Mengotori Tangan Anda

Nov 25, 2019 1 Minit
kejayaan

Ramai yang takut gagal dalam kehidupan. Sesetengah orang merasakan gagal ini akan terus kekal seumur hidup sehingga merasakan tiada lagi jalan untuk keluar. Itu semua hanyalah mainan fikiran dan perasaan.

Untuk adik-adik yang baru dapat keputusan UPSR, tahniah diucapkan. Walau apa jua keputusan yang anda dapat, ini hanyalah satu permulaan. Yang dapat 5A, teruskan usaha untuk lebih berjaya. Yang kurang “A”, bertenang…Anggap ini sebagai garis permulaan untuk anda mengejar rakan-rakan yang dah jauh kedepan.

Pernah dengar cerita tentang kejayaan usahawan yang terkenal Steve Jobs, Bill Gates, Richard Branson dan Simon Cowell…? Ramai yang kenal mereka ini selepas mereka dah berjaya.

Tahu tak sebenarnya mereka ini adalah pelajar yang pernah gagal di zaman persekolahan? Nampak tak disitu bahawa setiap kegagalan bukan pengakhiran selamanya. Apa yang penting, kita belajar dari kegagalan untuk bangkit pada masa hadapan.

Mencari ilmu bukan hanya tertumpu pada pembelajaran dalam kelas. Ada kemungkinan kegagalan itu sendiri akan menjadi guru terbaik untuk kita.

Ada yang berpendapat, hanya 10% ilmu dalam kelas yang boleh diguna pakai dalam pekerjaan. Manakala 90% ilmu lagi akan kita belajar melalui pengalaman sewaktu kita bekerja. Tetapi, ini bukan bermaksud kita tidak perlu fokus dalam kelas. Ilmu dan teori yang dipelajari akan menjadi lebih sempurna bila digabungkan dengan pengalaman sewaktu bekerja.

Sekiranya kita mampu mengadunkan kedua-dua perkara ini dengan baik, sudah pasti ia akan menjadi satu resepi hebat dalam kita, ia juga membantu diri sendiri dan orang di sekeliling kita.

Kita selalu mendengar cerita orang yang berjaya, tetapi kita jarang mendengar cerita keperitan mereka membina empayar kejayaan. Tak ramai yang tahu berapa kali mereka jatuh dan bangkit semula sebelum berjaya.

Berkaitan: Keyakinan Diri Rahsia Kejayaan Hidup

Seperti kata Confucius:-

“pENGhormatan terbesar kita bukanlah kerana kita tidak pernah gagal, tetapi bagaimana kita bangkit selepas kegagalan”

Secara kesimpulannya, jangan takut dengan kegagalan. Sentiasa fokus mencari ilmu agar kita ada bekalan yang boleh dipraktikkan semasa mencari pengalaman. Ingat, pemimpin yang hebat tak pernah takut dengan kegagalan.

Jangan risau untuk “mengotori” tangan kita dengan kegagalan. Masih belum terlambat untuk mengubahnya.

 

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Kepimpinan

Kaleidoskop Kepimpinan

Oleh Rabi'ah Mutalip. Menggabungkan rangka kerja otak yang berwarna ke dalam program pembangunan kepimpinan dan budaya organisasi boleh memupuk budaya kepimpinan yang lebih inklusif dan berkesan di mana individu dihargai kerana kekuatan dan sumbangan unik mereka, tanpa mengira warna otak mereka.

Feb 27, 2024 4 Minit

Komunikasi

COVID-19 Merubah Komunikasi bersama Roshan Thiran

Di episod 4, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimanakah krisis Covid-19 merubah norma terbaru kita? Adakah ia merubah cara kita berkomunikasi selamanya? Disini, Roshan berkongsi perspektifnya tentang krisis Covid-19 dan juga berkongsi tips-tips untuk mendapatkan interaksi atas talian yang efektif.

Mar 16, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Rahsia Menjadi Pemimpin Yang Hebat

Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran mengesyorkan supaya kita mengenal pasti dan menjadikan tokoh-tokoh yang unggul sebagai suri teladan, dan berlatih corak kepimpinan yang ingin kita contohi.

Jun 27, 2017 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest