DIODE: Membina Bakal Generasi Pemimpin Negara

Jun 20, 2018 1 Minit
Kem DIODE

Seramai 44 orang belia dalam lingkungan umur 13-16 tahun baru-baru ini menyertai Kem Kepimpinan Belia DIODE anjuran Leaderonomics di Melaka.

Kem selama enam hari ini, yang bermula pada 18 Jun, bertujuan untuk membina asas kepimpinan yang kukuh dalam kalangan belia melalui permainan, simulasi, aktiviti dan sesi berbicara.

“Kami ingin mencungkil bakat kepimpinan dalam kalangan belia – seorang demi seorang – supaya mereka akan menjadi pemimpin yang bakal mengubah dunia.” —pengasas bersama Leaderonomics, Ang Hui Ming

Kem kali ini adalah agak istimewa. Sempena ulang tahun ke-10 organisasi sosial ini, peserta-peserta kem, yang termasuk beberapa orang belia dari kem pelarian dan rumah kebajikan, akan dimentor oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Leaderonomics, Roshan Thiran dan Ketua Leaderonomics Youth (Belia), Dr Victor Wong sepanjang kem berkenaan.

Leaderonomics, yang ditubuhkan pada tahun 2008 sebagai organisasi sosial, bertekad untuk mencapai transformasi bangsa melalui pembangunan kepimpinan individu-individu.

“Kami percaya setiap individu memainkan peranan yang penting dalam masyarakat. Dan kami berhasrat untuk mengembang dan melengkapi setiap individu, tanpa mengira umur, kaum dan latar belakang sosioekonomi, dengan keupayaan kepimpinan.” —Roshan Thiran.

Artikel berkaitan: Mampukah Belia Malaysia Majukan Negara?

 

Nota: Nama penuh DIODE ialah Daring Individuals, Opening Doors Everywhere / Individu Berani, Mencipta Peluang Di Mana-Mana Jua

 

 

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Anda Seorang Pemimpin

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

show hands

Mengatasi Budaya Menyalahkan di Tempat Kerja

Oleh Karin Hurt & David Dye. Ketahui punca budaya menyalahkan di tempat kerja dan cara pemimpin membina budaya akauntabiliti yang sihat.

Jul 28, 2026 4 Minit

Alt

E-Buku Coronavirus untuk Masyarakat Bersama Conrad Fernandez

Di episod 6, Waheeda kembali semula menemubual dengan Encik Conrad Fernandez dari syarikat LeapEd. Beliau mengongsikan berita baik tentang e-buku Coronavirus yang telah dikongsikan di laman sesawang yang boleh digunakan untuk semua peringkat umur.

Mar 18, 2023 32 Min Podcast

Alt

Mengapa Orang Bijak Sukar Menghadapi Perubahan?

Rajesh Setty; usahawan berbilang, guru, dan pengarang buku Smart But Stuck, berbicara dengan Roshan Thiran; CEO Leaderonomics, mengenai bukunya yang mengajar bagaimana untuk melangkaui kecerdasan semula jadi anda dan menghapuskan halangan untuk membolehkan kecemerlangan anda bersinar.

May 25, 2025 5.39 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest