The Leaderonomics Show: Berfikirlah Dengan Minda, Buatlah Keputusan Dengan Hati

By

Editor

6th Mar 2017

0 min video

Template Logo

 

Minda dan hati adalah kunci kepimpinan yang unggul; jadi gunakannya masing-masing untuk berfikir dan membuat keputusan, nasihat Datuk Wira Ameer Ali Bin Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad.

Mydin adalah rangkaian pasar raya besar, pasar raya biasa dan emporium tempatan. ‘Mengapa Bayar Lebih’ ialah moto Mydin, yang menjual barangan mengikut daya kemampuan pelanggannya tanpa berkompromi kualiti.

Yang paling penting sekali, Mydin menjalankan bisnesnya berdasarkan konsep halal dan menegaskan kejujuran, keikhlasan dan disiplin baik dalam semua aspek bisnesnya.

Mydin mencapai kedudukannya hari ini disebabkan oleh kemahiran bisnes pengasas dan pemimpin-pemimpinnya. Ini adalah kisah kejayaan seorang rakyat Malaysia yang hebat yang semestinya menjadi inspirasi keusahawanan kepada kita.

Kami bertuah kerana berpeluang menemu bual salah seorang pemimpin utama Mydin tidak berapa lama dahulu. Berikut adalah antara pengajaran-pengajaran penting yang boleh dipelajari daripada Datuk Wira Ameer Ali:

  • Selalu fokus terhadap bisnes anda. Bekerja keras dan buatlah apa yang anda suka.
  • Amalkan sikap berintegriti. Bersikap jujur dalam apa yang anda lakukan. Bantulah orang lain dengan ikhlas dan anda akan menerima ganjarannya.
  • Sesuaikan gaya kepimpinan anda mengikut masa dan musim. Pendekatan pengurusan daripada pihak atasan turun kepada tenaga kerja bawah mungkin pendekatan yang biasa digunakan tetapi apabila anda berurusan dengan golongan milenial, gunakan pendekatan mempengaruh dan bukan mengurus mereka secara mikro.
  • Hormati dan sentiasa prihatin terhadap masa. Jalankan kerja anda dengan berdisiplin dan berstruktur. Selalu membuat sesuatu dengan teliti. Perincian amat penting dalam industri peruncitan.
  • Walaupun anda sudah berjaya, jangan bersikap sombong. Jangan sesekali memandang rendah terhadap pesaing-pesaing di sekeliling anda.
  • Sebagai pemimpin, gunakan minda dan hati untuk berfikir dan membuat keputusan masing-masing.

Maklumkan pendapat anda tentang kisah Mydin ini dengan menghantar emel ke editor@leaderonomics.com Untuk episod-episod The Leaderonomics Show yang lain, klik di sini. Jika anda ingin menghubungi Leaderonomics untuk membantu menjayakan lagi bisnes anda, emel kami di training@leaderonomics.com.

You May Also Like