“Bagaimanakah saya boleh berhenti mengkhuatiri prestasi diri berbanding orang lain? Saya rasa diri kurang berjaya berbanding rakan-rakan lain. Saya rasa diri agak ketinggalan.”
“Perkara pertama yang anda perlu lakukan: berhenti membandingkan prestasi diri dengan orang lain. Anda sepatutnya membandingkan prestasi diri anda semalam dengan prestasi diri anda hari ini.
Setiap seorang bergerak maju mengikut kelajuan sendiri dan mencapai kejayaan pada pelbagai peringkat umur.
Contohnya, pelukis Itali Raphael. Beliau diiktiraf sebagai genius seni ketika cuma berusia 17 tahun. Manakala Kolonel Sanders pula mula mencapai kejayaan dan memulakan francais KFC pertama dalam usia 60-an. Jauh berbeza, bukan?
Usah luangkan masa memberi fokus pada prestasi orang lain. Apabila anda berbuat demikian, ini bermakna anda mensia-siakan masa anda. Sebaliknya, fokuslah pada apa yang anda patut lakukan untuk memajukan diri.
Cuma anda seorang yang menghayati kembara hidup anda, dan yang penting adalah pengalaman anda. Apa yang orang lain lakukan adalah hal mereka. Anda mesti memberi tumpuan pada apa yang anda lakukan. Yang penting sekali adalah anda mesti komited untuk meneruskan kembara anda.
Seperti kata Martin Luther King Jr.,
“Jika anda tidak boleh terbang, berlari; jika anda tidak boleh berlari, berjalan; jika anda tidak boleh berjalan, merangkak. Biarpun apa yang anda lakukan, anda mesti tetap bergerak ke hadapan.”
Roshan Thiran ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Leaderonomics, serta penulis dan penceramah kepimpinan yang berwibawa. Sekiranya anda ada soalan berkaitan kepimpinan dan kecemerlangan kerjaya, anda boleh menghubungi beliau melalui roshan.thiran@leaderonomics.com atau Facebook.
Oleh William Arruda. Mentor, apabila dilakukan dengan betul, ia boleh mengubah penglibatan pekerja dengan syarikat mereka dengan ketara. Berikut adalah lima kesilapan mentor yang perlu dielakkan.
'Tamparan Idea' ialah podcast Bahasa Melayu yang mengupas topik dan isu semasa berkaitan dengan kepimpinan. Program ini diceriakan oleh Waheeda Hasbullah, seorang pengacara yang sentiasa membawa aura gembira kepada anda semua.
Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.
Kepimpinan hanya boleh dipelajari dan dibentuk dalam proses mengotori tangan melalui pengalaman hidup. Konteks membentuk kebolehan kepimpinan. Tontonilah video ini. Untuk membaca artikel berkaitan, klik Mengotori Tangan Anda.