Pengajaran Tentang Kepimpinan Oleh Tun Dr Mahathir Mohamad

Mar 19, 2020 6 Minit
Tun Dr. Mahathir Mohamad, pemimpin

Siapa yang tidak mengenali tokoh yang sangat kuat di usia 94 tahun yang masih berjuang dan membawa pengaruh yang besar di Malaysia, bekas Perdana Menteri yang ke-7 iaitu Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad. Meskipun usianya sudah lajut, beliau masih minda dan fikiran yang sangat tajam.

Di dunia politik, Tun Mahathir telah meninggalkan nama yang sangat besar pada kita semua dan beliau juga masih aktif menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ahli politik untuk terus berkhidmat untuk negara dan membentuk Malaysia menjadi sebuah negara yang maju.

Tetapi saya percaya ramai di antara kita mempunyai soalan – adakah beliau ingin membawa perubahan dan memajukan atau adakah beliau menghancurkan negara?

Tetapi sebelum itu, kita akan imbas kembali jasa baik Tun Dr. Mahathir dan elemen positif beliau sebagai seorang pemimpin.

Jasa seorang pemimpin 

Ketika beliau diberi tanggungjawab untuk memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kedua kalinya, beliau mengakui bahawa beliau pernah melakukan kesilapan di masa lalunya: tiada pemimpin – bahkan tiada manusia – tidak melakukan kesilapan.

Salah satu ciri pemimpin yang beliau tunjukkan ialah kesanggupan beliau untuk terus mengakui kesilapannya dan merenung, lalu membetulkan kesilapannya dan menjadi lebih baik.

Sebagai contoh, beliau menasihati pengikutnya untuk belajar dari kesilapan dan ia pelajaran yang sangat berharga untuk kita menjadi individu yang lebih baik untuk masa akan datang.

Walau bagaimanapun, ramai yang berpendapat bahawa Tun terlalu sibuk dengan partinya (Bersatu) sehingga menganggu beliau untuk merenung tanggungjawabnya.

Setelah beliau bersara sebagai Perdana Menteri (dan berpeluang untuk membuat renungan dan belajar dari kesilapannya), hari ini, kesibukan beliau membuatkan beliau gagal untuk melihat kembali kesilapan yang pernah dilakukannya, kemungkinan besar ini adalah faktor  beliau jatuh, hilangnya tanggungjawab sebagai seorang Perdana Menteri kepada timbalannya.

Antara isu yang menjadi topik hangat ketika beliau masih memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ialah isu perkauman, yang memecah-belahkan perpaduan rakyat. Beliau juga tidak sedar menteri-menteri yang dilantiknya yang memecah-belahkan bangsa-bangsa.

Kepimpinan adalah sesuatu yang sangat kontekstual. Tun kembali berkuasa ketika beliau berusia 93 tahun kerana kebolehan beliau untuk belajar dari kesilanpannya, tetapi beliau telah hilang kebolehan itu setelah beberapa tahun menyandang jawatan.

Mantera kepimpinan Tun

Ketika beliau berucap di Setia City Convention Centre baru baru ini, beliau mengatakan bahawa kepimpinan bukanlah sesuatu yang susah difahami, tetapi ia adalah kualiti dan yang boleh diasah dalam pembangunan nilai dalam diri kita.

Dalam ucapan beliau, beliau berkongsi beberapa kompenan yang efektif dalam kepimpinan sebagai seorang yang sangat berpengaruh, membangunkan negara dan rakyatnya, adalah wajar untuk kita mendengar apa yang diperkatakannya.

Di sini ada lima bahan yang Tun Mahathir bincangkan dalam ucapannya untuk pemimpin masa depan negara Malaysia:

Integriti dan kejujuran

Tanpa nilai-nilai ini, seorang pemimpin “mudah tergoda nafsu dan tidak boleh dipercayai”, Tun Mahathir memberi amaran. Bagi sesetengah pemimpin, keinginan nafsu untuk menyalahgunakan kuasa yang diamanahkan terlalu kuat untuk dilawan.

Bagi semua pemimpin, godaan tersebut pasti ada, jadi kita haruslah sentiasa mengekalkan kejujuran dan integriti jika kita mahu menjadi seorang pemimpin yang dicontohi yang berkhidmat untuk negara.

Ini adalah salah satu sebab kita melihat Tun Dr. Mahathir jatuh dan kalah. Ini kerana kekurangan integriti untuk berurusan dengan partinya sendiri dan tidak berkemampuan untuk menjadi seorang yang jujur.

Kesanggupan untuk bekerja keras

Berapa ramai di antara kita sanggup bekerja keras untuk mencapai tujuan atau cita-cita? Jika kita melihat tokoh-tokoh atau individu yang berjaya mereke tidak pernah berhenti bekerja keras untuk mencapai kejayaan dan cita-cita mereka.

Ini tidak bermaksud kita harus bekerja sehingga memberi kesan buruk terhadap diri sendiri – sedangkan mererka yang berjaya mengetahui betapa pentingnya berehat waktu yang perlu – tetapi cuba bayangkan jika kita boleh mempertingkatkan keazaman kita sebanyak 20 peratus.

Keputusan yang kita inginkan bukan datang sekadar keinginan – kita harus bekerja keras untuk mencapainya. Dan, kita juga tahu bahawa, hanya bekerja keras tidak cukup. Ia juga harus digabungkan semangat dan keikhlasan.

Keinginan untuk belajar dan mahukan perubahan

Seperti yang dinasihatkan oleh Tun Mahathir, kita perlu lebih peka terhadap perubahan dan menyesuaikan diri, atau ketinggalan di belakang. Kian masa berlalu, semakin banyak pelajaran dan pengajaran yang kita akan belajar. kita mungkin tersilap kerana kita menyangka kita mengetahui semuanya, dan melupakan betapa pentingnya perubahan.

Ini pentingnya, sikap ingin belajar selagi kita hidup. Dan lebih penting lagi, kita harus berfikiran terbuka ketika menghadapi cabaran – ini adalah cara bagaimana kita mempunyai maklumat dan berupaya untuk kekal relevan.

Merendah diri

Ini adalah komponen yang kritikal buat pemimpin, dan sering diabaikan. Terutamanya, di kalangan masyarakat Asia, merendah diri dilihat sebagai kualiti yang lemah, demikianlah teori kepimpinan ‘Great Man’ yang sudah ketinggalan zaman. Seperti yang dikatakan Tun Mahathir dalam ucapanya:

“Menjadi seorang yang rendah diri tidak bermaksud lemah. Malah ia menghubungkan seseorang individu dengan yang lain, yang menyokongnya, menjadikan beliau seorang pemimpin. Jika pemimpin tidak mempunyai hubungan bersama pengikut dan sokongan MEREKA, maka beliau BUKAN lagi pemimpin.”

Malangnya bagi Tun, kegagalan beliau untuk berhubung dengan orangnya dan memahami isu telah membawa kekalahannya. Tidak mengira sehebat mana anda sebagai seorang pemimpin, anda harus memahami kepentingan rendah diri dan tidak menjadi bangga dan sombong.

Memimpin bukan dengan kata-kata tetapi dengan perbuatan

Para pemimpin lazimnya boleh berkomunikasi dengan berkesan. Walau bagaimanapun, setiap pemimpin (termasuk beliau) dihakimi berdasarkan tindakan mereka, bukannya apa yang mereka katakan. Sesiapa sahaja boleh mengeluarkan kata-kata yang manis.

Ujian sebenar adalah tindakan yang diambil oleh pemimpin itu. Adakah dia mengambil berat tentang orang lain? Bagaimana dia membawa dirinya? Bagaimana dia menjadi contoh kepada orang lain? Adakah dia lebih mementingkan diri sendiri daripada apa yang seharusnya dilakukan untuk pengikutnya?

Kebolehan untuk menjadi teladan akan mempengaruhi untuk visi anda – suatu kebolehan yang ditunjukkan Tun Mahathir yang akhirnya hilang. Tindakan beliau memungkiri janji (menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim dan janji-janji yang lain) dan menubuhkan  kerajaan baru secara diam-diam menerusi pintu belakang dan akhirnya menghancurkan nama baiknya. Ini adalah peringatan kepada semua pemimpin yang lain bahawa janji harus ditepati.

Jangan menabur janji sahaja tetapi melakukan juga

Jika melihat kembali elemen ucapan Tun Mahathir, ramai yang akan mempersoalkan  hidupnya. Ramai juga mempersoalkan kekayaan yang beliau miliki adalah salah kerana ikatan politiknya. Kekayaan anak-anaknya juga menjadi tanda tanya orang ramai.

Saya percaya bahawa Tun menganggap beliau ialah seorang yang mempunyai integriti dan bekerja keras untuk negara. Walau bagaimanapun, semasa beliau masih menjadi Perdana Menteri, adakah beliau menetapkan proses di tempat menegakkan intergriti dan ketulusan setiap peringkat institusi kerajaan?

Kebanyakan sistem dan pembatasan kuasa dalam kerajaan telah dimusnahkan sepanjang tempoh pertamanya di pejabat. Sekiranya beliau berjaya memperkenalkan semula struktur ini, beliau akan dianggap sebagai pemimpin yang berintegriti. Ini seharusnya menjadi tindakan pertamanya ketika berada di pejabat.

Bagaimanapun, beliau bukan sahaja gagal melakukannya, beliau memainkan peranan utama dalam menyekat banyak Ahli Parlimen lain, terutamanya dari parti DAP, yang berusaha keras untuk membersihkan agensi dan institusi kerajaan.

Tun Mahathir bekerja keras dalam setiap apa yang beliau lakukan, sentiasa mendahagakan ilmu pengetahuan. Tiada siapa yang boleh menafikan bahawa beliau seorang yang sangat rajin (terutamanya untuk seseorang diusia lingkungan 90-an) dan ia cukup menakjubkan.

Tun mahu membina negara yang berpendidikan tinggi. Kebanyakan di negara kita tidak menerapkan budaya belajar. Beliau juga mahu generasi seterusnya untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020, tetapi gagal, kerana Malaysia masih jauh dari terget tersebut.

Beliau berharap agar dapat membolehkan rakyat mencapai tahap di mana Malaysia mempunyai ilmu dan pengetahuan yang luas, dan Malaysia adalah negara yang maju. Namun banyak dasar-dasarnya berbaur perkauman menyebabkan negara mundur.

Akhir sekali, adakah beliau lulus di ujiannya iaitu rendahan diri dan menjadi contoh? Beliau ialah seorang yang sangat rendah hati jika dibandingkan dengan Perdana Menteri yang ke-6 iaitu Najib Razak. Tun Mahathir bergaul begitu selesa dengan semua orang. Jadi, saya boleh mengatakan beliau lulus di ujian bahagian kerendahan hati.

Salah satu sebab mengapa beliau gagal adalah kerana kritikan kepimpinan beliau. Sering kali beliau menggunakan teknik “divide and conquer”. Beliau sentiasa mengungkit isu bangsa untuk membahagiakan rakyat Malaysia. Beliau bukannya menjadi pembina bangsa yang menyatukan rakyat Malaysia (seperti bagaimana Nelson Mandela menyatukan warga Afrika Selatan sebagai Presiden), malah beliau menggunakan pendekatan yang bertentangan.

Dalam konteks abad ke-21, di mana ramai orang mempunyai pengetahuan yang luas dan senang untuk mencari maklumat, pendekatan yang kedua itu membuatkannya mendapat kehormatan rakyat dan statusnya sebagai pemimpin dunia dan negarawan yang hebat.

Ia sukar untuk membuat keputusan tentang Tun Dr. Mahathir dan kepimpinannya. Sekarang bahawa dia telah kehilangan kuasa untuk memerintah buat kedua kalinya, beliau mungkin tidak lagi akan dianggap sebagai pemimpin yang hebat.

Tun Dr. Mahathir mempunyai peluang untuk menjadi seperti Nelson Mandela di Malaysia dan menyatukan Malaya. Sebaliknya, dia memutuskan untuk menjadi ahli politik dan bermain permainan politik. Ini adalah pengajaran untuk para pemimpin yang lain pelajari. Pimpinlah dengan penuh integriti sehingga akhir hayat atau anda mungkin diingati kerana kelemahan atau kegagalan anda sahaja.

 

 

Untuk berhubung dengan lebih lanjut, email editor@leaderonomics.com 

 

 

 


 

Sila Kongsi

Alt

Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/

Alt

Cadangan Buat Kamu

Tegas dalam kepimpinan

Cara Menjadi Lebih Tegas dalam Kepemimpinan Anda

Oleh Gregg Vanourek. Kita membuat banyak keputusan setiap hari. Banyak yang remeh, tetapi ada juga yang berbangkit dan membebankan. Di barisan kepimpinan, adakah kita mahukan pemimpin yang bergelumang dan berdolak-dalik? Atau pemimpin yang bergerak ke hadapan walaupun tidak menentu; pulang dengan cepat mengenai isu utama? Baca di sini bagaimana kita boleh menjadi lebih tegas.

Nov 16, 2022 7 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 10 Min Podcast

Alt

Menjadi Pendengar Yang Aktif: 10 Cara Terbaik

Kemahiran mendengar perlu dikuasai. Kita mesti pendengar yang aktif, dengan niat untuk memahami. Dengan itu, komunikasi berkesan dapat dijalin.

Oct 20, 2017 7 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest