Pengajaran Daripada Filem Bujang Lapok

Mar 22, 2017 3 Minit
P.Ramlee, kepimpinan

Sempena ulang tahun kelahiran Seniman Agung Negara Allahyarham P. Ramlee (pada 22 Mac), kami telah meninjau pengajaran kepimpinan daripada Bujang Lapok. Filem ini adalah filem komedi pertama yang diarah dan dilakon oleh tokoh seniman ikonik ini.

Artikel ini adalah esktrak artikel asal The He(Art) Of Malaysian Movies, karya Yasir Osman, staf Leaderonomics yang turut menyambut hari kelahirannya pada hari yang sama dengan tokoh seniman ini.

Sinopsis

Bagi mereka yang kurang mengenali filem ini, berikut adalah sinopsis mengenainya.

Bujang Lapok ialah filem komedi yang berfokus pada tiga orang bujang yang sudah lanjut usia iaitu Ramli, Aziz dan Sudin yang dilakonkan oleh P. Ramlee, Aziz Satar dan S. Shamsuddin masing-masing. Mereka bertiga menyewa sebuah bilik di rumah Cik Normah, jelitawan yang dipanggil mereka “tuan rumah”.

Plot filem ini berkisar di sekitar tiga sahabat baik ini yang mencari pasangan hidup masing-masing. Filem ini begitu popular hinggakan diterbitkan susulannya — Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok dan yang terakhir, Seniman Bujang Lapok. Kesemua filem ini memaparkan elemen budaya dan kehidupan sosial rakyat Malaysia pada tahun 1960-an.

Beroleh visi 

Dalam filem ini, objektif tiga bujang lapok ini adalah untuk berkahwin dengan gadis idaman masing-masing. Sudin mahu mengahwini Zaitun; Aziz pula jatuh cinta dengan Sapiah; manakala Ramli pula asyik berpacaran dengan seorang gadis demi seorang gadis sepanjang filem itu. Mereka bertiga sibuk berkejar-kejar mencari teman hidup masing-masing.

Pengajaran #1: Kita mesti mempunyai visi atau objektif untuk mencapai sesuatu. Untuk menjadi hebat, sesebuah syarikat atau organisasi mesti ada visi yang jelas yang dapat diusahakan oleh semua yang terlibat.

Berkomunikasi dengan jelas

Dalam filem ini, Cik Normah berjaya meredakan suasana antara ibu Zaitun dan ibu Sudin apabila dia membicarakan isu tersebut dengan cara yang jelas dan yang masuk akal. Dia menumpukan perbicaraan mereka kepada perkahwinan antara Sudin dan Zaitun. Justeru itu, kedua-dua ibu berkenaan pun bertenang dan berbicara antara satu sama lain dalam nada yang sopan-santun. 

Pengajaran #2: Komunikasi yang jelas adalah penting dalam mana-mana organisasi baik dengan bercakap mahupun dengan menggunakan isyarat tangan. Kita harus ingat bahawa sesuatu mesej itu dapat kita sampaikan dalam pelbagai cara; cuma yang patut dibuat ialah berkomunikasi dengan jelas.

Bertabah hati

Semua watak dalam filem ini tabah hati mengharungi banyak cabaran untuk mencapai matlamat mereka.
Aziz terpaksa menyelamatkan Sapiah daripada mati lemas di samping terkena maki-hamun bapa Sapiah. Sudin pula menghadapi masalah mencari wang untuk membayar mas kahwin untuk berkahwin dengan Zaitun. Dengan bantuan Ramli dan Cik Normah, mereka semua berjaya menangani cabaran-cabaran mereka.

Pengajaran #3: Kebanyakan bisnis adalah maraton, bukan perlumbaan. Jadi pemimpin-pemimpin yang tabah hatilah yang berjaya. Mereka juga mesti rendah hati dan sanggup meminta bantuan apabila memerlukannya.

Berfikir di luar kotak

Dalam filem ini, Ramli mendapat idea untuk memajak sebentuk cincin berlian tulen dan menukarnya dengan sebentuk cincin palsu untuk mendapatkan mas kahwin yang diperlukan oleh Sudin untuk mengahwini Zaitun.

Pengajaran #4: Kita mesti berfikir di luar kotak untuk mengatasi cabaran dan halangan yang dihadapi.

Akhir kata

Filem klasik Melayu ini mengajar kita tentang kepentingan menjalin perhubungan yang bermakna yang memanfaatkan kehidupan seseorang. Tema kekeluargaan, persahabatan dan kebudayan amat ketara dalam filem Malaysia ini.

Saya berharap penerbit-penerbit filem lain akan meneruskan usaha ini dan menyemai nilai-nilai ini demi manfaat semua rakyat Malaysia.
 

Yasir Osman, yang berkhidmat dengan Bahagian Belia di Leaderonomics, amat bersemangat menggalakkan kaum belia untuk mencapai kecemerlangan dalam kepimpinan. Jika anda ingin mengembang diri sebagai pemimpin muda, anda boleh menghantar e-mel kepada Yasir melalui editor@leaderonomics.com atau melayari laman web Leaderonomics.

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com
Alt

Cadangan Buat Kamu

Pengurusan

RPM Pengurusan Kapasiti

Oleh Julie Funt. Mengutamakan kualiti tertentu boleh membantu pasukan mengunjurkan komitmen mereka dalam projek yang akan datang. Baca lebih lanjut untuk mengetahui rangka kerja pengurusan kapasiti ini.

Aug 01, 2023 4 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 10 Min Podcast

Alt

Akui Kesilapan Di Tempat Kerja: 10 Cara Terbaik

Kita tidak boleh lari dari kesilapan. Biarpun naluri kita akan lazimnya mempertahankan diri tetapi sekiranya kita bersalah, akuilah kesilapan itu. Tontoni video TOP 10 untuk belajar cara-cara mengakui kesilapan di tempat kerja.

Aug 09, 2017 8 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest