Cabar Setiap Keperluan

Apr 09, 2026 • 2 Minit
keperluan
Sumber:

imej dari freepik.com

Kerana taklimat (brief) tidak semestinya kebenaran.
Tolak keperluan yang anda sendiri tidak mampu pertahankan.

Polisi lapuk menakutkan orang hingga mereka patuh tanpa soal. Amalan lama pula kadangkala perlu “diusir” sepenuhnya.

Adakah keperluan hari ini sebenarnya idea baik yang telah rosak?

Pemudah cara (simplifiers) ialah pemecut. – Jon McNeill

Seretan Perlahan (Slow Drag)
Peraturan yang tidak berguna menyebabkan kegagalan secara senyap. Orang mengikuti langkah yang tidak penting. Pasukan mempertahankan proses yang tidak memberi nilai.

Tenaga hilang sedikit demi sedikit melalui tindakan yang sia-sia.

Cabar Setiap Keperluan

1. Anggap Keperluan Itu Salah
Percaya bahawa peraturan boleh jadi cacat. Mempertahankan peraturan itu mudah. Menghapuskan keperluan yang dianggap “penting” memerlukan keberanian.

2. Kenal Pasti “Siapa”
“Itu sistem” bukan jawapan. Siapa yang menetapkannya? Jika tiada siapa boleh mempertahankannya, persoalkan.

3. Hapuskan Pendekatan “Satu Untuk Semua”
Prosedur umum mencerminkan pemikiran malas. Ia menukar ketepatan kepada kesenangan. Jika sesuai untuk semua, besar kemungkinan ia tidak benar-benar berfungsi untuk sesiapa.

4. Abaikan “Standard Industri”
Seperti kata ibu: “Kalau kawan-kawan kamu terjun jambatan, kamu pun nak ikut?” Kecemerlangan datang daripada melakukan perkara yang orang lain tidak lakukan.

Tip Pro: Hentikan pemikiran berasaskan jabatan. Jawapan paling berbahaya ialah, “Ini keperluan undang-undang,” atau “Kewangan perlukan ini.”

Kesederhanaan (Simplicity)

Jangan jadi sinis apabila mencabar keperluan. Tujuannya ialah mengurangkan geseran dan melancarkan kerja pasukan.

Setiap keperluan yang tidak perlu akan membebankan pasukan—sedikit demi sedikit.

Sebelum anda mengoptimumkan sesuatu, tentukan dahulu sama ada ia patut wujud.

5 Soalan untuk Mencabar Keperluan

“Masalah apa yang ini selesaikan?”

“Apa jadi jika kita tidak lakukannya?”

“Ini benar-benar peraturan, atau sekadar kebiasaan?”

“Siapa sebenarnya mendapat manfaat?”

“Boleh kita hentikan ini selama 30 hari untuk uji?”

Sila Kongsi

Kepimpinan

1557139568519.jfif

Dan Rockwell sangat berminat dengan kepimpinan. Beliau sedang berusaha untuk membawa dirinya menjadi yang terbaik dalam perkhidmatan kepada orang lain.

Cadangan Buat Kamu

kuat

Kuatkan Diri, Bantu Orang Lain

Oleh Param Sivalingam. Para pemimpin sering diajar untuk kekal kuat dan sentiasa ada jawapan. Tetapi bagaimana jika harga untuk sentiasa “menahan semuanya” adalah tidak pernah benar-benar dikenali sepenuhnya sebagai diri sendiri?

May 10, 2026 • 4 Minit

Alt

E-Buku Coronavirus untuk Masyarakat Bersama Conrad Fernandez

Di episod 6, Waheeda kembali semula menemubual dengan Encik Conrad Fernandez dari syarikat LeapEd. Beliau mengongsikan berita baik tentang e-buku Coronavirus yang telah dikongsikan di laman sesawang yang boleh digunakan untuk semua peringkat umur.

Mar 18, 2023 • 32 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Jangan Takut untuk Gagal

Program Tip Kepimpinan adalah satu rancangan oleh Leaderonomics di mana tip-tip mengenai hal-hal kepimpinan disediakan untuk tontonan ramai.

Jan 01, 2018 • 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest