalam kalangan orang yang berilmu ada yang kurang berjaya, dan juga ramai yang bijak tetapi kurang cemerlang.

Mereka tahu, jika mahukan kejayaan dalam mencapai sesuatu matlamat, mereka perlu bersungguh-sungguh, bekerja keras dengan kesabaran dan perancangan yang bijak. Tetapi sebaliknya ada yang bersikap negatif seperti tidak komited, malas, sambil lewa atau main-main.

Namun, apabila seseorang yang bersungguh-sungguh berjaya mencapai apa yang dimatlamatkan, sayangnya, timbul pula perasaan cemburu, iri hati dan hasad dengki dari dalam kalangan yang sambil lewa itu lantas memperkatakan tentang nasib atau lain-lain yang tidak sedap kita dengar.

Berdasarkan kajian, sikaplah yang membezakan antara mereka yang berjaya dengan yang gagal. Definisi kejayaan dan kegagalan pula tidak perlu aku perjelaskan kerana ia bergantung pada diri individu itu sendiri berdasarkan apa yang dicitakan untuk berjaya.

Sebagai contoh, ramai orang yang mahu berjaya dalam kerjaya akan menghadiri pelbagai kursus dan seminar. Mereka diberi input pembelajaran tentang selok-belok sesuatu perkara yang berkaitan dengan kerjaya mereka. Segalanya boleh dikatakan tersedia di hadapan mereka untuk dihadamkan minda. Tetapi percayalah, jika sikap negatif yang ada pada diri sendiri tidak mahu diubah, maka tiada apa pun kejayaan yang mampu dicapai.

Berkaitan: Cetuskan Kepimpinan Yang Unggul

Keupayaan niat membentuk sikap untuk berjaya 

Kalau benar kita mempunyai niat mahu memilih untuk berjaya, maka tiada pilihan lain selain berubah kepada sikap yang positif. Ia pasti melibatkan pengorbanan yang antaranya pasti menguji kesabaran kita terhadap tingkah laku insan dan keadaan persekitaran.

Ada ketika juga kita mungkin kurang tidur dan terpaksa bekerja dalam satu tempoh masa yang panjang setiap hari. Semua ini adalah pengorbanan dan harga yang perlu dibayar dalam pembentukan sikap positif jika benar-benar mahu berjaya dalam mencapai matlamat.

Tiada siapa pun yang berkata mencapai kejayaan itu sesuatu yang mudah kerana sesungguhnya ia memerlukan pengorbanan sama ada dalam bentuk masa, tenaga, perasaan mahu pun wang ringgit.

Setiap kejayaan yang hendak dicapai pasti ada cabaran, dugaan dan rintangan yang menguji kesabaran kerana masa untuk mencapainya itu kebiasaannya panjang.

Walau apa sahaja yang dihadapi atau dilakukan perlulah ditempuhi dan dilaksanakan dengan positif kerana kita telah memilih untuk berjaya.

Berkaitan: Onak Duri Bagus… Kesakitan Lebih Hebat!

Membentuk sikap, ‘Aku memilih untuk berjaya.’ 

Antara kata-kata yang mampu menyuntik kekuatan dalaman dan membentuk sikap tidak berputus asa mencapai matlamat untuk berjaya adalah seperti petikan berikut….

“Aku pilih untuk berjaya dan segala cabaran yang aku hadapi adalah proses untuk aku berjaya. Aku perlu tempuhi dengan sikap yang positif kerana aku memilih untuk berjaya”.

Sesuatu perubahan yang mahu dicapai dalam hidup ini mestilah dengan reformasi pemikiran diri sendiri. Ia bermula dengan sikap berserta doa, usaha dan kepercayaan penuh pada Tuhan.

Cuma, ada di antara kita termasuk aku tidak terkecuali yang kadang-kadang meminta daripada Tuhan sedangkan kita sendiri kurang melaksanakan usaha berkenaan. Perumpamaannya sama seperti orang yang belum melaksanakan kerja tetapi sudah meminta upah bayaran yang penuh!

Tontoni video berikut:

Akhir kata

Sesungguhnya, perkongsian tentang pengaruh sikap dalam membina kejayaan ini bukanlah bermaksud bahawa aku seorang yang tinggi ilmunya apatah lagi berjaya. Aku sekadar berkongsi ilmu yang diperolehi bersama sahabat pembaca yang dihormati sebagai peringatan buat diri ini.

Marilah kita perhati sikap kita dan membentuknya ke jalan yang positif. Perlu banyak berbuat kebaikan serta kebajikan, perlu lebih taqwa, lebih banyak mengingati Tuhan, perlu banyak fikir serta perbanyakkan doa. Barulah Tuhan akan mengubah nasib kita kerana sesungguhnya Tuhan itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana

 

Khir Khalid ialah penulis blog dan perunding pemasaran bertauliah yang terlibat dalam segmen motivasi pembangunan sosial dan industri media online. Untuk menghubunginya, hantar e-mel ke editor@leaderonomics.com.
Diulang siar dengan kebenaran.
Artikel ini adalah pendapat penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan pihak Leaderonomics.

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Tenggelam

Cara Mengubah Budaya Toksik

Oleh COLIN D ELLIS - Anda tidak pernah melupakan budaya toksik pertama anda. Ia kekal bersama anda, malam dan siang, hari bekerja dan hujung minggu. Ia menjejaskan kerja anda, hubungan anda, kehidupan anda. Selalunya, anda tidak melakukan apa-apa untuk mencipta atau mengekalkannya, tetapi seperti orang lain, anda terpaksa menjalaninya.

Jun 25, 2023 4 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Manfaatkan Bakat Anda

Setiap orang mempunyai bakat istimewa yang tersendiri. Baik kita pandang ke dalam, cungkilkan dan manfaatkan bakat kita itu.

Aug 16, 2017 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest