DIODE: Membina Bakal Generasi Pemimpin Negara

Jun 20, 2018 1 Minit
Kem DIODE

Seramai 44 orang belia dalam lingkungan umur 13-16 tahun baru-baru ini menyertai Kem Kepimpinan Belia DIODE anjuran Leaderonomics di Melaka.

Kem selama enam hari ini, yang bermula pada 18 Jun, bertujuan untuk membina asas kepimpinan yang kukuh dalam kalangan belia melalui permainan, simulasi, aktiviti dan sesi berbicara.

“Kami ingin mencungkil bakat kepimpinan dalam kalangan belia – seorang demi seorang – supaya mereka akan menjadi pemimpin yang bakal mengubah dunia.” —pengasas bersama Leaderonomics, Ang Hui Ming

Kem kali ini adalah agak istimewa. Sempena ulang tahun ke-10 organisasi sosial ini, peserta-peserta kem, yang termasuk beberapa orang belia dari kem pelarian dan rumah kebajikan, akan dimentor oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Leaderonomics, Roshan Thiran dan Ketua Leaderonomics Youth (Belia), Dr Victor Wong sepanjang kem berkenaan.

Leaderonomics, yang ditubuhkan pada tahun 2008 sebagai organisasi sosial, bertekad untuk mencapai transformasi bangsa melalui pembangunan kepimpinan individu-individu.

“Kami percaya setiap individu memainkan peranan yang penting dalam masyarakat. Dan kami berhasrat untuk mengembang dan melengkapi setiap individu, tanpa mengira umur, kaum dan latar belakang sosioekonomi, dengan keupayaan kepimpinan.” —Roshan Thiran.

Artikel berkaitan: Mampukah Belia Malaysia Majukan Negara?

 

Nota: Nama penuh DIODE ialah Daring Individuals, Opening Doors Everywhere / Individu Berani, Mencipta Peluang Di Mana-Mana Jua

 

 

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Anda Seorang Pemimpin

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

wanita

Mengapa Kepimpinan Memerlukan Lebih Ramai Wanita

Oleh Roshan Thiran. Apabila pandangan pemimpin dunia selari dengan data penyelidikan, sebagai pemimpin perniagaan kita tidak boleh mengabaikan mesej yang disampaikan: jika perniagaan, komuniti dan negara kita ingin terus berkembang maju, kita bukan sahaja perlu melakukan lebih banyak usaha untuk menggalakkan wanita berbakat memegang peranan kepimpinan, malah kita juga perlu bertindak dengan lebih pantas bagi merapatkan jurang ketidaksamaan ini.

Mar 16, 2026 3 Minit

Komunikasi

COVID-19 Merubah Komunikasi bersama Roshan Thiran

Di episod 4, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimanakah krisis Covid-19 merubah norma terbaru kita? Adakah ia merubah cara kita berkomunikasi selamanya? Disini, Roshan berkongsi perspektifnya tentang krisis Covid-19 dan juga berkongsi tips-tips untuk mendapatkan interaksi atas talian yang efektif.

Mar 16, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Jangan Takut untuk Gagal

Program Tip Kepimpinan adalah satu rancangan oleh Leaderonomics di mana tip-tip mengenai hal-hal kepimpinan disediakan untuk tontonan ramai.

Jan 01, 2018 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest