Persediaan EMOSI Lebih Penting

Jun 29, 2020 3 Minit
Alt
Persediaan Emosi

Indikasi peratusan yang agak besar menunjukkan ramai pekerja menghadapi masalah kesihatan mental adalah sangat membimbangkan. Ia bukan sahaja boleh menganggu prestasi kerja, malah ia juga boleh menganggu hubungan sesama pekerja serta majikan, yang akhirnya boleh menggugat prestasi syarikat secara keseluruhan.

Ramai orang telah membuat persediaan teknikal dan fizikal untuk memasuki alam pekerjaan, namun, lupa akan sesuatu hal yang jauh lebih penting iaitu persediaan mental. Persediaan mental adalah asas kepada persediaan ke alam pekerjaan. Malah pada pandangan saya ia sudah menjadi perkara wajib kepada setiap pekerja dan majikan.

Saya melihat kepada perbezaan suasana kerja pada 20 tahun dahulu berbanding sekarang, dan saya sempat meluangkan masa dengan beberapa pekerja senior yang mengatakan bahawa generasi sekarang tidak sama dengan generasi yang terdahulu.

"Saya dulu masa kerja, selalu jugak kena marah selalu jugak kena maki namun setelah 30 tahun, saya masih di sini…"

"Orang-orang muda zaman sekarang ni manja, kena marah sikit pun dah nak hantar surat berhenti, kena tegur sikit dah melenting, hasil kerja kena reject sebab tidak menepati kehendak pun dah tarik muka, dah keluar statement sound majikan dalam media sosial…macam mana nak kerja…?"

Baca: Emosi: Kekuatan Anda

Situasi kerja zaman sekarang ini sudah makin mencabar, jika adanya pekerja yang berhenti pada hari ini, tidak susah untuk majikan terus cari pengganti pada keesokan harinya. Sekarang sudah tidak sama macam dulu, seorang sahaja berhenti, ada lagi 10 orang yang lebih hebat dari kita sedang menanti.

Nak berhenti sebab kena marah dengan majikan? Tenang dulu ye, kena marah itu adalah normal. Semua orang dan tidak terkecuali majikan pun perlu belajar cara untuk mengawal emosi dengan baik agar suasana kerja menjadi lebih baik dan segar.

Jadi, bagaimana untuk siapkan mental agar lebih kuat untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran emosi agar kita tampil lebih profesional semasa bekerja? Saya kongsikan apa yang saya praktikkan semasa saya berkerja dahulu.
 

  1. Fahami hakikat bahawa, jika kita melakukan perkara yang tepat dan betul, tidak mungkin majikan akan marahkan kita. Mereka akan marah dengan bersebab, jika tiada sebab yang munasabah maka mereka tidak akan marah. Dan jika mereka marah tanpa sebab, kita masih ada ruang untuk jernihkan suasana dengan berbincang menggunakan cara yang harmoni.
  2. Dimaki dan dikutuk? Saya sendiri pernah dicampak semula proposal yang dibuat ke muka saya dan pada saat itu memang rasa sangat marah, namun jika saya letakkan mode ‘fight’ dalam situasi itu ia hanya menjadikan keadaan itu lebih buruk. Jadi bersiap sedia dan letakkan kemungkinan bahawa anda mungkin akan dimaki dan rancangkan apakah ‘personal drill’ anda jika perkara itu berlaku.
  3. Talam dua muka, semua orang akan bersikap talam dua muka selagi mana anda belum betul-betul rapat lagi dengan individu tersebut. Apabila anda sudah rapat, barulah anda akan nampak ‘the true color’ sehingga itu, jangan berikan kepercayaan seratus peratus.
  4. Dalam pejabat, tidak semua akan sukakan kita, dan akan ada kemungkinan orang yang akan dengki pada kita atas sebab sesuatu yang mungkin tidak masuk akal. Kekalkan keharmonian dan elakkan daripada membuat orang sakit hati terhadap kita, baik dari segi cara kerja mahupun tingkah laku kita.
  5. Jaga hasil kerja kita, ‘ownership’ terhadap tugasan dan hasil kerja kita. Kerana jika kita tidak jaga kemungkinan akan ada ‘pembuli’ di pejabat yang sentiasa mencari ‘credit’ atas hasil usaha orang lain.


Apa yang telah saya kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi saya sendiri yang diperolehi semasa bekerja dengan beberapa syarikat sebelum saya menubuhkan syarikat sendiri. Mudah-mudahan ia akan menjadi panduan kepada anda dan menjadikan anda lebih bersedia dengan emosi yang kental dalam berhadapan dengan pelbagai situasi kerja yang semakin mencabar di abad ini.
 
Diterbitkan dengan kebenaran. Untuk berhubung dengan lebih lanjut, email editor@leaderonomics.com 

Sila Kongsi

Alt
Nik Faiz seorang jurulatih kerjaya. Dia telah menolong lebih dari 10,000 individu mendapat kerja yang sesuai dan berjaya dalam kehidupan mereka.
Alt

Cadangan Buat Kamu

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

'Tamparan Idea' ialah podcast Bahasa Melayu yang mengupas topik dan isu semasa berkaitan dengan kepimpinan. Program ini diceriakan oleh Waheeda Hasbullah, seorang pengacara yang sentiasa membawa aura gembira kepada anda semua. Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Rahsia Menjadi Pemimpin Yang Hebat

Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran mengesyorkan supaya kita mengenal pasti dan menjadikan tokoh-tokoh yang unggul sebagai suri teladan, dan berlatih corak kepimpinan yang ingin kita contohi.

Jun 27, 2017 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest