Perkara Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Menaiki Pesawat

5 minit

Template Logo
category-icon

Oleh NABILAH TIAR

Tahun 2020 merupakan tahun yang paling sukar buat kita semua dimana kejatuhan ekonomi negara terjadi, ramai orang kehilangan sumber pendapatan juga kehilangan pekerjaan disebabkan oleh virus Covid-19. Antara industri yang sangat terkesan adalah industri Pelancongan dan secara tidak lansung industri Penerbangan juga terjejas serta memberi impak yang sangat besar untuk pulih kembali seperti sedia kala. Begitu juga saya, ketika menulis rencana ini, saya pernah berkerja sebagai Agen
Khidmat Pelanggan di sebuah syarikat penerbangan swasta yang juga terkenal sebagai ‘low cost courier’ telah kehilangan pekerjaan akibat impak virus merbahaya ini yang telah melanda negara dan juga dunia.

Sebagai seorang yang pernah berkerja dalam bidang penerbangan, ternyata pelbagai kerenah mahupun gelagat manusia dari seluruh pelusuk dunia. Ada yang sering menaiki pesawat dan ada juga yang baru pertama kali merasai pengalaman menaiki kenderaan di udara ini. Walaubagaimanapun, ada juga beberapa individu yang sudah beberapa kali menaiki pesawat tapi masih belum tahu tentang terma dan syarat syarikat penerbangan tersebut, keperluan dokumen penting sebelum menaiki pesawat dan juga rancang masa perjalanan anda. Di sini saya ingin kongsikan antara perkara penting yang perlu anda ketahui sebelum anda menaiki pesawat.

 

1. Passport/ IC

Jika anda merancang untuk ke luar negara, anda perlu menyediakan passport. Passport akan tamat selepas 5 tahun dari tarikh anda membuat passport tetapi anda perlu tahu passport tidak sah digunakan lagi jika passport anda kurang daripada 6 bulan dari tarikh luput passport. Di muka surat akhir passport juga telah dinyatakan. Walaupun anda ingin ke negera seberang, anda perlu periksa dahulu tarikh sahlaku passport anda. Jika tidak,
syarikat penerbangan tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda ketinggalan pesawat
oleh kerana passport telah tamat tempoh sahlaku.

Untuk penerbangan ke luar negeri bagi warganegara Malaysia, kad pengenalan sahaja sudah memadai untuk “check-in process”.

2. Visa

Visa adalah pas kemasukan yang dikeluarkan oleh kedutaan negara yang ingin anda lawati. Ada beberapa buah negara yang memerlukan visa sebagai dokumen tambahan sebelum
anda melakukan perjalanan. Setiap negara mempunyai ‘country requirement’ yang berbeza. Jadi, sebelum anda pergi ke sesebuah negara, anda harus periksa dan selidik dahulu sama ada negara yang anda ingin lawati memerlukan visa ataupun tidak.

3. Tiket Penerbangan

Sebelum menaiki pesawat, benda paling penting yang perlu ada ialah tiket penerbangan. Anda disarankan untuk membeli tiket penerbangan 3-6 bulan sebelum tarikh perjalanan
anda. Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti ditipu atau terkena ‘scammer’, anda disarankan membeli langsung di website syarikat penerbangan. Semasa saya bekerja dulu, saya pernah mempunyai pengalaman dimana beberapa penumpang ditipu atau di ‘scam’ oleh agensi pelancong mahupun website yang menawarkan tiket penerbangan murah. Ketika saya mencari nama mereka untuk “check-in process”, nama mereka tidak wujud di dalam sistem dan tiada dalam senarai penerbangan. Jadi, elakkan membeli dengan “third party agent” kerana pihak syarikat penerbangan tidak akan bertanggungjawab.

Selain itu, nama di dalam tiket hendaklah sama seperti di dalam passport. Tiada kesalahan
ejaan mahupun huruf yang tertinggal. Jika tidak, anda tidak boleh terbang dan tiket anda
juga tidak sah digunakan. Jadi, sebelum anda membeli tiket, pastikan anda periksa semula
nama dan segala maklumat dengan betul.

Apabila sudah sampai masa untuk anda memulakan perjalanan, pastikan anda sampai ke lapangan terbang 4 jam sebelum waktu penerbangan anda untuk menggelakkan dari ketinggalan pesawat. Siapa tahu, jika di dalam perjalanan ke lapangan terbang, tiba tiba berlaku kecemasan ataupun kesesakan lalu lintas. Sekurang-kurangnya, anda dah bersiap sedia lebih awal jadi anda tidak akan kelewatan dan terburu buru mengejar waktu.

Selain itu, sila periksa beberapa kali dokumen yang perlu dibawa dan juga pastikan anda pergi kelapangan terbang yang betul sebelum anda memulakan perjalanan. Ini yang perlu anda lakukan apabila anda tiba di lapangan terbang :

1. Daftar masuk ‘Check in’

Pada zaman moden ini, segalanya hanya dihujung jari. Begitu juga dengan proses daftar
masuk yang boleh anda lakukan hanya melalui aplikasi syarikat penerbangan yang anda pilih. Caranya mudah, hanya masukkan nombor ‘booking’ tiket anda dan tekan pada carian. Segala maklumat tentang penerbangan anda akan muncul di paparan skrin. Seterusnya, anda pilih untuk daftar masuk. Anda boleh mulakan daftar masuk 48 jam sebelum waktu penerbangan anda. Selain itu, anda juga boleh daftar masuk di mesin kiosk yang disediakan di lapangan terbang. Apabila sudah daftar masuk melalui aplikasi mahupun mesin kiosk, anda tidak perlu lagi beratur panjang ke kaunter untuk mendapatkan tiket. Anda hanya perlu mencetak ‘boarding pass’ anda di mesin kiosk. Hanya perjalanan dalam negeri dan negara yang ingin anda kunjungi itu tidak memerlukan visa atau dokumen tambahan sahaja disarankan untuk daftar masuk sendiri melalui aplikasi atau mesin kiosk. Jika anda ke negara yang memerlukan visa, anda perlu ke kaunter daftar masuk agar Agen Khidmat Pelanggan boleh memeriksa dokumen anda.

2. Simpan Bagasi ‘Luggage Drop’

Anda perlu mengetahui sama ada tiket penerbangan anda sudah termasuk elaun bagasi
ataupun tidak. Disarankan untuk membeli elaun bagasi lebih awal jika tidak, anda harus
membayar 3 kali ganda lebih mahal di lapangan terbang berbanding anda membeli di
website atau aplikasi. Anda dibenarkan menyimpan bagasi 4 jam hingga 1 jam sebelum
waktu penerbangan kerana pintu menyimpan bagasi akan ditutup selepas kurang dari 1 jam dan mereka tidak akan menerima bagasi lagi. Anda akan ketinggalan pesawat jika anda membawa bagasi yang besar kemudian lewat untuk menyimpan bagasi. Elakkan dari
membawa bateri, alat elektronik dan powerbank di dalam ‘check in bag’ anda.

3. Beg Kabin

Pastikan beg yang anda ingin bawa masuk kabin mengikut saiz yang ditetapkan oleh syarikat penerbangan dan pastikan tidak melebihi 7kg. Untuk mengelakkan daripada benda yang tidak diingini berlaku, anda hendaklah mengikut berat yang ditetapkan. Jika beg melebihi 7kg, dan setiap penumpang di dalam pesawat itu juga membawa beg yang melebihi 7kg, berkemungkinan besar penumpang di dalam pesawat itu akan mengalami kecederaan yang serius andai terjadinya ‘air turbulent’ ketika dalam penerbangan tersebut. Jadi janganlah pentingkan diri sendiri. Selepas pandemik virus ini, terdapat beberapa perubahan terma dan syarat untuk beg kabin. Oleh itu, sebelum anda menaiki pesawat, pastikan anda tahu dan meneliti ‘requirement’ baru dari syarikat penerbangan pilihan anda.

4. Imigrasi ‘Security Control’

Sebelum ke pintu masuk perlepasan, anda harus melalui immigrasi untuk ke luar negara. Jika perjalanan di dalam negeri, anda akan melalui ‘Security Check’ terlebih dahulu. Walau
bagaimanapun, anda harus memasuki lebih awal kerana ada beberapa waktu anda harus
beratur panjang dan ianya akan mengambil masa lebih dari satu jam terutamanya ketika
musim perayaan mahupun musim cuti sekolah. Untuk perjalanan ke luar negara, jika anda
membawa cecair pastikan ianya tidak melebihi 100ml. Walaupun botol 150ml tetapi cecair
tinggal sedikit pun pihak sekuriti tidak akan membenarkan anda membawa dan mereka akan merampas botol tersebut. Jadi, anda perlu periksa dulu botol cecair yang anda ingin bawa ke pesawat. Andainya perlu dibawa, simpan sahaja di dalam ‘check in bag’ anda.

5. Pintu Masuk Perlepasan ‘Departure Gate’

Apabila anda melepasi immigrasi dan ‘security check’, teruskan ke pintu masuk perlepasan.
Pastikan anda di pintu masuk yang betul. Sentiasa ‘update’ dan periksa di skrin pintu masuk mengenai status penerbangan anda jika ada pengumuman dan sebarang perubahan pintu masuk atau masa penerbangan ditangguhkan. Sebelum masuk ke dalam pesawat, ada baiknya jika anda pergi ke tandas di dalam lapangan terbang dahulu.

Itu sahaja yang boleh saya kongsikan tentang proses sebelum menaiki pesawat. Semoga coretan ini boleh memberi manfaat kepada orang ramai. Saya berharap agar pembaca di luar dapat ilmu yang baru dan semoga dilimpahi rezeki.

 

 

 

Diterbikan dengan kebenaran. Untuk berhubung dengan lebih lanjut, email editor@leaderonomics.com 

Cadangan Buat Kamu