Tip Kepimpinan: Rahsia Menjadi Pemimpin Yang Hebat

Jun 27, 2017 2 Min Video
Alt

Ramai yang bertanya kepada saya, “Apakah rahsia menjadi pemimpin yang hebat?” Jawapan saya selalunya sama: “Bekerja keras, konsisten dan berlatih. Berlatih, berlatih, berlatih”.

Apa maksud berlatih? Berlatih dengan mendekatkan diri dengan pemimpin, memerhati, mendengar dan bekerja bersama mereka.

Jika anda banyak berinteraksi dengan pemimpin dan menjadikan mereka sebagai suri teladan anda; jika anda melakukan kesemua ini, anda akan dapat mempelajari sesuatu daripada mereka dan anda mampu menjadi pemimpin yang hebat pada suatu hari nanti.

Mungkin anda akan bertanya: “Bagaimana anda boleh memulakan detik kembara kepimpinan anda?” Cara yang paling mudah adalah dengan melayari G.O.O.G.L.E. dan cari nama-nama pemimpin-pemimpin yang memberi inspirasi kepada anda.  

Pemimpin yang hebat

Bagi saya, pemimpin-pemimpin seperti Benjamin Franklin, Abrahim Lincoln, Mother Teresa dan Gandhi banyak memberi inspirasi kepada saya. Saya mempelajari kehidupan mereka, cara mereka memimpin dan memahami apa yang mereka lakukan sebagai seorang pemimpin. Saya kemudiannya mempraktikkan segala ilmu yang saya pelajari daripada mereka di syarikat saya.

Jadi, adakah anda bersedia untuk memulakan kembara kepimpinan anda? Apa kata jika anda bermula dengan membaca tentang pemimpin-pemimpin yang menjadi idola anda?

Kata hikmat

“Teladani tokoh yang unggul, bekerja keras, bersikap konsisten dan berlatih, berlatih, berlatih!” – Roshan Thiran

Sila Kongsi

Alt

Roshan is the Founder and “Kuli” of the Leaderonomics Group of companies. He believes that everyone can be a leader and "make a dent in the universe," in their own special ways. He is featured on TV, radio and numerous publications sharing the Science of Building Leaders and on leadership development. Follow him at www.roshanthiran.com

Cadangan Buat Kamu

ketua

Mengapa Ketua Anda Boleh Kelihatan Tidak Berperasaan: Penjelasan dari Sudut Kimia Otak

Oleh Juliet Funt. Pekerja barisan hadapan tidak mempunyai kejelasan yang lebih baik tentang tekanan dan beban yang dialami oleh ketua mereka, sama seperti para ketua juga tidak benar-benar memahami realiti harian pekerja di lapangan. Di antara kedua-dua pihak ini wujud jurang yang besar—bukan kerana mana-mana pihak lemah atau tidak peduli, tetapi kerana mereka benar-benar hidup dalam realiti pengalaman yang berbeza.

May 12, 2026 5 Minit

Graduan wanita

Dilema Seorang Graduan Baru bersama Andrea Chew

Di episod 3, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Andrea Chew; Strategik Projek Partner di Leaderonomics, tentang topik hangat diantara 'fresh graduate' yang mula melangkah ke dunia pekerjaan. Bagaimanakah seseorang graduan baru boleh menyesuaikan diri di tempat kerja? Di sini, Andrea Chew akan berkongsi beberapa tip-tip kepada para siswa dan siswi untuk berkeyakinan lebih tinggi.

Mar 15, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Memberi Reaksi atau Respons

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita mempunyai pilihan sama ada ingin memberikan reaksi atau memberikan respons melalui perbuatan kita. Jadi, utamakan memberi respons supaya hidup lebih positif dalam apa jua keadaan.

Jul 30, 2024 8 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest