The Leaderonomics Show: ‘Mula Dari Bawah Dan Terus Mencuba,’ Kata Steve McMahon

By

Editor

6th Jun 2017

0 min video

Template Logo

 

Walaupun dia pernah dikatakan mempunyai saiz badan yang terlalu kecil untuk bermain bola sepak secara profesional, Steve McMahon tetap bersemangat menempuh halangan tersebut. Dia bermain dengan kelab-kelab bola sepak Inggeris seperti Everton, Aston Villa, Liverpool dan Manchester City. Kemudian dia mengorak langkah menceburi bidang melatih dan menguruskan kelab-kelab bola sepak seperti Swindon Town, Blackpool dan Perth Glory.

Untuk menyambung minatnya dalam sukan bola sepak, dia merebut peluang untuk melibatkan diri dalam dunia mengulas sukan di Asia. Sehingga kini, dia sudah sedekad lebih menceburi dunia sukan tersebut.

Orang ramai mengenali McMahon kerana kekerapan kemunculannya dalam saluran sukan seperti ESPN (kini dikenali dengan nama Fox Sports) dan Astor.

Terima kasih kami ucapkan kepada Go Communications – kerana berbekalkan usaha mereka, Leaderonomics berpeluang  untuk menemu ramah McMahon melalui siri The Leaderonomics Show.

Berikut adalah antara isi-isi penting yang kita perolehi daripada sesi temu ramah tersebut:

  • Lebih baik gagal kerana mencuba daripada gagal tanpa membuat apa-apa pun.
  • Hargai dan hormati masa antara satu sama lain.
  • Belajar yang baik dan yang buruk daripada pemimpin anda. Untuk amalan buruk, belajar bagaimana untuk tidak melakukannya.
  • Praktikkan apa yang dipelajari. Untuk melakukan ini, anda memerlukan persekitaran yang menyokong untuk membantu mengekalkan kejayaan anda.
  • Amalkan apa yang anda telah pelajari. Untuk melakukan perkara ini, anda memerlukan persekitaran yang dapat membantu anda mempertahankan kejayaan anda.
  • Jika anda mempunyai bakat, terus bekerja untuk meningkatkannya sehingga anda menjadi sangat baik . Berlatih, berlatih berlatih!
Kongsikan dengan kami pendapat anda tentang perjalanan bola sepak McMahon yang hebat di editor@leaderonomics.com. Untuk mengetahui bagaimana Leaderonomics boleh membantu bisnes anda, sila hantar e-mel ke training@leaderonomics.com. Untuk video kepimpinan yang lain, klik di sini.

You May Also Like