Jangan lagi mengatakan “Ketua saya tidak berempati”!

Nov 16, 2026 • 3 Minit
Stop
Sumber:

imej oleh Andrea Piacquadio dari pexels

Pekerja perlu BERHENTI menggunakan alasan “ketua saya tidak berempati” untuk mengelak daripada melakukan kerja atau memanipulasi keadaan demi mengekalkan pekerjaan mereka walau apa cara sekalipun. Alasan ini bukan sahaja memberikan gambaran buruk terhadap profesionalisme dan integriti mereka, malah menjejaskan keupayaan mereka untuk menangani cabaran di tempat kerja dengan berkesan.

Daripada terus menggunakan alasan sedemikian, pekerja sepatutnya memberi tumpuan kepada komunikasi yang membina dan mencari penyelesaian terhadap sebarang masalah yang mungkin dihadapi. Mereka perlu mengadakan perbincangan secara terbuka dan jujur dengan pemimpin atau pihak yang berkaitan dalam organisasi bagi menyuarakan kebimbangan dan mencari jalan penyelesaian. Dengan mengambil tanggungjawab terhadap tindakan dan perkembangan diri sendiri, pekerja dapat mewujudkan persekitaran kerja yang positif serta menunjukkan sikap proaktif dalam menyelesaikan masalah.

Sebaliknya, pemimpin boleh mengenal pasti pekerja yang gemar mencari kesalahan dengan memerhatikan tingkah laku dan corak tindakan tertentu. Berikut ialah beberapa petunjuk yang boleh membantu pemimpin mengenal pasti pekerja sedemikian:

  • Perhatikan sikap negatif yang berterusan: Pekerja yang gemar mencari kesalahan sering menunjukkan sikap negatif terhadap kerja, rakan sekerja dan organisasi. Mereka kerap mengadu, mengkritik atau mencari kesalahan dalam kebanyakan situasi.
  • Perhatikan kecenderungan menyalahkan orang lain: Pekerja sebegini cenderung meletakkan kesalahan pada orang lain, termasuk rakan sekerja atau pemimpin, daripada mengambil tanggungjawab atas kesilapan atau kegagalan sendiri.
  • Kenal pasti sikap tidak bertanggungjawab: Pekerja yang gemar mencari kesalahan sering gagal memikul tanggungjawab terhadap hasil kerja sendiri. Mereka memberikan pelbagai alasan atau menyalahkan faktor luaran daripada bertanggungjawab terhadap prestasi mereka.
  • Kenal pasti sikap tidak terbuka terhadap maklum balas: Pekerja ini mungkin enggan menerima maklum balas atau bersikap defensif apabila diberikan teguran yang membina. Mereka mengalihkan tanggungjawab dengan mencari kesalahan dalam maklum balas tersebut atau individu yang menyampaikannya.
  • Berikan perhatian kepada semangat kerja yang rendah dan kurang penglibatan: Pekerja yang gemar mencari kesalahan biasanya menunjukkan semangat kerja yang rendah dan kurang melibatkan diri dalam tugas. Mereka kurang bermotivasi, bersemangat dan komited, sekali gus memberikan kesan negatif terhadap prestasi serta produktiviti mereka.

Artikel ini mungkin menarik minat anda:

5 Tanda Tempat Kerja Anda Mungkin Tidak Inklusif

Langkah pembetulan untuk menangani sikap pekerja yang gemar mencari kesalahan

Bagi menangani tingkah laku pekerja yang gemar mencari kesalahan, pemimpin boleh mengambil langkah pembetulan berikut:

  • Menggalakkan komunikasi terbuka: Galakkan pekerja yang gemar mencari kesalahan supaya menyuarakan kebimbangan secara terbuka dan memberikan maklum balas berdasarkan pengalaman mereka. Wujudkan ruang yang selamat untuk komunikasi secara terbuka dan telus.
  • Memberikan maklum balas dan bimbingan yang membina: Berikan contoh yang khusus dan bimbing pekerja tentang cara memperbaiki sikap serta tingkah laku mereka. Bantu mereka membentuk pendekatan yang lebih positif dan produktif dalam menghadapi sesuatu situasi.
  • Menetapkan jangkaan yang jelas: Sampaikan standard yang jelas berkaitan tingkah laku, sikap dan kerja berpasukan. Pastikan pekerja memahami perkara yang boleh diterima dan perkara yang tidak boleh diterima.
  • Menggalakkan penyelesaian masalah: Galakkan pekerja yang gemar mencari kesalahan supaya memberikan tumpuan kepada penyelesaian, bukannya hanya masalah. Pupuk pemikiran yang berorientasikan penyelesaian dan berikan peluang kepada mereka untuk menyumbangkan idea bagi tujuan penambahbaikan.
  • Mengiktiraf dan menghargai tingkah laku positif: Berikan pengiktirafan dan penghargaan terhadap tingkah laku serta sumbangan positif pekerja. Pengiktirafan ini dapat membantu membentuk pemikiran yang lebih positif dan menggalakkan tingkah laku yang diharapkan.
  • Menawarkan peluang pembangunan diri: Sediakan latihan, bengkel atau sesi bimbingan bagi membantu pekerja membentuk pemikiran yang lebih positif dan berorientasikan penyelesaian. Peluang ini dapat meningkatkan kemahiran mereka serta membantu mengatasi kecenderungan negatif.
  • Menjadi teladan yang baik: Sebagai pemimpin, tunjukkan sikap yang positif dan membina. Apabila pemimpin mempamerkan tingkah laku positif, pekerja juga mungkin terdorong untuk melakukan perkara yang sama.
  • Mewujudkan persekitaran kerja yang menyokong: Wujudkan persekitaran kerja yang membuatkan pekerja berasa dihargai dan mendapat sokongan. Galakkan kerja berpasukan, tingkatkan kerjasama dan pupuk budaya saling menghormati serta menghargai.

Dengan melaksanakan langkah-langkah pembetulan ini, pemimpin dapat menangani tingkah laku pekerja yang gemar mencari kesalahan dan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih positif. Pemimpin perlu bersabar, konsisten dan komited dalam membimbing pekerja ini ke arah pemikiran yang lebih positif serta membina.

Artikel ini diterbitkan di LinkedIn oleh Thila Suppiah. 

Sila Kongsi

Kepimpinan

Alt

Thila Suppiah is an author, leadership and people strategy speaker, and creator of the SHARK Framework™. Known as The Recalibrationist, she shares insights on leadership, people development and organisational growth. She was named one of the Top 24 HR Leaders to Follow on LinkedIn in 2024 and is an Asia Voices of Courage Speaker 2026.

Cadangan Buat Kamu

kerja

Circle di Tempat Kerja: Sistem Sokongan atau Sumber Drama?

Oleh Manisha Mutiara Tsani. Lingkaran pergaulan di tempat kerja boleh menjadi sistem sokongan yang kuat, namun juga berisiko mencetuskan drama apabila batas mula kabur. Kuncinya ialah mengekalkan keseimbangan antara keakraban dan profesionalisme.

May 11, 2026 • 0 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 • 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Memberi Reaksi atau Respons

Dalam menjalani kehidupan seharian, kita mempunyai pilihan sama ada ingin memberikan reaksi atau memberikan respons melalui perbuatan kita. Jadi, utamakan memberi respons supaya hidup lebih positif dalam apa jua keadaan.

Jul 30, 2024 • 8 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest