Tip Kepimpinan: Fokus Pada Perubahan Kecil

By

Roshan Thiran

19th Jul 2017

0 min video

Template Logo

Bermula dengan berfokus pada perubahan kecil, pada pencapaian kecil. Pencapaian besar dan menyeluruh akan tercapai kelak.

Semasa saya menetap di Bandaraya New York pada tahun 90-an, saya menyaksikan bandaraya itu bertukar daripada sebuah bandaraya yang paling merbahaya menjadi bandaraya yang paling selamat di dunia.

Transformasi itu berlaku kerana pemimpin-pemimpin Bandaraya New York berusaha kuat untuk “membaiki tingkap-tingkap yang pecah”.

Berfokus pada perubahan kecil

Daripada menumpukan perhatian mereka kepada jenayah-jenayah yang besar, mereka memberi fokus kepada membasmikan jenayah-jenayah yang kecil dan remeh.

Apabila mereka berbuat demikian, jenayah-jenayah yang besar pun mula berkurangan dan lama-kelamaan, langsung tidak berlaku lagi.

Berkaitan: Cara Menjadi Pemimpin Yang Lebih Hebat

Anda juga boleh berbuat demikian. Berusahalah untuk mengubah cuma satu aspek diri anda pada satu masa. Jangan cuba mencecah langit dalam satu hari. Lama-kelamaan, anda akan menikmati perubahan menyeluruh.

Kata hikmat

“Fokus pada perubahan-perubahan kecil. Lama-kelamaan anda akan mencapai perubahan menyeluruh.” — Roshan Thiran

You May Also Like