Bekerja Kerana Sukakan Kerja

May 01, 2017 1 Minit
leaderonomics, kerja, bualan, bakat

Hari Pekerja, yang juga dikenali sebagai Hari Buruh Antarabangsa, berasal usul dari masa aktivis buruh membuat tuntutan lapan jam kerja, lapan jam riadah, lapan jam rehat sehari untuk para pekerja.

Di Malaysia, Hari Pekerja disambut pada 1 Mei. Ia diumumkan sebagai cuti am untuk menghargai para pekerja dan meraikan pencapaian mereka.

Tema Hari Pekerja tahun ini ialah Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi. Dengan membawa tema ini, kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia berharap agar golongan pekerja akan terus berusaha untuk menjadi lebih kreatif dan berinovasi serta  kekal produktif dan berdaya saing dalam bidang pekerjaan masing-masing.

Berikut adalah empat tip untuk membantu golongan pekerja kekal sihat dan produktif:

Bersemangat semula

Sudah sebulan kita melangkah masuk ke suku kedua tahun ini. Masanya tepat untuk kita meninjau kembali semua matlamat yang kita tetapkan pada permulaan tahun dan menilai prestasi kita.

Adakah kita masih bergerak mengikut pelan? Atau sudah ketinggalan dari yang hendak kita lakukan? Adakah semangat kita masih berkobar-kobar atau sudah kurang membara? Apakah yang kita boleh buat untuk menghidupkan semula semangat kita?

Luangkan hari ini untuk memikir semula hala tujuan, menghidupkan semula semangat, dan mula menyukai semula kerja kita. Berhenti membuat kerja-kerja yang tidak produktif yang mungkin menghalang kita daripada membuat dan mencapai yang terbaik.

Bersenam

Kita sememangnya tahu bersenam menambah baik kesihatan dan kualiti hidup kita. Menurut kajian Universiti Stanford, senaman semudah berjalan boleh menambah baik daya kreativiti kita.

Seorang rakan sekerja kadang kala ke jim sebelum dia ke pejabat. Saya boleh mengesahkan bahawa dia sentiasa nampak begitu ceria dan bertenaga untuk menjalankan tugasan hariannya.

Dalam perbualan dengan seorang rakan sekerja yang lain, dia berkata senaman membantunya untuk tidur lena pada waktu malam (ini membawa saya ke poin seterusnya).

Tidur

Kita sering mengambil mudah aktiviti tidur walaupun kita tahu ia adalah masa badan kita mengalami pembaikan dan detoksifikasi.

Dalam rencana Dr Travis Bradberry, dia menekankan bahawa kekurangan tidur akan memberi kesan negatif kepada kesihatan fizikal dan juga emosi kita.

Apabila kita gagal tidur secukup-cukupnya, kita sebenarnya melonjakkan tahap tekanan kita dan menjejaskan fungsi otak — pasti bukan langkah yang bijak jika kita mahu meningkatkan produktiviti di tempat kerja.

Bersyukur

Kita patut menganggap ia satu rahmat kerana ada peluang untuk bekerja dan melakukan sesuatu dengan keistimewaan, bakat dan kemahiran kita.

Sama ada kita melakukannya untuk wang Ringgit, nyala rasa atau sesuatu tujuan yang mulia, belajarlah untuk bersyukur kerana diberi peluang untuk menggunakan keistimewaan, bakat dan kemahiran kita.

Dengan adanya sikap berterima kasih ini, hidup kita akan diperkayakan lagi.

Akhir kata

Seorang raja purba yang bijak pernah menulis:

“Saya tahu tiada yang lebih baik bagi manusia  selain merasa gembira dan berbuat baik dalam kehidupan mereka. Bahawa setiap mereka mungkin makan dan minum, dan beroleh kepuasan dalam segala usaha mereka — ini adalah pemberian Tuhan.”

Untuk dapat menikmati hasil kerja kita memang adalah suatu kurniaan. Terimalah kurniaan ini dengan anggun.

Selamat Berehat pada Hari Pekerja ini!

 

Lim Lay Hsuan ialah bekas editor digital dan kurator kandungan untuk Leaderonomics.com (Bahasa Inggeris). Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik Labour Of Love

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Kesilapan yang Dilakukan Pemimpin

3 Kesilapan Rahsia yang Dilakukan oleh Pemimpin

Oleh Dan Rockwell. Baca di sini tiga kesilapan yang dilakukan oleh pemimpin dan bagaimana anda boleh mengatasinya.

Nov 01, 2022 2 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 10 Min Podcast

Alt

Berbaloi Mengotori Tangan Anda

Kepimpinan hanya boleh dipelajari dan dibentuk dalam proses mengotori tangan melalui pengalaman hidup. Konteks membentuk kebolehan kepimpinan. Tontonilah video ini.   Untuk membaca artikel berkaitan, klik Mengotori Tangan Anda.

Jul 17, 2017 4 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest