Bekerja Tidak Mengikuti Bidang Yang Di Belajar

Feb 19, 2020 3 Minit
berfikir, merenungi, kerja

Kita semua mengetahui perasaan menjadi graduan baru, melangkah keluar meninggalkan universiti – perasaan atau semangat yang begitu teruja dan semangat yang berkobar-kobar tidak mengira apa pun cabaran pekerjaan yang akan datang.

Walau bagaimanapun, kita juga sedar bahawa pekerjaan yang kita mohon, tidak semestinya sesuai dengan diri sendiri. Perasaan kecewa, rendah diri, sedih kerana penolakan tawaran kerja yang bertubi-tubi diterima.

Tetapi, adakah itu pengakhirannya untuk menuju ke garisan kejayaan anda? Jangan risau, kerana ramai di luar sana seperti anda juga. Anda harus teruskan usaha, tidak kira seberapa banyak penolakan yang anda terima, dan yang pasti pada satu saat tawaran anda pasti diterima.

Pada waktu yang sama, satu perkara yang menjadi beban kepada anda, tawaran kerja yang anda terima tidak sehaluan dengan segulung ijazah selama 3-4 tahun anda menghabiskan waktu belajar untuk memperolehinya. Atau anda mungkin tidak meminatinya atas sebab-sebab tertentu contohnya anda seorang wartawan, tetapi sebenarnya ialah anda seorang lulusan kejuteraan mekanikal.

Jadi, sekarang anda menghadapi dengan 2 pilihan:

  1. Untuk menggali dengan lebih dalam dunia yang baru tanpa mempunyai pengalaman.
  2. Tetap berpegang pada senjata kekuatan anda dan mengetahui apa yang terbaik.

Jika anda ingin meneruskan dengan apa yang anda pelajari, itu adalah pilihan anda! Tetapi, jika anda memilih untuk mengambil risiko untuk menerima tawaran dari bidang yang berlainan, anda sudah mengetahui itu bukanlah perkara yang mudah.  Saya ada beberapa sebab-sebab mengapa anda perlu mengambil risiko.

Kajian mengatakan, Separuh Daripada Millenials Berhenti Selepas Bekerja Di Sesebuah Syarikat Selama Dua Tahun.

Millenials a.k.a Job-Hopping Generation

Kesetian pada sesebuah syarikat sudah tidak memberi kesan terhadap generasi pada masa sekarang seperti generasai Baby Boomers/Gen X, kajian yang telah dikaji oleh Deloitte. Kajian menunjukkan size sampel 10,455 milenial, 43% bercadang untuk meninggalkan pekerjaan selepas dua tahun, dan hanya 28% bercadang untuk meneruskan sehingga lima tahun dan lebih.

Kita mengetahui etika bekerja, terutamanya jika menyentuh tentang kesetian terhadap sesebuah syarikat. Kita bernasib baik kerana dunia kerja sekarang menerima perubahan ini. Apakah makna pekerjaan tersebut bagi anda?

Jika anda merasa anda telah memberi sepenuhnya tenaga dan masa, tetapi ia tidak memberi kesan, anda tidak perlu rasa bimbang untuk berubah. Terima dengan hati yang terbuka untuk belajar, anda boleh menulis surat perletakan jawatan dengan sopan, mengucap terima kasih kepada penyelia dan rakan-rakan kerja anda kerana telah membantu anda untuk mempelajari pengalaman yang baru dan melangkah ke pengambaraan yang seterusnya.

Dan ia membawa kita ke:

Mempunyai hubungan dan kerjasama dengan pihak yang berbeza

Sekali lagi kita menggunakan contoh di mana anda ialah seorang graduan dari kejuteraan mekanikal, tetapi anda menerima tawaran sebagai wartawan. Ini bukanlah kemahiran anda, tetapi anda tetap menerima tawaran tersebut dan dalam masa yang sama juga anda sedang berfikir bagaimana hendak keluar dan kembali ke dunia kejuteraan anda semula.

Anda juga tidak mengenali bagaimana jenis orang bekerja di sana, orang seperti manakah yang akan menubual anda, dan tatatertib etika ketika bekerja yang berlainan. Secara kebetulan, mungkin ia boleh menjadi ketua HR untuk sesebuah syarikat minyak dan gas yang anda begitu inginkan sejak di zaman universiti.

Ada satu cara yang menyeronokkan untuk menyelesaikan masalah ialah “Try-angle”. Sepanjang kehidupan kita, anda boleh melihat semula minat, hobi, atau sesuatu yang penting bagi kita mungkin berubah, atau mungkin boleh melibatkan sesuatu yang sangat lain daripada jangkaan kita.

Jadi, apakah yang menjadi halangan bagi kita untuk menjadi berjaya dan apakah yang kita cari dalam kejayaan kita? Dengan melangkah ke dunia yang baru yang tiada kaitan dengan bidang pelajaran anda, mungkin disini dapat menemukan bakat atau minat yang yang baru. Ini mungkin akan menjadi tujuan hidup anda.

Kata-kata akhir saya, jika anda tidak pernah mencuba anda tidak akan tahu.

 

Untuk berhubung dengan lebih lanjut, email editor@leaderonomics.com 

 

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Tangan

Adakah Bantuan Anda, Membantu?

Oleh Michelle Gibbings. Membantu orang lain membuat anda berasa baik. Sementara itu, bentuk dan cara membantu yang diambil perlu dipertimbangkan.

Mar 19, 2023 4 Minit

Graduan wanita

Dilema Seorang Graduan Baru bersama Andrea Chew

Di episod 3, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Andrea Chew; Strategik Projek Partner di Leaderonomics, tentang topik hangat diantara 'fresh graduate' yang mula melangkah ke dunia pekerjaan. Bagaimanakah seseorang graduan baru boleh menyesuaikan diri di tempat kerja? Di sini, Andrea Chew akan berkongsi beberapa tip-tip kepada para siswa dan siswi untuk berkeyakinan lebih tinggi.

Mar 15, 2023 10 Min Podcast

Alt

Berbaloi Mengotori Tangan Anda

Kepimpinan hanya boleh dipelajari dan dibentuk dalam proses mengotori tangan melalui pengalaman hidup. Konteks membentuk kebolehan kepimpinan. Tontonilah video ini.   Untuk membaca artikel berkaitan, klik Mengotori Tangan Anda.

Jul 17, 2017 4 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest