Petua Produktiviti: Disiplin Diri

Oct 02, 2024 2 Minit
Disiplin
Sumber:

Gambar daripada Storyset

Disiplin diri adalah perkara yang sangat penting sekiranya anda ingin jadi orang yang berjaya. Ini adalah rutin dan karakter yang kita boleh aplikasikan dalam hidup untuk jadi orang yang berdisplin:

1. Bangun sebelum subuh: Ini merupakan waktu yang sangat produktif sama ada menelaah ilmu ataupun melakukan ibadat.

Artikel berkenaan:

Tabiat yang Mengubah Hidup

2. Berhenti jadi hamba kepada nafsu: Dalam Islam, kita diajar untuk melakukan sesuatu perkara pada kadar tertentu. Umpamanya, elak makan hingga terlalu kenyang ataupun tidur sehingga lebih waktu yang sepatutnya.

3. Lakukan perkara yang susah dahulu: Dalam setiap tugasan kita, pasti ada kerja-kerja yang susah dan memerlukan masa untuk disiapkan.  Siapkan dahulu perkara tersebut dan hidup akan terasa lebih mudah selepas tugas yang susah disiapkan.

4. Pastikan ada progress sedikit demi sedikit: Orang yang berjaya selalunya konsisten kerana mereka percaya power of compounded interest.

5. Penjagaan Diri: Reward diri sendiri bila berjaya capai perkara yang kita impikan dalam hidup.

6. Hasilkan kerja yang berkualiti: Orang yang berjaya akan menghasilkan kerja yang close to perfection dan berbeza daripada kebanyakan.

7. Bangun setelah jatuh: Hidup tidak selalunya indah. Akan ada masa yang kita akan jatuh dan apa yang paling penting ialah secepat mana kita bangun kembali dan terus move forward dalam hidup.

8. Bercakap apabila perlu: Bercakap tanpa berfikir dan bercakap pada setiap masa kadang menyebabkan kita sebut perkara yang tidak perlu. Orang yang berjaya sentiasa observe sebelum mengeluarkan pendapat mereka.

Artikel ini kali pertama diterbitkan di aplikasi X

 

Disunting oleh: Amirah Nadiah

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Tag: Kebolehan Diri, Nilai Murni

Alt

Hazeem Mahayadin ialah seorang jurutera sepenuh masa yang banyak menulis berkenaan produktiviti di platform X.

Alt

Cadangan Buat Kamu

kecerdasan buatan

Adakah Anda Memimpin AI atau AI yang Memimpin Anda?

Oleh Michelle Gibbings. Sebagai pemimpin, pilihan yang anda buat hari ini akan menentukan sama ada AI menjadi aset terbesar anda atau cabaran terbesar anda.

Feb 18, 2025 4 Minit

Alt

Penetapan Minda Positif - Kuasa Pemikiran Positif

Buka rahsia untuk kehidupan yang lebih bahagia dan memuaskan dengan kuasa pemikiran positif! Mulakan penggunaan positif hari ini dan lihat perbezaan yang boleh dihasilkannya.

Feb 05, 2025 2:12 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest