Perkembangan Terbaharu Dalam Subsektor Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Nov 07, 2018 5 Minit
teknologi, perkembangan

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) telah meresap ke dalam masyarakat kita hinggakan kita hidup dan bernafasnya setiap hari.

Misalnya, apabila kita menggunakan telefon pintar, mendengar muzik dalam talian, menonton filem secara strim langsung, dan memuat naik pengembaraan terbaru kita ke dalam akaun Instagram kita.

Kita menerima maklumat, berkomunikasi dan berinteraksi sesama sendiri dengan menggunakan ICT, yang merupakan industri yang berkembang pesat di seluruh dunia. 

Persaingan di antara para pengeluar telefon pintar semakin sengit. Mereka begitu gigih berlumba-lumba untuk mengeluarkan peranti yang dilengkapi teknologi komunikasi dan hiburan yang paling canggih, serta kamera mini yang terbaik.

Pada masa yang sama, Internet Benda (IoT) menghubungkan segalanya daripada televisyen litar tertutup (CCTV) dan sistem pencahayaan, kepada perkakas elektrik dan elektronik, komputer riba dan telefon. Potensi untuk berkembang adalah tidak terbatas.

ICT telah berkembang daripada set perkakasan kepada pencetus sosioekonomi yang berkuasa, dan pemacu utama transformasi bisnes.

Trend teknologi pada tahun 2018

Menurut Persatuan Komputer IEEE (IEEE-CS), kemajuan teknologi tertinggi yang diramalkan mencapai penerimagunaan pada tahun ini meliputi pembelajaran dalam (DL), mata wang digital, perindustrian IoT, robotik, pengangkutan bantuan, realiti bantuan dan realiti maya (AR/VR), pemecut dan 3D, keselamatan siber, dan kecerdasan buatan (AI).

DL digunakan secara meluas di pusat-pusat data. Sebagai contoh, Amazon sedang menyiapkan unit-unit pemprosesan grafik (GPUs) untuk DL, sementara Google menyiarkan DL dalam unit-unit pemprosesan tensor (TPUs). Di samping itu, Microsoft menggunakan tatasusun get boleh aturcara medan (FPGAs).

Pada masa ini, aplikasi DL seperti imej, pengecaman audio dan video telah mula digunakan. DL juga digunakan untuk fungsi bantuan termasuk dalam bidang pengangkutan, AR/VR, dan keselamatan siber.

Matawang digital seperti Bitcoin dan Ethereum telah menjadi matawang yang didagangkan secara meluas, dan populariti mereka sebagai pelaburan akan terus berkembang. Dengan bertambahnya minat dari seluruh dunia, matawang digital ini memerlukan penambahbaikan dari segi keselamatan siber, lebih storan, pengkomputeran awan dan IoT.

Menurut Cisco, AI satu kemahiran kini semakin dikenali. Antara contoh-contohnya adalah membeli-belah dalam talian dan pengiklanan, peta Google dan Siri.

Langkah seterusnya adalah mengeluarkan AI pelbagai kemahiran, yang berleluasa dan dapat mengadaptasi kepada manusia dan bukan sebaliknya. Masyarakat dunia kini dalam proses menghasilkan algoritma pelbagai kemahiran (dalam perisian) dan cip AI yang paling maju (dalam perkakasan).

Walaupun pejabat-pejabat tradisional menggunakan perkakasan tertentu untuk berkolaborasi, Gen Y, iaitu segmen dominan dalam tenaga kerja, lebih suka untuk bertemu, berbincang dan membuat urusan secara digital menerusi aplikasi sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan Snapchat.

Sebagai reaksi kepada keperluan Gen Y untuk mempunyai perkakasan kolaborasi yang lebih baik, antara muka pengguna akan dibina untuk menjadi lebih bijak, tidak berkelim dan intuitif, dan ini dicapai menerusi penggunaan teknologi seperti AI, VR dan AR.

ICT di Malaysia

Di Malaysia, komponen-komponen ICT boleh digolongkan di bawah perkembangan kandungan digital, e-pembelajaran, e-dagang, e-perkhidmatan awam (juga dikenali sebagai e-kerajaan), dan penyelidikan dan pembangunan (R&D) ICT serta harta intelek (IP). Subsektor ICT adalah salah satu subsektor ekonomi terbesar di Malaysia.

Menurut Laporan Produktiviti ke-25 2017/2018, bagi tahun 2017, subsektor ini mengalami pertumbuhan nilai tambahan sebanyak 8.4% (bernilai RM71.1 bilion), iaitu peningkatan daripada 8.1% (RM65.6 bilion) pada 2016.

Pertumbuhan sihat subsektor ini dikaitkan dengan persaingan positif di antara para pemain industri. Suasana ini merangsang inovasi dan penciptaan produk yang lebih tinggi nilainya.

Kerajaan juga memainkan peranan penting dalam menggalakkan pertumbuhan subsektor ini dengan memberikan sokongan menerusi skim pendanaan, termasuk Skim Geran Perkembangan MSC (MGS) dan Skim Geran Perkembangan dan Penyelidikan Industri (IGS) bagi penjanaan idea dan R&D.

Dari segi produktiviti, terdapat pertumbuhan sebanyak 3.6% (bernilai RM305,942) pada tahun 2017, meningkat daripada RM295,426 pada tahun 2016. Faktor-faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan ini termasuk latihan dan perkembangan yang lebih baik, suasana kerja yang bertambah baik, mencari pekerja-pekerja yang sesuai, lebih banyak insentif kewangan dan bukan kewangan, dan dasar upah yang dipacu insentif.

“Sesetengah bidang seperti aplikasi mudah alih telah mengalami cetusan inovasi yang sangat hebat di Malaysia,” kata Ganesh Kumar Bangah, peneraju Nexus ICT bagi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

“Tetapi bidang lain seperti perkakasan kurang menunjukkan peningkatan dari segi inovasi di negara kita. Jadi, dari segi perkakasan, kita hanyalah pengguna teknologi,” tambahnya.

Dalam usaha meningkatkan produktiviti di Malaysia sepanjang 25 tahun, MPC telah mengendalikan ceramah dan bengkel, membina program latihan, menyediakan perkhidmatan nasihat dan pakar runding dalam kemajuan produktiviti, dan menghadiahkan geran dan pengiktirafan kepada organisasi cemerlang yang mengendalikan projek penyelidikan yang berkaitan dengan produktiviti.

Pada sekitar 2000, MPC membangunkan amalan-amalan penandaan aras terbaik, mempelajari bagaimana meningkatkan daya saing dan inovasi di peringkat kebangsaan.

Bagi memecut pertumbuhan produktiviti, ia melancarkan Pelan Tindakan Produktiviti Malaysia (MPB) pada 2017. Sembilan subsektor utama telah digariskan, salah satu daripadanya adalah ICT.

“Penerimaan IT dan e-dagang sangat tinggi dalam kalangan pengguna. Tetapi masih ada ruang untuk pertumbuhan penerimagunaan dalam lingkungan perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Penerimagunaan e-dagang PKS hanyalah dalam lingkungan 20-25%,” kata Ganesh.

Pemecut berfokus pasaran

Hari ini, membangunkan produk IT seperti aplikasi mudah alih bukanlah sukar kerana terdapat pelbagai perkakasan yang sedia ada. Terdapat kemungkinan yang tidak terhad bagi seseorang yang kreatif dan berinovatif yang bersedia untuk belajar, meneroka dan bereksperimentasi.

“Sesiapa sahaja boleh membangunkan produk IT dengan mudah sekali, tetapi cabarannya adalah membawanya ke pasaran,” kata Ganesh, yang juga pengerusi Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM).

“Cabarannya terletak pada produktiviti. Mencipta produk sahaja tidak mencukupi. Jadi, apa yang kita perlu perbaiki di Malaysia adalah mempunyai bakat dan set kemahiran yang diperlukan untuk menembusi pasaran,” tambahnya lagi.

“Bagi membantu syarikat-syarikat menembusi pasaran, kami akan mengeluarkan pemecut berfokus pasaran seawal tahun hadapan. Ia akan melibatkan latihan di mana bakat-bakat diajar bagaimana memasuki pasaran. Ia termasuk membawa syarikat-syarikat melalui keseluruhan proses memasarkan produk mereka. Dari penemuan pasaran kepada pengertian produk, kepada bantuan pasaran, hinggalah ke hasil pasaran.”

Platform pembelajaran mikro

Memang diketahui umum bahawa ada yang tidak secocok di antara akademia dan industri.

“Industri bergerak dengan pantas sekali, jadi akademia sentiasa ketinggalan. Jadi, kami ingin mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat. Itulah objektif kami melancarkan platform pembelajaran mikro dengan keupayaan AI yang dipanggil ‘Kemahiran Nexus’, yang juga akan dikeluarkan pada awal tahun hadapan,” jelas Ganesh.

“Anda boleh menggunakan tapak pembelajaran mikro di telefon pintar anda, dan meluangkan beberapa minit setiap hari untuk belajar kemahiran baharu. Sebagai contoh, anda boleh belajar kemahiran terbaharu tentang bagaimana menjadi saintis data dalam setahun. Anda boleh belajar setiap hari, malah ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Dari segi bayaran, kami sedang melihat bagaimana untuk mendapatkan tuntutan daripada Dana Pembangunan Sumber Manusia,” tambahnya.

Melangkah ke hadapan

Subsektor ICT adalah salah satu penggerak dan penggoncang ekonomi Malaysia. Ia telah melalui pertumbuhan yang pesat, namun masih mempunyai potensi besar untuk inovasi dan perkembangan.

Sebaik sahaja warga Malaysia meningkatkan kemahiran dan kepakaran tentang cara menembusi pasaran, lebih banyak ciptaan dan inovasi buatan tempatan akan tersedia ada di pasaran tempatan mahupun antarabangsa.

 

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah memulakan gerakan produktiviti di seluruh negara, merentasi semua segmen masyarakat untuk mewujudkan tahap kesedaran dan pemahaman yang lebih tinggi mengenai kepentingan dan manfaat produktiviti pada tahap perusahaan, berserta bimbingan mengukur dan menjejak produktiviti. Untuk maklumat mengenai Nexus Produktiviti, layari wayup.my. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai MPC, kunjungi mpc.gov.my.

 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik The Latest Developments in the ICT Subsector in Malaysia.

 

 


 

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Kepimpinan

Mengapa Belajar adalah Kunci Kepimpinan

Oleh William Arruda. Pembelajaran adalah kawan baik pemimpin dalam dunia yang cepat berubah. Ketahui bagaimana ia adalah senjata rahsia anda untuk berjaya.

Oct 17, 2023 4 Minit

Roshan Thiran

Tahun Baru, Diri Baru bersama Roshan Thiran

Di episod 1, host Waheeda menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk membincang tentang azam tahun baru. Ia adalah topik yang menjadi tanda tanya kepada ramai individu pada masa kini. Pentingkah resolusi tahun baru kepada kita semua? Di sini, Encik Roshan memberitahu bahawa kita mempunyai pilihan lain jika kita tidak ada resolusi tahun baru.

Mar 12, 2023 10 Min Podcast

Alt

Jadilah Pemimpin: Mengukir Sesuatu Kelainan Yang Ketara

Sesuatu kelainan yang ketara boleh diukir untuk meninggalkan impak yang besar. Tetapi, ia harus bermula dengan anda. Berikut adalah langkah-langkah yang anda boleh ikuti untuk mengukir sesuatu kelainan.

Feb 14, 2017 0 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest