7 Tip Bangkit Semula Dari Kejatuhan Dalam Perniagaan

Mar 07, 2018 1 Minit
tabah, keyakinan

Peniaga atau usahawan selalunya akan menemui kekalahan yang membawa kejatuhan dalam perniagaan, apatah lagi jika kegagalan itu melibatkan terhangusnya duit dalam kuantiti yang bernilai tinggi. Kegagalan boleh berlaku pada bila-bila masa kerana ia tidak kira kena kepada syarikat yang kecil atau syarikat yang besar.

Siapa mahukan kegagalan? Lihat sahaja apa terjadi kepada syarikat penerbangan MAS susulan terhempasnya pesawat MH370 dan MH17 dalam tempoh setahun. Syarikat penerbangan itu mengalami kerugian yang sangat teruk.

Benar, kegagalan memang pahit untuk ditelan bagi sesiapa yang menghadapinya. Setelah berhempas pulas menaikkan perniagaan, akhirnya anda tersungkur di pintu kejatuhan pula. Segalanya terasa lemah dan lelah. Wang ringgit hancur musnah. Yang ada cuma kertas kosong yang tidak bernilai.

Apabila berhadapan dengan situasi sebegini, jangan putus asa dan menyerah kalah.  Yakinlah sesuatu buruk yang terjadi pasti akan ada hikmahnya.

Bina kembali kekuatan untuk bangkit dari kejatuhan. Cuba susun dan mengkaji kembali misi dan visi anda – ia mungkin memerlukan sedikit perubahan untuk memastikan anda dapat mencapai semula kejayaan.

1. Bersyukur dengan pencapaian yang sedikit

Selalunya apabila berada di ambang kegagalan, kita meletakkan 100 peratus pada rasa berputus asa sehingga kita lupakan pencapaian yang sedikit. Mungkin sasaran hendak mencapai jualan RM10,000 tetapi hanya berjaya memperoleh RM1,000 sahaja. Bersyukurlah.

Gagal dalam mencapai sasaran tetapi tidak gagal dalam berusaha. Apabila kita bersyukur, kita akan berusaha dengan lebih supaya pencapaian itu meningkat sedikit demi sedikit dan tidak terjunam seluruhnya.

Mensyukuri nikmat yang sedikit akan membuka peluang kepada datangnya nikmat yang lebih besar.

2. Laraskan diri untuk berfikiran positif

Selalunya berfikiran negatif jauh lebih mudah daripada menjana fikiran positif. Berfikiran positif adalah tabiat yang boleh diamalkan. Pernahkah anda kenali orang yang sentiasa berfikiran positif?

Golongan seperti ini akan selalu menjadikan kegagalan sebagai jalan utama menempah kejayaan. Lihat sahaja jenama-jenama besar pada suatu ketika dahulu yang pernah gagal sebelum mereka menjadikan kegagalan sebagai perisai untuk berjaya.

Berdampingan dengan suasana positif dan orang positif akan membuatkan tempias positif itu terkena diri anda. Ayuh, positifkan diri daripada belenggu masalah yang tiada kesudahan.

Berkaitan: Ukirkan Senyuman, Amalkan Sifat Optimis

3. Sertai kumpulan bisnes

Salah satu cara untuk membebaskan diri daripada masalah kegagalan adalah dengan menyertai kumpulan bisnes. Laman-laman sosial kini banyak dipenuhi dengan kumpulan-kumpulan bisnes.

Menyertai seminar perniagaan yang dianjurkan dari masa ke semasa juga adalah terapi paling baik untuk menjana kembali minda dan diri anda. Anda juga mungkin menemui penyelesaian kepada permasalahan dalam perniagaan kerana di situ terkumpulnya pelbagai usahawan dari latar belakang perniagaan yang berbeza.

Jadikan rakan-rakan yang telah berjaya sebagai mentor dan minta pendapat serta pertolongan mereka untuk memajukan kembali bisnes anda.

Berkaitan: 5 Petua Membina Rangkaian Sosial

4. Aturkan pelan bangkit semula 

Luangkan masa untuk merancang semula hala tuju bisnes. Rancang untuk tempoh minimum, misalnya usaha yang boleh dilakukan dalam jangka masa pendek (1 hingga 3 bulan).

Tangguhkan dahulu matlamat yang besar. Sebaliknya, bina dan kukuhkan kembali ‘tapak yang telah retak’. Dan yang penting adalah kita benar-benar jelas apa yang kita mahu dan apa yang akan kita lakukan.

5. Aktifkan diri semula di media sosial

Aktifkan diri setiap masa di laman media sosial kerana pasaran perniagaan zaman kini tertumpu di laman sosial. Cari audiens sasaran produk anda. Jadikan mereka pembaca  setia penulisan anda tentang perniagaan yang diusahakan.

Buang sikap malas. Rajinlah menulis apa jua topik secara berskala. Jangan berhenti sekejap, kemudian menulis semula. Sentiasa konsisten supaya pembaca setia tidak lupa untuk melawat laman sosial anda setiap waktu.

Berkaitan: Langkah Awal Bina Jenama Peribadi

6. Jangan berhenti membuat pemasaran

Pemasaran adalah nadi penting dalam sesebuah bisnes. Kaji semula kelemahan pemasaran yang sebelumnya. Bina semula strategi pemasaran autopilot yang akan terus beroperasi tanpa perlu kita lakukan kerja yang sama berulang-ulang kali.

Ketahui sasaran pembeli. Di mana mereka berada, bila dan apa kehendak dan keperluan mereka.

7. Pantau prestasi bisnes

Akhir sekali,  jangan lupa pantau prestasi bisnes anda. Jika sebelum ini anda mengambil jalan mudah dengan tidak memantau bisnes anda secara berskala, kali ini anda perlu mengubah tradisi.

Persoalkan sama ada bisnes anda berjalan mengikut pelan. Jika tidak mencapai sasaran, apakah yang perlu dibuat? Perbaiki dan optimumkan pelan bisnes anda semula.  Jika ada masalah, selesaikannya dengan segera.

Jika anda masih lagi tidak dapat selesaikan masalah tersebut, jangan biarkan ia sampai bertimbun-timbun. Cari orang yang boleh tolong selesaikan masalah anda.

 

Sumber: Majalah Niaga. Diulang siar dengan kebenaran.

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Wanita

Kita Perlu Bercakap Mengenai ‘Fleksibiliti’ untuk Wanita di Tempat Kerja dan Mengapa Ia Tidak Berkesan

Oleh Dr. Tiffany De Sousa Machado. Terokai mengapa fleksibiliti di tempat kerja sering gagal untuk wanita dan keperluan mendesak untuk perubahan sistemik untuk menyokong peranan dua mereka dalam penjagaan dan kerjaya.

Jul 28, 2024 6 Minit

Roshan Thiran

Tahun Baru, Diri Baru bersama Roshan Thiran

Di episod 1, host Waheeda menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk membincang tentang azam tahun baru. Ia adalah topik yang menjadi tanda tanya kepada ramai individu pada masa kini. Pentingkah resolusi tahun baru kepada kita semua? Di sini, Encik Roshan memberitahu bahawa kita mempunyai pilihan lain jika kita tidak ada resolusi tahun baru.

Mar 12, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Tingkap yang Pecah

Dalam episod ini, Roshan Thiran, Ketua Pegawa Eksekutif Leaderonomics cuba memberi tipnya mengenai kuasa seseorang untuk mengendalikan benda-benda yang kecil. Jika kami dapat menjayakan benda-benda yang kecil, lama-lama ia akan membawa kejayaan yang besar

Jan 04, 2018 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest