Mengapa Hubungan Adalah Kunci Untuk Prestasi Organisasi

Dec 03, 2019 3 Minit
organisasi, pasukan, kerjasama

Apa yang boleh menjadikan seseorang jadi pemimpin yang terbaik? Jawapan untuk soalan ini telah dikaji oleh organisasi, Google, setelah beberapa tahun. Data yang baru-baru ini telah diterbitkan pada artikel 2019 dari Inc. Magazine ‘Here’s How Google Knows in Less Than 5 Minutes if Someone Is a Great Leader’. Ia telah terbukti bahawa komunikasi antara seorang pemimpin dan ahli pasukan memberi keputusan prestasi yang tinggi.

Fakta ini telah didedahkan pada kajian yang telah dibuat semula oleh data Google pretasi pada tahun 2016, untuk mengukuhkan keputusan syarikat lapan tahun sebelumnya. Projek Oxygen, yang dikenali, terlibat didalam 100 pembolehubah dan kajian data – seperti ulasan pretasi dan kaji selidik dalaman daripada pengurus teknikal – untuk merungkai apakah yang dapat membuat seseorang menjadi pimimpin yang baik.

Sikap yang paling penting yang didapati ialah ‘membina hubungan’ antara pengurus dan pekerja, kata Laszlo Bock, Naib presiden People Operations, apabila dia membuat laporan. Ini membuktikan kebolehan kita untuk berhubung antara satu sama lain ialah kemahiran yang memberi impak kepada keputusan organisasi terbuka. Namun kajian menunjukkan terdapat defisit sambungan di kebanyakan tempat kerja hari ini.

Penyelidikan pekerja yang disiapkan oleh Syarikat Pusat Penyelidikan Pew dan Ken Blanchard melaporkan:

  • 81% mengatakan pemimpin mereka tidak mendengar
  • 82% mengatakan pemimpin tidak menyediakan maklum balas yang sesuai, manakala
  • 34% berjumpa dengan boss seminggu sekali
  • 28% Jarang membincangkan matlamat masa depan dan tugasan bersama boss, manakala 70% berharap mereka dapat lakukannya,
  • 36% Tidak pernah menerima maklum balas pretasi, manakala 67% berharap menerimanya

Isu prestasi

Fikirkan waktu kali terakhir ketika anda sedang melihat kumpulan anda bekerjsama. Pada suatu ketika, seorang individu berhenti berhubung dengan ahli kumpulan yang lain; disitu anda dapat melihat tenaga kerjasama runtuh dan mereka berundur kembali ke cengkerang mereka.

Kita kurang memberi perhatian terhadap tingkah laku ahli pasukan sendiri ‘menyemak’. Kita sentiasa berfikir individu ini mereka tidak bekerjasama, tingkah laku yang tidak prodaktif dalam kumpulan – Kita menjauhkan diri dari mereka, bercakap belakang tentang mereka, dan mulakan pengurusan pretasi dan cuba untuk membetulkan masalah.

Ini kemudian di luar kawalan: penglibatan pekerja terus menurun, isu prestasi menjadi lebih mencabar dan pembahagian semakin besar, sering menyebabkan peletakan jawatan pekerja atau, lebih buruk lagi, bakat yang berpotensi diberhentikan bekerja.

Apabila kita merasa naluri kita mencetuskan neurokimia yang menjadikan kita sangat baik. Dopamin, oxytocin dan endorfin memberi kita rasa lebih baik; itu yang membuat kita seperti ingin bekerja dan membuat perhubungan dengan yang lain.’ Kerjasama terjadi dan pretasi naik.

Fakta, kajian oleh Gallup mendedahkan bahawa syarikat yang mempunyai hubungan membuat pendapatan per saham dan juga pulih pada kadar yang lebih cepat daripada kemelesetan.

‘Apa yang kasih dapat lakukan? Pengaruh budaya yang berbelas kasihan di jangka masa yang lama.’ Menunjukkan kita bahawa pekerja merasa bebas untuk menunjukkan kasih sayang, kelembutan, dan mengambil berat diantara satu sama yang lain yang boleh membuatkan mereka merasa puas dengan kerja mereka, komited dengan organisasi dan bertanggungjawab.

Jalan penyelesaian sendiri 

Kajian menunjukkan kita, walaupun dengan semua teknologi yang kita gunakan sekarang, hubungan terjejas dan ia semakin meningkat. Ini membuktikan teknologi membolehkan, tetapi ia bukan jalan penyelesaian untuk isu manusia.

Syarikat yang mempunyai undian ‘tempat kerja yang paling seronok’ atau ‘tempat kerja yang terpilih’ adalah memupuk hubungan antara pekerja dan organisasi. Sylvia Vorhauser-Smith, naib presiden penyelidikkan di PageUp People, mengatakan, syarikat ini adalah ‘Memenuhi keperluan manusia yang lebih altruistik dan asas untuk merasa bersambung dan menjadi bahagian penting dalam sesuatu yang lebih besar’.

Rasa yang disambungkan adalah keadaan manusia yang muktamad. Pekerja boleh bekerja dalam keadaan menjadi diri sendiri dan dihargai dan diberi ganjaran. Mereka rasa difahami dan mereka jelas mengenai sumbangan yang mereka lakukan kepada organisasi yang berprestasi. Mereka menyukai apa yang mereka lakukan dan mereka rasa seperti mempunyai hubangan yang akrab antara satu sama lain, klient, pemimpin, dan juga organisasi yang betul.

Hubungan ini dibina untuk membantu pekerja mempunyai hak untuk bersuara dan dapat melakukan kelainan. Ini adalah perkara yang terbaik untuk kedua belah pihak iaitu pemimpin dan pekerja, pasukan dan juga organisasi.

Apabila pekerja diberi dorongan untuk berhubung, berkomunikasi, dan bekerjasama dengan lebih baik, ini membantu untuk meningkatkan produktiviti. Disebalik ini, ia mempunyai impak yang kekal, syarikat yang setia, dan juga, pretasi keseluruhan organisasi.

 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa English, klik Why Connection is the Key to Organisational Performance

 

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Hubungan

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Imej

Pasaran Digital dan Kepimpinan dan Pembangunan – Kualiti Pembekal dan Bukti Sosial (Bahagian 2)

Oleh Arun Nagarajah. Baca di sini bagaimana pasaran digital menyediakan bukti sosial untuk membantu profesional kepimpinan dan pembangunan memilih penyedia latihan berkualiti tinggi.

Jun 04, 2023 5 Minit

Roshan Thiran

Tahun Baru, Diri Baru bersama Roshan Thiran

Di episod 1, host Waheeda menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk membincang tentang azam tahun baru. Ia adalah topik yang menjadi tanda tanya kepada ramai individu pada masa kini. Pentingkah resolusi tahun baru kepada kita semua? Di sini, Encik Roshan memberitahu bahawa kita mempunyai pilihan lain jika kita tidak ada resolusi tahun baru.

Mar 12, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Berani Gagal

Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran berkata setiap orang mesti berani gagal dan belajar daripada kegagalan untuk terus maju dalam kembara kehidupan. Kejayaan pasti dalam tangan kelak.

Jul 28, 2017 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest