8 Petua Membina Kepercayaan dalam Pasukan

Apr 23, 2024 2 Minit
Kepercayaan
Sumber:

Gambar daripada Storyset

"Pimpin dari belakang dan biarkan orang lain percaya mereka berada di hadapan." - Nelson Mandela

Di tengah-tengah tekanan untuk mencapai sasaran jualan yang bercita-cita tinggi dan menghadapi perubahan pasaran yang pesat, membina kepercayaan dalam pasukan adalah kunci kejayaan jangka panjang. Kepercayaan bukan sahaja mewujudkan hubungan yang kukuh antara pemimpin dan ahli pasukan, tetapi juga membantu menginspirasikan kerjasama, inovasi dan prestasi unggul.

Di sini saya kongsikan 8 petua untuk membina kepercayaan dalam pasukan anda sebagai pemimpin:

Baca juga: Peranan Latihan Penyelesaian Konflik dalam Membina Pasukan yang Lebih Kuat

1. Ketelusan

Berkomunikasi secara terbuka dan jujur ​​dengan pasukan anda. Kongsi maklumat yang berkaitan secara telus, walaupun itu termasuk mengakui kesilapan atau ketidakpastian. Ini mewujudkan persekitaran di mana orang berasa dihargai dan didengari.

2. Konsisten

Kekal konsisten dalam tindakan dan keputusan anda. Pasukan akan mempunyai lebih keyakinan terhadap anda jika mereka tahu apa yang diharapkan daripada anda dan anda kekal konsisten dalam tingkah laku dan keputusan anda.

3. Bersikap Adil

Layani setiap ahli pasukan dengan adil dan hormat. Elakkan berpihak atau menunjukkan pilihan yang tidak adil. Apabila orang merasakan bahawa anda melayani mereka secara adil, kepercayaan dibina secara semula jadi.

4. Mendengar Secara Aktif

Amalkan kemahiran mendengar secara aktif dengan benar-benar mendengar apa yang ahli pasukan katakan, memberi perhatian kepada kebimbangan mereka dan bertindak balas dengan empati. Ini menunjukkan bahawa anda mengambil berat dan menghargai pendapat mereka.

5. Akauntabiliti Penuh

Bertanggungjawab atas kesilapan dan tindakan yang diambil. Ini menunjukkan integriti dan konsistensi dalam kepimpinan anda.

6. Bina Hubungan Peribadi

Luangkan masa untuk mengenali ahli pasukan secara peribadi. Memahami minat, keinginan dan cabaran mereka di luar kerja membantu membina hubungan yang lebih mendalam dan kepercayaan yang lebih besar.

7. Bersedia memberi dan menerima maklum balas

Terima maklum balas daripada pasukan anda dengan sikap terbuka dan berterima kasih. Berikan maklum balas secara membina dan empati. Proses memberi dan menerima maklum balas yang membina membantu mengukuhkan hubungan dan meningkatkan prestasi.

8. Teladan

Jadilah teladan yang baik dengan menunjukkan nilai kepimpinan yang anda percayai dan bertindak mengikut nilai-nilai ini dalam semua aspek kehidupan kerja anda.

Dengan menggunakan petua ini secara konsisten, anda sudah pasti boleh membina kepercayaan yang kukuh dalam pasukan anda sebagai pemimpin.

Salam sihat dan kekal bersemangat.

Artikel ini telah diterjemah daripada artikel:

8 Tips Membangun Kepercayaan dalam Tim

Diterjemah oleh: Amirah Nadiah

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Nilai Murni, Hubungan

Alt

Paulus Firmanto adalah Perunding Perniagaan Kanan di AIS Training & Consulting. 15 tahun pengalamannya sebagai seorang konsultan perniagaan dalam bidang otomotif dan peruncitan yang sangat berkesan dalam membina hubungan yang berterusan dengan pelbagai pihak berkepentingan.


 

Cadangan Buat Kamu

maklum balas

Mengapa Pengurus Mengelakkan Maklum Balas Jujur Semasa Penilaian Prestasi — dan Apa Solusinya

Oleh Karin Hurt dan David Dye. Pernahkah anda menahan daripada memberi maklum balas yang jujur dan berfikir, “Tak mengapa, ia tidak penting”? Ketahui sebab kita cenderung mengelakkan perbualan yang sebenar dan bagaimana menukarkan penilaian kepada perubahan yang bermakna.

Nov 30, 2025 4 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Alt

Mengapa Ramai Orang Bijak Tidak Berkongsi?

Rajesh Setty; usahawan berbilang, guru, dan pengarang buku Smart But Stuck, berbicara dengan Roshan Thiran; CEO Leaderonomics, mengenai bukunya yang mengajar bagaimana untuk melangkaui kecerdasan semula jadi anda dan menghapuskan halangan untuk membolehkan kecemerlangan anda bersinar.

Jul 16, 2025 4.43 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest