Sabotaj Diri Sendiri?

Jun 19, 2020 1 Minit
sabotaj, diri, lemas diri

Kita selalu mengeluh tentang cabaran dan masalah yang kita hadapi dalam perjalanan kehidupan kita. Selalunya, kita sibuk menyalahkan faktor luar apabila sebenarnya kita sendiri gagal mencapai matlamat kita.

Sering kali mudah untuk kita menyalahkan pihak ketiga, tetapi pernahkah kita terfikir bahawa kita sendiri boleh menjadi penghalang untuk menyelesaikan sesuatu perkara?

Sekiranya anda mempunyai keinginan untuk melakukan sesuatu tetapi wujud perasaan di dalam diri yang membisik kepada anda dan mengatakan “tidak boleh atau tidak boleh buat”, tanpa penjelasan yang rasional untuk menyokong alasan anda, maka itu adalah petunjuk bahawa anda sedang mensabotaj diri sendiri.

Sekiranya anda melakukan salah satu perkara berikut, ini menunjukkan bahawa anda mempunyai tingkah laku sabotaj diri dan inilah masanya untuk melakukan sesuatu mengenainya.

  1. Anda tidak menonjolkan kemahiran, kualiti dan perniagaan anda (jika anda memilikinya), kerana takut apa yang akan difikirkan orang lain tentang anda. Yakinlah, itulah kunci untuk mencapai kejayaan.
  2. Anda adalah penunda. Ini adalah tanda seseorang melakukan sabotaj diri. Anda mempunyai tugas yang pasti menjamin kejayaan anda, tetapi anda selalu menunda untuk menyelesaikannya. Berhenti melenggahkan masa. Tetapkan matlamat untuk menyelesaikannya dan selesaikan semua tugasan yang diberikan tanpa membuang masa.
  3. Anda berputus asa dengan mudah. Anda sedang mengurus satu atau dua projek baru yang diberikan dan apabila individu lain menegur atau memberi komen, anda akan berputus asa dengan cepat dan membiarkan kekecewaan mengalahkan anda. Jangan memikirkan kegagalan anda. Ini hanya akan menghalang anda daripada terus maju. Belajar dari kegagalan anda dan gunakannya sebagai motivasi atau pengajaran untuk berjaya.

 

 

Untuk berhubung dengan lebih lanjut, email editor@leaderonomics.com 

 

 

 

 


 

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Perwatakan, Kebolehan Diri

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

menjaga

Adakah Anda Masih Menjaga “Cat” yang Sudah Lama Kering?

Oleh Roshan Thiran. Berapa banyak masa setiap hari anda habiskan untuk mempertahankan sesuatu yang sebenarnya sudah lama selesai?

Mar 22, 2026 3 Minit

Roshan Thiran

Tahun Baru, Diri Baru bersama Roshan Thiran

Di episod 1, host Waheeda menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk membincang tentang azam tahun baru. Ia adalah topik yang menjadi tanda tanya kepada ramai individu pada masa kini. Pentingkah resolusi tahun baru kepada kita semua? Di sini, Encik Roshan memberitahu bahawa kita mempunyai pilihan lain jika kita tidak ada resolusi tahun baru.

Mar 12, 2023 10 Min Podcast

Alt

Kepimpinan Itu Ekstrem

Kepimpinan ekstrem adalah gelagat pemimpin yang hebat. Mereka bijak memilih tindakan yang bersesuaian dengan keadaan dan masa. Untuk membaca artikel berkaitan, klik Kepimpinan Itu Sesuatu Yang Ekstrem!

Jul 16, 2017 3 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest