Anda Mengimpi Atau Mengenang?

Jun 01, 2017 1 Minit
masa depan, tujuan, visi, pandangan

“Penganalisis sentiasa cenderung untuk mengukur masyarakat melalui perangkaan ekonomi dan sosial yang klasik … statistik sedemikian adalah penting dan mendedahkan. Tetapi ada satu lagi statistik yang saya fikir adalah lebih penting dan mendedahkan. Adakah masyarakat anda mempunyai lebih banyak kenangan daripada impian atau impian lebih banyak daripada kenangan?” – Thomas Friedman

Thomas Friedman membezakan masyarakat melalui sama ada mereka didorong oleh impian atau kenangan. Negara-negara yang didorong oleh impian berpandangan ke hadapan, inovatif, terbuka kepada idea-idea baharu dan berdaya saing. Mereka yang didorong oleh nostalgia cenderung untuk menumpukan seluruh tenaga mereka dalam membayangkan masa lalu yang lebih indah, dan terus berpaut pada kenangan masa lalu ini daripada membina hari esok yang lebih baik.

Pada kemuncak kegemilangannya, Empayar Rom dapat menuntut telah mengawal 70% daripada dunia yang dikenali. Selepas berabad-abad kerakusan dan kemakmuran, mereka menjadi lemah kerana mereka mula memberi tumpuan kepada kegemilangan lampau dan menutup pintu terhadap pertumbuhan luaran. Ini menyebabkan pertumbuhan parasit-parasit dari dalam termasuk senator-senator, Kaesar-kaesar, keangkuhan serta kemerosotan dalam perpaduan sivik. Perkara yang sama juga berlaku kepada banyak syarikat dan individu.

Michael Hammer, seorang penulis dan pakar bisnis, menambah:

“Satu perkara yang memberitahu saya bahawa sebuah syarikat sedang berada dalam kesusahan adalah apabila mereka memberitahu saya betapa baiknya mereka pada masa lalu. Sama seperti negara-negara. Saya gembira anda hebat dalam abad ke-14, tetapi itu dahulu dan ini sekarang. Apabila kenangan melebihi impian, penamat sudah semakin hampir. Tanda piawaian sebuah organisasi yang benar-benar berjaya adalah kesanggupannya untuk meninggalkan kejayaan lepas dan memulakan yang baru.”

Contoh syarikat dan individu yang mengimpi

Apple, sebuah syarikat perkakasan komputer, telah memasuki bisnis muzik dengan iPodnya dan merevolusikan dunia hiburan mudah alih. Ia telah mengembangkan permodalan pasarannya daripada AS$1 bilion kepada melebihi AS$150 bilion.

Begitu juga dengan Intel, yang meninggalkan bisnis terasnya yang membuat cip-cip memori (bipolar RAM), dan mencipta semula dirinya menjadi sebuah syarikat mikro pemprosesan. Ketua Pegawai Eksekutifnya Andrew Grove terpaksa melalui dan mengharungi pelbagai hentaman kritikan dalaman dalam memenuhi wawasannya bagi Intel di ruang berteknologi tinggi.

Ia adalah sama bagi individu-individu. Apabila anda mempunyai impian, anda mempunyai matlamat yang ingin anda tuju. Apabila anda mempunyai kenangan, anda sedang memikirkan tentang masa lampau. Martin Luther King memahami kuasa impian untuk membina harapan orang:

“Jika anda hilang harapan, anda kehilangan daya hidup, anda kehilangan keberanian yang akan mendorong anda untuk terus hidup biar sekalipun dugaan hidup yang dialami. Jadi, pada hari ini, saya masih ada impian.”

Begitu juga dengan ketua pegawai eksekutif hebat seperti Jack Welch. Dia tidak pernah memberi perhatian kepada kegemilangan masa lalu, malah meninggalkan dan menjual industri-industri “ternilai” semasa mula-mula menerajui  General Electric. Walaupun banyak laungan nostalgia dan perbualan bagaimana Neutron Jack menjadi pengkhianat kerana meninggalkan tradisi, Welch tidak mempunyai sentimen seperti itu terhadap industri-industri besar pada masa lalu. Sebaliknya, dia memberi tumpuan kepada masa hadapan industri dan mula membangunnya.

Masa lalu dan masa kini

Para pemimpin memahami bahawa masyarakat didorong oleh harapan. Kegemilangan masa lalu menjadikan seseorang itu angkuh. Keangkuhan merupakan resipi bagi bencana kerana ia menyekat keupayaan untuk melihat keadaan sebenar.  Banyak syarikat yang dipenuhi kebanggaan masa lalu yang berwarna-warni, gagal untuk menangani isu-isu semasa yang melanda mereka kerana mereka dikaburi oleh kebanggaan ini. Mereka lebih suka memenangi pertempuran kecil dan yang tidak bermakna daripada mendedahkan realiti nasib masa kini mereka.  Kenangan cenderung menyemarakkan semula semangat untuk terus bekerja keras dan berjuang untuk sesuatu yang sudah hilang.

Mengimbas kembali ke masa lalu bukanlah satu perkara yang tidak baik. Tetapi apabila masa lalu dan masa kini menjadi rangka yang mengunci anda di sudut-sudut, maka ia menjadi lebih sukar untuk kita melihat ke luar dari rangka.

Penciptaan semula kunci kejayaan

Penciptaan semula adalah kunci bagi syarikat-syarikat dan pemimpin-pemimpin untuk kekal di tangga atas. Syarikat-syarikat dan pemimpin-pemimpin yang berada di tangga teratas cenderung menjadi selesa dan berpuas hati, reaktif terhadap perubahan dan memilih untuk mengekalkan status quo. Penciptaan semula bermula apabila keangkuhan dibuang bersama-sama dengan semua andaian yang menjerut pertumbuhan.

Siemens Medical telah membuang tradisi masa lalunya yang menjual produk hanya kepada hospital-hospital dan mula mempersoalkan setiap andaian bisnis yang pernah dibuat. Dengan meninggalkan kepercayaan lama yang dipegangnya sebelum ini, ia telah mengubah pemasaran produk dan strategi jualan, mereka bentuk semula, dan memudahkan barisan produk yang kompleks.  Ini telah membolehkannya mengurangkan kos sebanyak 30% dan meningkatkan pasaran saham mereka ke tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Andrea Jung, Ketua Pegawai Eksekutif Avon, bekerja tanpa mengenal penat-lelah untuk “mencipta semula dirinya” secara proaktif setiap tahun.

“Semarakkan diri anda pada Jumaat malam dan datang pada pagi Isnin seolah-olah sebuah firma carian meletakkan anda di sana sebagai seorang pemimpin pemulihan. Bolehkah anda menjadi objektif dan membuat perubahan yang berani? Jika anda tidak boleh, maka anda belum mencipta semula diri anda. Jika anda boleh, maka anda boleh mempunyai tempoh satu dekad yang sama seperti mempunyai pekerjaan yang berbeza. Saya bukan pemimpin yang sama seperti pada tahun lepas, kerana kemahiran itu sudah tidak berguna. Saya terpaksa mencipta semula diri saya pada setiap tahun.”

‘Hukum Tutup’ John Maxwell mendakwa bahawa setiap orang atau organisasi mempunyai penutup atau siling. Apabila seseorang mencapai had dan terkena siling, pertumbuhan sudah tiada lagi. Syarikat-syarikat yang telah mencapai had siling penutup sering memandang ke belakang untuk mengenang “hari-hari dahulu yang baik” dan bukannya menolak penutup yang menjadi penghalang itu.

Pemimpin-pemimpin yang bertumbuh mengangkat penutup organisasi mereka dengan wawasan tentang masa depan yang meyakinkan.

Pemikir kemungkinan

Kenangan cenderung untuk membentuk pemikir masalah sedangkan orang yang bermimpi cenderung untuk menjadi pemikir kemungkinan. Pemikir kemungkinan tidak mengambil berat tentang siapa diri mereka, tetapi tentang apa yang mereka boleh jadi. Sebaliknya, pemikir masalah lebih prihatin dengan isu-isu dan masalah yang sedang dihadapi. Adalah penting untuk mempunyai kedua-dua set pemikir tetapi pertumbuhan akhirnya bergantung kepada pemikir kemungkinan.

Steve Jobs adalah seorang pemikir kemungkinan. Begitu juga dengan Jeff Bezos apabila dia mencabar kebijaksanaan konvensional dengan bermimpi tentang kedai buku online. Impian itu telah memberinya bahan bakar untuk terus bekerja keras sehingga Amazon.com berjaya.

Biarlah saya mengakhiri dengan pepatah yang sungguh inspirasional:

“Makanan memberikan tenaga bagi tubuh tetapi impian memberikan tenaga bagi jiwa.” Teruslah membangun impian dan binalah masa depan!

 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik Do You Dream Or Have Memories?

Sila Kongsi

Alt

Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/

Cadangan Buat Kamu

Pekerjaan

Bagaimana untuk Menghentikan Bos Saya dari Membazirkan Masa Saya dengan Delegasi yang Tidak Berkualiti

Oleh Karin Hurt dan David Dye. "Kenapa Saya Cuba?" biasa didengari di tempat kerja. Jadi, bagaimana anda menguruskan jangkaan bos anda? Wajib dibaca untuk sesiapa yang kecewa di tempat kerja.

Nov 28, 2023 6 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

'Tamparan Idea' ialah podcast Bahasa Melayu yang mengupas topik dan isu semasa berkaitan dengan kepimpinan. Program ini diceriakan oleh Waheeda Hasbullah, seorang pengacara yang sentiasa membawa aura gembira kepada anda semua. Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Manfaatkan Bakat Anda

Setiap orang mempunyai bakat istimewa yang tersendiri. Baik kita pandang ke dalam, cungkilkan dan manfaatkan bakat kita itu.

Aug 16, 2017 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest