6 Petua Menjawab Soalan Temu Duga Kerja Dengan Lancar

Nov 28, 2023 2 Minit
temu duga
Sumber:

Gambar oleh Maranda Vandergriff daripada Unsplash

Temu duga kerja merupakan salah satu peringkat penting dalam proses pengambilan pekerja di syarikat. Temu duga kerja yang baik boleh membantu syarikat mencari calon yang sesuai, manakala bagi calon, temu duga kerja boleh menjadi peluang untuk menunjukkan kebolehan dan kemahiran mereka.

“Percaya pada diri sendiri dan lihat dunia dengan yakin. Dengan cara itu, anda boleh mencapai apa sahaja yang anda mahukan.”

Berikut adalah beberapa petua dan cadangan tentang cara untuk mendapatkan temu duga kerja untuk masa depan yang cerah:

1. Persiapkan diri anda dengan baik

Persediaan yang rapi sebelum temu duga kerja dapat membantu meningkatkan keyakinan diri dan membantu menjawab soalan dengan lebih baik.

Sebelum temu duga, pastikan anda membaca maklumat tentang syarikat dan jawatan yang anda mohon, berlatih menjawab soalan temu duga biasa, dan sediakan soalan untuk ditanya kepada penemu duga.

2. Tampil profesional

Penampilan dan sikap profesional adalah sangat penting dalam temu duga kerja. Pastikan berpakaian kemas dan sopan, dan tiba tepat pada masanya. Semasa bercakap, gunakan bahasa yang jelas dan sopan, dan jangan terlalu banyak menggunakan kata pengisi semasa bercakap.

3. Jangan takut untuk bertanya soalan

Semasa temu duga kerja, jangan takut untuk bertanya jika ada sesuatu yang tidak jelas atau memerlukan maklumat tambahan. Bertanya tentang syarikat, tanggungjawab kerja, dan budaya kerja boleh menunjukkan minat dan semangat dalam pekerjaan.

4. Berikan jawapan yang jelas dan padat

Semasa menjawab soalan, pastikan jawapan anda relevan dengan soalan yang diberikan, jangan jawab dengan cara yang rumit atau terlalu banyak bercakap. Gunakan contoh konkrit untuk menunjukkan kemahiran dan pengalaman anda.

5. Fokus kepada keperluan syarikat

Dalam temu duga kerja, fokus pada keperluan syarikat dan bagaimana kemahiran serta pengalaman anda boleh membantu memenuhi keperluan tersebut. Tunjukkan minat dan semangat untuk jawatan dan syarikat yang anda mohon, dan terangkan cara anda boleh menambah nilai kepada syarikat.

6. Bersopan santun dan mesra

Sikap sopan dan mesra boleh membantu mewujudkan hubungan yang positif dengan penemu duga. Berikan senyuman, buat hubungan mata yang baik, dan jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih pada akhir temu duga.

Dalam temu duga kerja, adalah penting untuk kekal tenang, fokus, dan menunjukkan minat terhadap syarikat dan jawatan yang anda mohon. Dengan persediaan dan amalan yang baik, anda boleh melakukan temu duga kerja yang baik dan meningkatkan peluang anda untuk diterima di syarikat yang anda inginkan.

Semangat! Saya harap ini dapat membantu.

Artikel ini diterbitkan daripada akaun LinkedIn Alif Fatullah.

Artikel ini diterjemah daripada artikel:

6 Tips Lancar Menjawab Pertanyaan Wawancara Kerja

Diterjemah oleh: Amirah Nadiah

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Tag: Kebolehan Diri

Alt

Alif ialah Ketua Pegawai Eksekutif Weslic Indonesia, sebuah syarikat dari Yogyakarta yang menyediakan penyelesaian data dan analisis besar untuk menyokong pertumbuhan perniagaan melalui penyepaduan data.


 

Alt

Cadangan Buat Kamu

Manusia

Mengapa Persembahan yang Berjaya Ada dalam Fikiran Anda

Oleh Darren Fleming. Belajar untuk mengatasi ketakutan anda terhadap pengucapan awam dan menyampaikan persembahan yang hebat dengan hanya memerhati sensasi anda dan tidak bertindak balas.

Apr 25, 2023 4 Minit

Wanita

Kehidupan Seharian Pekerja Gudang Wanita di NinjaVanMalaysia

Pernah terfikir bagaimana rasanya menjadi seorang wanita yang bekerja dalam industri yang kebanyakannya didominasi oleh lelaki? Dalam video ini, kami berbual dengan Nurazlin, seorang pekerja gudang wanita di #NinjaVanMalaysia, untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman dan kejayaannya sebagai seorang wanita dalam dunia lelaki.

Mar 15, 2023 10 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest