9 Keunikan Pada Insan Yang Memiliki Nyala Rasa

Apr 17, 2019 5 Minit
Alt

Adakah anda memiliki cukup nyala rasa dalam hidup? Sifat ini menjadi pembeza antara bermain piano dan pemain piano; peribadi anda ditentukan dengan semangat ini, bukannya melalui perkara yang anda buat. Ia menbangkitkan anda dari lena pada pagi hari dengan penuh semangat untuk memulakan hari.

Dr. Arielle Bonneville-Roussy dari University of Quebec merupakan insan yang meluangkan segenap masa hidupnya untuk mengkaji semangat ini dan dia menegaskan bahawa sifat ini adalah takrifan terhadap diri.

Menurut Vallerand, “Nyala rasa merupakan kecenderungan yang kuat terhadap aktiviti takrif-diri yang digemari, dianggap penting, sehinggakan manusia sanggup menumpukan segenap masa dan tenaga bagi aktiviti tersebut.”

Nyala rasa merupakan asas pembentukan insan pintar. — Galileo

Penting untuk kita sedari bahawa semangat ini tidak memerlukan kepakaran, walaupun ada kaitan antara kedua-duanya, namun kepakaran bukanlah suatu kewajipan.

Vallerand dan dua penyelidik lain meneliti 187 orang pemuzik dan mendapati golongan yang memberi tumpuan untuk menyempurnakan prestasi diri, sehingga mampu ‘menguasai’ sesuatu, hasilnya mereka menjadi lebih pakar daripada golongan yang hanya ingin menandingi pemuzik lain semata-mata.

Jika nyala rasa menjadi hala tuju bagi diri anda, sudah tentu anda bertumpu pada pencapaian terbaik diri, bukannya dengan melihat orang lain.

Jadi, bagaimana sifat ini terserlah dan dapat dirasai? Cara yang terbaik untuk memahaminya adalah dengan mencari perbezaan antara insan yang memiliki semangat ini dengan orang biasa.

1. Golongan yang memiliki nyala rasa begitu taksub

Senang cerita, insan yang memiliki nyala rasa, mereka ini taksub dengan ilham masing-masing, tetapi bukanlah seperti manusia yang terkena penyakit kecelaruan obsesif kompulsif (OCD). Saya bercakap tentang ketaksuban yang positif dan sihat, lagaknya seperti ungkapan yang seringkali didendangkan, “Lakukan perkara yang anda betul-betul suka, supaya anda langsung tidak perlu rasa seperti mengerah tenaga dalam hidup.”

Tidak kira apa pun jua yang berlaku, pemikiran mereka kembali terjurus pada nyala rasa masing-masing. Hal ini bukanlah disebabkan rasa terbeban dan tertekan, namun disebabkan oleh kegembiraan yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata. Mereka taksub dengan ilham masing-masing memandangkan hal tersebut mendatangkan inspirasi dan kegembiraan.

2. Mereka tidak bertangguh

Susah untuk kita ber jumpa manusia yang memiliki nyala rasa berkeliaran di taman pada siang hari lagha dengan Pokemon Go. Mereka tidak ada masa hendak ralit dengan urusan atau benda yang tidak penting atas dasar mengisi masa lapang. Mereka mengabdikan setiap minit untuk menyemarakkan nyala rasa. Bagi mereka, mereka tidak berkorban apa-apa, lagipun tidak ada benda lain yang suka dibuat mereka.

3. Mereka berpandangan jauh
Insan yang memiliki nyala rasa selalu berfokus pada potensi masa hadapan, bukannya melihat pada hasil sedia ada. Mereka tekun mengejar matlamat dengan kepercayaan yang tidak berbelah bagi bahawa suatu hari mereka bakal mengecapi hal yang diinginkan. Anda tahu bagaimana rasanya ternanti-nantikan sesuatu yang benar-benar istimewa? Inilah yang dirasai oleh mereka setiap hari.

4. Mereka bangun awal pagi
Insan yang memiliki nyala rasa sangat bertenaga untuk bangkit memulakan hari dari lena. Mereka bukannya tidak suka tidur, tetapi mereka lagi suka mengejar nyala rasa mereka. Tatkala ayam berkokok, fikiran mereka sarat dengan idea dan ghairah akan hari yang bakal dilalui.

Berkaitan: Menjadi Pekerja Berwawasan


5. Mereka sanggup menempuh risiko besar

Keinginan anda untuk mendapatkan sesuatu terserlah dalam sejauh mana anda bersedia berhadapan dengan risiko. Tiada sesiapa pun yang sanggup berhempas pulas sekiranya mereka acuh tak acuh dengan sesuatu benda. Golongan yang memiliki nyala rasa sanggup menggenggam bara api hingga sampai jadi arang.

6. Saat mereka melangkah, mereka akan buat habis-habisan

Insan yang memiliki nyala rasa tidak membuat kerja sekerat jalan. Sekali mereka bermula, mereka akan membuatnya habis-habisan hingga ke penghujung ataupun sehinnga terjelepuk jatuh. Apabila mereka tidak ke mana-mana, mereka tenang-tenang sahaja bergoyang kaki, bukannya buat kerja separuh-separuh.

7. Mereka sentiasa bercakap tentang nyala rasa masing-masing

Sekali lagi, kita berbincang berkenaan insan yang jiwanya tidak dapat dipisahkan dengan nyala rasa masing-masing, dan sukar untuk anda jalinkan hubungan dengan insan yang tidak jadi diri mereka yang sebenar bukan?
Bukannya mereka tidak cakna yang anda bukannya taksub seperti mereka, namun amat sukar untuk mereka kunci mulut sendiri. Jika mereka cuba jadi orang lain, mereka akan berpura-pura daripada menjadi diri sendiri.

8. Mereka sangat mudah teruja

Ada kemungkinan, golongan ini tidak teruja langsung sekalipun salji turun di hadapan rumah. Ya, inilah hakikat insan yang memiliki nyala rasa. Ini tidak bermaksud mereka sentiasa gelisah ataupun bosan.
Cuma, mereka tidak perlukan semua itu untuk berasa teruja; acapkali mereka akan mudah rasa teruja dan perasaan tersebut kekal berpanjangan. Suatu teori yang menyumbang pada hal ini ialah mereka menumpukan segenap tenaga yang ada untuk satu atau dua perkara sahaja, jadi lebih mudah untuk mereka berkembang maju, dan momentum sebeginilah yang menyemarakkan keterujaan mereka.

9. Kerja merupakan sebahagian daripada diri mereka

Insan yang punya nyala rasa jarang sekali terfikir cara menyeimbangkan kerja dan kehidupan. Kerja yang dilakukan merupakan sebahagian daripada diri mereka, dan tiada kayu pemisah antara kedua-duanya. Mereka bernafas, hidup dan makan dengan kerja, kerja tidak terhenti sekadar di pejabat.

Sesiapa yang mahukan mereka berbuat demikian diibaratkan seperti mendesak mereka daripada menjadi diri mereka yang sebenar. Malah, mereka selesa dengan keadaan ini kerana mereka tidak ambil pusing akan hal lain.

Akhir kata

Memandangkan anda sudah sedar perbezaan antara insan yang memiliki nyala rasa dengan manusia biasa, pada hemat anda, adakah anda mempunyai nyala rasa yang cukup dalam jiwa?
 

Dr Travis Bradberry ialah penulis bersama buku paling laris #1, Emotional Intelligence 2.0, dan juga pengasas bersama TalentSmart, pembekal utama ujian dan latihan kecerdasan emosi di dunia, yang memberi perkhidmatan kepada 75% daripada syarikat-syarikat Fortune 500. Karya-karyanya yang paling laris telah diterjemahkan ke dalam 25 bahasa dan boleh didapati di 150 negara.


Untuk membaca artikel in dalam bahasa Inggeris, klik 9 Things Passionate People Do Differently.
Artikel ini adalah pendapat penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan pihak Leaderonomics.


Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Tag: Anda Seorang Pemimpin

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com
Alt

Cadangan Buat Kamu

Bebas

Seberapa Pemaafkah Anda?

Oleh Michelle Gibbings. Pandangan penuh belas kasihan tentang makna bagi diri kita dan organisasi kita untuk melepaskan kemarahan dan memberi ruang untuk pengampunan. Artikel itu mengajar anda bagaimana memaafkan orang lain bukan untuk mereka, tetapi untuk diri sendiri.

Nov 20, 2023 4 Minit

Wanita

Kehidupan Seharian Pekerja Gudang Wanita di NinjaVanMalaysia

Pernah terfikir bagaimana rasanya menjadi seorang wanita yang bekerja dalam industri yang kebanyakannya didominasi oleh lelaki? Dalam video ini, kami berbual dengan Nurazlin, seorang pekerja gudang wanita di #NinjaVanMalaysia, untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman dan kejayaannya sebagai seorang wanita dalam dunia lelaki.

Mar 15, 2023 10 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest