Tanpa Tunai: Era Baru Pasca Pandemik COVID-19

May 15, 2020 4 Minit
sentuhan jari, dunia, era baru

Perasan atau tidak sebelum negara kita dan seluruh dunia dilanda wabak pandemik COVID-19, beberapa syarikat besar dalam industri makanan segera telah membuat perubahan dalam sistem pembayaran mereka.

McDonald's menjadi yang terawal menggunakan sistem tanpa tunai dalam meminimakan sentuhan ditempat awam. Tetapi masih ada lagi sentuhan yang berlaku kerana pelanggan masih perlu menyentuh mesin pesanan untuk membuat pembayaran. Pernahkah anda menonton satu video di China yang mana bila pelanggan perlu membuat pesanan di
McDonald's, mereka hanya perlu mengimbas Kod QR dan terus membuat pesanan dari telefon pintar tanpa menyentuh mesin pesanan?

Semua ini adalah proses perubahan dalam urus niaga bagi mengurangkan sentuhan di tempat awam. Masyarakat di China sudah melalui tragedi terdahulu daripada kita dan mereka sudah sedia maklum aktiviti apa yang perlu dikurangkan bagi menangani penularan wabak contohnya penggunaan duit tunai.

Setiap orang akan mengalami situasi yang sama apabila kehabisan tunai. Kita akan ke bank untuk ambil duit di Automated Teller Machine (ATM). Pintu bank masih boleh ditolak menggunakan sarung tangan tapi di mesin ATM, pilihan menu masih perlu menggunakan jari. Skrin sesentuh zaman sekarang adalah jenis “Capacitive Touch” di mana kita perlu menyentuhnya, baru ia beroperasi. Jika jari kita berlapik, mesin ATM tidak akan berfungsi. Kita mesti guna jari tanpa ada sebarang lapisan penghalang dan ini boleh menjadi salah satu punca penularan wabak. Tambah parah apabila kita membeli barang, duit yang digunakan pasti akan bertukar tangan dan kita tak pasti sama ada duit baki yang kita terima sudah dijangkiti virus ataupun tidak. Semua aktiviti yang melibatkan duit tunai ini berpotensi menjadi penyebab utama kepada penyebaran wabak. Lagi minima aktiviti sentuhan di tempat awam, lagi baik.

Atas sebab itu, ada beberapa kelaziman baharu yang boleh kita praktikan bagi mengurangkan penularan wabak. Sebagai seorang individu yang prihatin dengan keadaan semasa, kita boleh berubah dengan melakukan beberapa perkara seperti:

Muat turun aplikasi

Muat turun aplikasi yang mempunyai fungsi e-wallet seperti Boost, GrabPay, Touch N Go,
Maybank dan ada juga supermarket yang mempunyai e-wallet sendiri seperti AEON di telefon pintar masing-masing.

Senarai barang yang dibeli

Sebelum keluar membeli, buat anggaran kira-kira barang yang akan kita beli dan tambah nilai jumlah itu ke dalam e-Wallet tadi.

Meminimumkan sentuhan

Semasa membeli, meminimumkan setiap sentuhan kita dan pilih yang perlu sahaja. Elakkan memegang pelbagai jenis produk kerana kita berpotensi menjadi punca penyebaran atau kita berpotensi untuk dijangkiti.

Bayaran tanpa tunai

Semasa membuat pembayaran, gunakan e-wallet. Tiada pertukaran tunai di antara kita dan juruwang.

Selain daripada itu, pemilik perniagaan juga boleh memainkan peranan dalam kempen perang melawan wabak merbahaya ini. Di antara langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut:

1. Pemilik perniagaan yang beroperasi pada musim COVID-19 ini, perlu memastikan perniagaan mereka memiliki kemudahan e-wallet bagi mengelakkan sebarang transaksi tunai.

2. Membuat kempen kesedaran kepada pelanggan dengan menggalakan mereka membayar dengan e-wallet. Sebagai contoh, jika bayar dengan e-wallet, akan dapat hadiah misteri. Dengan cara begini, kakitangan pun akan kurang sentuhan fizikal walaupun sistem penggunaan tanpa tunai. Yang pastinya, duit jualan akan terus dimasukkan dalam sistem dan sekali gus isu kehilangan duit tunai boleh diminimakan.

Selain daripada itu, syarikat penyediaan sistem e-wallet juga perlu memainkan peranan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna. Beberapa langkah “menang-menang” boleh diaktifkan bagi menguatkan lagi jenama syarikat mereka kalangan pengguna.

Waktu ini adalah detik terbaik untuk syarikat e-wallet membuat kempen agresif dalam memupuk kesedaran dalam kalangan pengguna. Berikan insentif dan pelbagai hadiah menarik kepada pengguna e-wallet. Dalam keghairahan memburu pelanggan baru, syarikat e-wallet jangan sesekali lupa kepada peniaga yang banyak menggunakan perkhidmatan syarikat anda. Mereka juga layak mendapat ganjaran yang sama seperti pengguna yang lain.

Akhir sekali, sokongan daripada kerajaan amatlah diperlukan bagi menjayakan kempen “cashless” ini. Perkara ini dilihat selari dengan kempen kerajaan untuk menghapuskan wabak COVID-19. Perkasakan kempen ini di segenap media yang ada, bagi memastikan rakyat mudah faham dan seterusnya selesa dengan kelaziman atau norma baru ini.

Berilah pelbagai insentif permulaan, tetapi dalam keadaan terkawal. Pastikan rakyat hanya menggunakan kemudahan ini untuk membeli barang keperluan sahaja untuk mengelakkan pembaziran. Walaupun usaha ini nampak kecil, tetapi jika semua daripada kita menjadikan ia sebagai budaya baru dalam kehidupan seharian, kita pasti dapat menangani wabak COVID-19 .

 

 

 

Untuk mendengar lebih, tekan disini dan untuk berhubung dengan lebih lanjut, e-mel di editor@leaderonomics.com 

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Covid-19

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com
Alt

Cadangan Buat Kamu

Perkara yang menyeronokkan di tempat kerja

Adakah Anda Mengambil Tahu Apa yang Anda Suka?

Oleh Michelle Gibbings. Semua pekerjaan mempunyai bahagian yang tidak menyeronokkan. Jadi, adakah anda berhenti melakukan perkara yang anda tidak suka lakukan? Itu cadangan yang tidak praktikal dan tidak realistik. Baca tentang pandangan Michelle di sini.

Dec 04, 2022 4 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 10 Min Podcast

Alt

Kepimpinan Itu Ekstrem

Kepimpinan ekstrem adalah gelagat pemimpin yang hebat. Mereka bijak memilih tindakan yang bersesuaian dengan keadaan dan masa. Untuk membaca artikel berkaitan, klik Kepimpinan Itu Sesuatu Yang Ekstrem!

Jul 16, 2017 3 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest