Kesihatan Mental Anak Muda Kita

Oleh Editor Leaderonomics|06-03-2020 | 2 Minit
Menurut bekas Menteri Kesihatan Dr Zulkefly Ahmad, sebanyak 4.2 juta orang di Malaysia sedang mengalami isu kesihatan mental.

Secara umumnya, kesihatan mental merupakan tahap kesejahteraan pemikiran dan emosi seseorang individu. Dalam dekad yang lalu, kadar bunuh diri dan penyakit mental meningkat dengan tinggi disebabkan oleh tahap kesihatan mental yang lemah.

Akibat yang paling membimbangkan ialah kanak-kanak semuda 10 tahun pun menjadi mangsa kepada isu ini dan pernah cuba bunuh diri. 

Dalam dekad yang lalu, kadar bunuh diri dan penyakit mental meningkat dengan tinggi disebabkan oleh tahap kesihatan mental yang lemah.


Institut Kesihatan Umum Malaysia telah mengendalikan Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan pada tahun 2017 untuk menilai tahap kesihatan orang belia negara kita dari segi fizikal, mental, dan sosial.

Berdasarkan buah hasil kajian tersebut, memang nyata yang kesihatan orang belia kita bukan sahaja kurang optimum, malah kian hari kian lemah. Satu dalam lima menghadapi kemurungan, dua dalam lima mengalami kecelaruan kebimbangan umum, dan satu dalam sepuluh berasa tertekan (stress).

Selanjutnya, purata peratus belia yang membunuh diri, merancang bunuh diri, ataupun cubaan membunuh diri, meningkat kira-kira sebanyak 1% daripada kajian sebelum ini iaitu pada tahun 2012. Walaupun peningkatan 1% seolah-olahya tidak banyak, namun remaja di Malaysia terdapat sebanyak 5.5 juta, jadi bayangkanlah seberapa ramai remaja yang ada dalam purata 1% tersebut. 



Tanggapan salah yang biasa wujud ialah kesihatan itu cuma dari segi fizikal sahaja. Padahal, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menakrifkan kesihatan sebagai satu keadaan yang merangkumi kesihatan secara fizikal, mental, dan sosial dan tidak semata-matanya ketiadaan penyakit.

Salah satu cabaran besar yang dihadapi dalam usaha membanteras isu kesihatan mental adalah stigma yang mengelilingi isu ini. Stigma ini wujud disebabkan oleh kekurangan pengetahuan dan kekurangan pengetahuan pula disebabkan oleh stigma yang wujud.

Tambahan pula, stigma ini mampu mengelakkan orang yang sedang mengalami isu kesihatan mental daripada meminta atau menerima bantuan pakar dan ini mungkin akan menjadikan situasi individu tersebut lebih teruk.

Kesihatan mental boleh dipengaruhi oleh cara atau corak asuhan seseorang, tahap pendidikan, agama dan budaya hidup, pengaruh persekitaran, kesihatan fizikal, dan keistimewaan, kelemahan serta pencapaian seseorang. Malangya, tidak wujud satu cara penyelesaian yang jelas bagi mengatasi isu ini disebabkan oleh berbagai-bagai pengaruh kesihatan mental yang berbeza-beza. 

Cara Penyelesaian Umum

Apa yang kita boleh lakukan adalah meningkatkan kesedaran dan pengetahuan rakyat Malaysia supaya lebih ramai yang memahami isu ini untuk menghapuskan sebarang salah faham ataupun stigma.Penghapusan stigma ini kemudian akan menggalakkan orang yang mengalami isu kesihatan mental untuk mendapatkan bantuan pakar tanpa rasa malu dan tidak cekap.

Selain itu, penghapusan stigma juga mampu mendorong orang kelilingnya untuk memberi sokongan moral dan bukannya memandang rendah. Tibalah masanya untuk kita menyedari bahawa kesihatan mental dan fizikal saling mempengaruhi antara satu sama lain dan harus diberi keutamaan yang sama.

Jika anda sedang menghadapi masalah ataupun mempunyai pemikiran untuk menamatkan riwayat diri dan memerlukan bantuan segera, anda boleh menghubungi talian 24 jam Befrienders.

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Tag: Perwatakan, Kebolehan Diri

Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com
Leaderonomics Logo

Izinkan kami meminta bantuan anda untuk menderma kepada penyelengaraan laman kami. Mahal jugak lah nak jaga blog ni.

Ramai di luar sana tidak ada akses kepada sumber yang diperlukan untuk mengasah potensi kepimpinan mereka. Oleh itu, content kami akan sentiasa diberikan kepada sesiapa sahaja yang berminat.

Sudikan kamu membantu?

© 2022 Leaderonomics Sdn. Bhd. Hak cipta terpelihara.

Perhatian: Pandangan yang dikongsi di blog ini adalah pendapat peribadi para pengarang dan tidak semestinya dikongsi oleh Leaderonomics.