4 Cara Memainkan Peranan Yang Berbeza

Jul 29, 2020 4 Minit
peranan berbeza

Oleh kerana Leaderonomics terus berkembang di seluruh negara, tidak dapat dielakkan peranan berbeza yang mereka ada, dan mereka menghadapi cabaran dan portfolio baru.

Setiap tahun saya akan imbas kembali, usaha yang telah ditunjukkan dalam syarikat, saya rasa diberkati bekerja bersama-sama pasukan yang bersemangat dan berbakat yang dapat menerapkan kemahiran dan kreativiti mereka di mana sahaja.

Sebab mengapa kami dapat meneruskan pertumbuhan dan perkembangan ialah kerana kerjasama antara pasukan dan persediaan setiap individu untuk terlibat dan mengambil peranan dan ia mungkin juga pekerjaan yang biasa mereka lakukan.

Walaupun cara ini baik untuk mendorong perkembangan profesional, ia juga menimbulkan tekanan dan mereka juga akan bergelut dengan masalah jika dibiarkan. Ini akan mengganggu fokus mereka dan meletakkan mereka dalam keadaan untuk terus bertahan sehingga mempengaruhi prestasi dan penglibatan mereka.

Sebagai contoh, Leaderonomics dikurniakan pasukan yang hebat, yang sentiasa mengingati visi syarikat. Anda akan mempunyai organisasi budaya yang sentiasa mendorong dan menyelesaikan sesuatu tugasan sehingga melebihi jangkaan.

Namun demikian, kesejahteraan pekerja tidak pernah dianggap remeh. Jika organisasi anda meminta orang ramai untuk mengambil pelbagai peranan atau projek, apa yang anda boleh lakukan untuk menolong mereka menyesuaikan diri dan juga memperoleh hasil daripada pengalaman mereka?

Sesuatu yang selalu saya tekankan ialah kebolehan bagi sesiapa sahaja untuk menjadi pemimpin dan kepimpinan bukan sahaja mengenai siapa yang berada di pentas. Hakikatnya, organisasi yang efektif mempunyai pasukan yang membantu untuk berjalan: pemimpin akan dijumpai di dalam pasukan sama seperti mereka yang berada dalam kedudukan pengurusan.

Seperti yang diketahui oleh pemimpin, kita harus pandai mengambil peranan, cabaran dan tugasan yang diberi. Kita harus lincah dan dapat berfikir, membuat beberapa perkara yang sedang berlaku pada masa yang sama setiap hari. Ia adalah proses pembelajaran yang agak sukar, tetapi berbaloi. Di mana mengapa seseorang individu dapat berkembang dalam pelbagai tanggungjawab dan menjadi pemimpin yang efektif.

Oleh sebab itu, berikut ada beberapa idea yang dapat membantu pemimpin dalam menangani tugasan, pengurusan masa, jangkaan dan ketidakpastian apabila melangkah ke tanggungjawab yang baru.

1. Lihat Pada Gambaran yang Lebih Besar

Tekanan akan berlaku jika kita fokus terhadap apa yang sedang berlaku sekarang. Ia penting untuk kita menanganinya, dan ia sebahagian daripada proses pertumbuhan.

Sebilangan orang terjebak ingin meluangkan masa untuk menyelesaikan masalah dengan cepat berbanding menyelesaikan dengan cara yang lebih tenang dan terancang dan ini menyebabkan mereka akan rasa terbeban, tidak bersedia dan bukan yang terbaik. Lihat pada gambaran yang lebih besar – cabaran membawa kita ke arah keyakinan dan kecekapan dalam kepimpinan – dapat membantu meredakan tekanan jika kita sentiasa berfikir bahawa semua itu adalah sebahagian proses pembelajaran.

Sama ada kita baru memulakan perjalanan kepimpinan kita atau sudah 20 tahun, kita semua dalam proses belajar melalui cabaran yang kita hadapi setiap hari. Apa yang dapat membuatkan anda untuk terus maju ialah, sentiasa ingat bahawa ini adalah proses kemajuan bukan kesempurnaan.

2. Dapatkan Satu Perkara Itu

Melangkah ke peranan baru, akan ada elemen yang tidak asing bagi anda dan akan ada aspek yang pada awalnya terasa janggal dan mencabar. Godaannya ialah mengatasi apa yang paling sukar dilakukan, atau membiarkannya sehingga larut malam sebelum menghadapinya. Cara yang terbaik untuk membiasakan tugasan yang sukar ialah dengan memberikan fokus yang sepenuhnya dan belajar untuk mengetahui semua perkara tersebut.

Minta bimbingan daripada orang lain, bertanyakan soalan atau minta mereka untuk melakukan contoh. Mempunyai fikiran yang terbuka dan sikap ingin tahu adalah salah satu kaedah terbaik untuk memahami sesuatu perkara di peringkat yang lebih tinggi. Tiada seorang pun di antara kita memahami apa yang kita sedang buat. Pemimpin yang terbaik ialah pelajar yang sentiasa bersemangat.

3. Mempunyai Batasan Dalam Pembelajaran Anda

Ia bergantung pada beban kerja anda dan kepercayaan daripada orang lain dan semoga anda dapat meluangkan masa untuk menyesuaikan diri dengan peranan dan projek baru tanpa banyak gangguan. Sebagai contoh, jika anda belajar tentang proses, anda boleh membuat persedian balasan e-mel secara automatik untuk menentukan bila anda boleh kembali membalas mesej tersebut.

Sekiranya anda mendapat pesanan yang penting, anda boleh memasukkan e-mel rakan sekerja yang dapat membantu sekiranya jika ada perkara penting. Mengehadkan gangguan akan membantu meningkatkan fokus dan mengurangkan perasaan jengkel yang boleh timbul dari gangguan yang berterusan.

4. Tulis Mengenai Pengalaman Anda

Kebaikan menyimpan jurnal harian sudah terkenal dan ini dapat membantu perkembangan profesional untuk menulis soalan-soalan yang anda ada mengenai pelbagai peranan untuk direnungkan. Perkara ini dapat diajukan kepada pasukan atau pemimpin dan dapat mendalami pemahaman yang telah anda kumpulkan melalui pengalaman anda.

Menyimpan jurnal harian dapat menunjukkan pada anda di mana ada usaha untuk berjuang, tetapi ia juga menunjukkan bagaimana anda berkembang dan berjaya mencapai tujuan anda dan ini dapat membantu untuk mengurangkan tekanan dan pergelutan yang anda hadapi. Dengan berbuat demikian, ia mencatat bagaimana rasanya kepimpinan seperti sesuatu yang berharga di dalam kehidupan: ada pasang surutnya, tetapi jika kita bertahan dan terus melakukannya, ada banyak pertumbuhan yang bermakna dan dapat dicapai sepanjang perjalanan.

Untuk berhubung dengan lebih lanjut, email editor@leaderonomics.com 

Sila Kongsi

Alt

Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/

Cadangan Buat Kamu

Nuansa E-mel

Nuansa E-mel yang Tidak Dilepaskan: Menyemak Vs. Memproses

Oleh Juliet Funt. Adakah terdapat perbezaan kritikal antara menyemak dan memproses e-mel? Juliet menerangkan perbezaannya di sini.

Nov 24, 2022 3 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 10 Min Podcast

Alt

Akui Kesilapan Di Tempat Kerja: 10 Cara Terbaik

Kita tidak boleh lari dari kesilapan. Biarpun naluri kita akan lazimnya mempertahankan diri tetapi sekiranya kita bersalah, akuilah kesilapan itu. Tontoni video TOP 10 untuk belajar cara-cara mengakui kesilapan di tempat kerja.

Aug 09, 2017 8 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest