Membuka Jalan Ke Arah Perniagaan Yang Mampan

Sep 24, 2019 1 Minit
perjalanan, arah, glob

Konsep kemampanan bukan sesuatu yang baharu tetapi ia semakin menjadi kata kunci kebelakangan ini. Mempunyai perniagaan yang mampan bererti mewujudkan keadaan yang sesuai untuk memastikan kejayaan perniagaan dalam jangka panjang. Ia adalah mengenai operasi teras perniagaan, dan ini bermakna membuat tinjauan ke hadapan dan merancang dengan strategik untuk masa hadapan. 

Kemampanan merangkumi empat aspek yang perlu dipertimbangkan secara berkaitan antara satu dengan yang lain: sosial (misalnya, hubungan buruh dan hak asasi manusia), alam sekitar (misalnya, perubahan iklim dan pengurusan sisa), ekonomi (misalnya, pekerjaan dan cukai), dan tadbir urus. 

Ini penting kerana keperluan pelanggan dan lanskap perniagaan berkembang dengan pesat. Memahami trend dan implikasi jangka panjang keputusan yang dibuat akan membolehkan syarikat menguruskan risiko dengan lebih baik, memanfaatkan peluang baharu, dan membuat penyesuaian dengan cepat terhadap perubahan.

Pengarah Urusan Segamat Panel Boards (SPB), Peter Fitch, berkata, kemampanan adalah penting dalam perniagaan, bukan setakat berkaitan dengan pasaran, tetapi juga berkaitan dengan sumber yang digunakan dan kesannya terhadap alam sekitar.

Fitch berpendapat, peraturan dan pengawalan semasa Malaysia mengenai alam sekitar tidak dikuatkuasakan dengan ketat, dan tidak ada insentif kewangan bagi syarikat untuk mematuhinya, oleh itu kurang terdapat syarikat dan produk yang lestari alam sekitar.

Katanya, “Orang ramai tahu apa yang perlu dilakukan tetapi mereka tidak membuatnya  kerana tidak ada insentif. Dalam fikiran mereka, “Tidak penting sama ada saya mencemar alam sekitar atau tidak, kos menjadi lebih lestari alam sekitar adalah lebih tinggi, dan bagi pesaing yang tidak melakukan apa-apa pun, kosnya akan menjadi lebih rendah. Saya tidak mendapat apa-apa faedah daripada menjual produk yang lestari alam sekitar, jadi buat apa saya kisah?”

Setiap orang mempunyai idea asas tentang apa yang betul dan salah, dan pada akhirnya, pemilik perniagaan harus mengikut hati nurani mereka.

“Saya fikir seseorang yang menubuhkan perniagaan dalam industri tahu – dalam isi hati mereka – apakah kesannya terhadap alam sekitar,” katanya.

Memastikan perniagaan yang mampan

Tambahnya, bakal pemilik perniagaan tidak patut meneruskan perniagaan mereka jika mereka tidak boleh berkata dengan ikhlas bahawa perniagaan mereka tidak akan membahayakan pekerja, pelanggan, komuniti dan alam sekitar.

“Jika kesemua kotak tidak dipangkah, jangan lakukannya. Inilah nasihat simpel saya,” kata Fitch.

Walau bagaimanapun, ia lebih mudah dikatakan daripada dilakukan, dan melibatkan mereka yang belum menubuhkan perniagaan. Bagaimana pula dengan mereka yang sedang menjalankan perniagaan yang mungkin tidak lestari alam sekitar tetapi mahu berubah?

Berkaitan: Hubungan: Komponen Teras Kejayaan Sesebuah Bisnes

Nasihat Fitch, tanya soalan-soalan yang sama dan jika salah satu perkara itu menimbulkan keraguan, pemilik perniagaan patut mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut –atau sekurang-kurangnya cuba mengurangkan kesannya, dengan tujuan memastikan ia akan hilang pada akhirnya. Yang asas ialah mula mengurangkan sebarang masalah yang mungkin berulang. 

Bagi perniagaan tradisional yang sudah lama beroperasi mengikut cara lama, memilih untuk menjadi mesra alam sekitar kerap bermakna merombak sistem dan proses yang sedia ada. Oleh kerana perniagaan sentiasa berusaha untuk mengurangkan kos operasi dan memaksimumkan keuntungan, tidak hairan mereka menolak pelaksanaan amalan lestari alam sekitar jika kurang sekali insentif untuk mereka melakukannya.

Melihat gambaran besar

Fitch percaya Malaysia patut memperkenalkan cukai karbon, yang telah dibincangkan sekian lama tetapi masih belum dilaksanakan.

Walau bagaimanapun, katanya, jika Malaysia bergerak terlalu jauh ke hadapan dalam hal ini sementara negara-negara jiran Asia Tenggara tidak, negara akan menerima padahnya dari segi komersial dan ekonomi; oleh itu barangkali perkara ini perlu menjadi agenda ASEAN di mana semua negara bersama-sama bergerak ke arah matlamat itu.

China pula cukup besar untuk bergerak menjadi lebih lestari alam sekitar dengan sendirinya dan Fitch memberi contoh bagaimana ia telah berbuat demikian dengan cepat.

“Jika anda melihat beberapa inisiatif yang diambil China berkaitan tenaga boleh diperbaharui, penjimatan tenaga, dan bagaimana ia mengurangkan pencemaran alam sekitar, ia sungguh menakjubkan. Saya  fikir mereka tidak diberi kredit yang cukup dalam media massa,” kata Fitch.

Di peringkat organisasi, Fitch berpendapat pelabur kurang memberi penekanan pada aspek kelestarian alam sekitar sesebuah syarikat apabila mereka membuat keputusan pelaburan.

“Pelabur mungkin meneliti harga saham terlebih dahulu; kedua, kunci kira-kira; ketiga, mungkin keuntungan dan aliran tunai; dan mungkin jauh di bawah senarai, mereka akan melihat impak alam sekitar syarikat itu,” kata Fitch.

“Jadi, senarai keutamaan harus disemak semula supaya impak alam sekitar jauh lebih tinggi dalam senarai keutamaan pelabur,” tambahnya.

Satu cara untuk melakukan ini, Fitch mencadangkan, adalah untuk syarikat pelaburan berkaitan kerajaan Malaysia seperti Khazanah Nasional Bhd, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) memimpin perubahan ini dengan melabur secara beretika, seperti yang dibuat dana kekayaan berdaulat Norway.

Kata Fitch,

Sesebuah syarikat dikira berjaya apabila impak mereka adalah positif terhadap komuniti dan alam sekitar – kesemuanya. Kejayaan tidak boleh diukur hanya dari segi wang ringgit. Kita perlu melihat kejayaan dalam banyak paradigma yang berbeza juga.

 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik Paving the Way for a Sustainable Business.

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Tabiat

Tiga Tabiat "Bos Buruk" yang Perlu Dielakkan pada 2024

Oleh Graham Ward. Temui langkah praktikal untuk beralih daripada mengurus kepada memimpin, menjemput maklum balas, introspeksi dan pembelajaran berterusan melalui contoh kehidupan sebenar. Selami artikel ini untuk melakarkan laluan ke arah kepimpinan yang lebih tinggi pada tahun baharu.

Jan 14, 2024 5 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Fokus Pada Perubahan Kecil

Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran mengesyorkan supaya kita menumpukan usaha untuk membawa perubahan kecil pada diri. Lama-kelamaan perubahan menyeluruh akan tercapai. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

Jul 19, 2017 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest