Kekal Sihat Walaupun Bekerja dari Rumah

Jul 23, 2025 2 Minit
WFH
Sumber:

imej dari freepik.com 

6 Amalan Mudah Kekal Sihat Ketika Bekerja dari Rumah

Walaupun kerja dari rumah (WFH) bukan lagi perkara baharu, ramai antara kita masih bergelut untuk menjaga kesihatan semasa bekerja dari ruang yang sama setiap hari. Selepas bertahun-tahun terbiasa dengan gaya kerja fleksibel, cabaran seperti postur kerja yang tidak sihat, gangguan rutin harian, dan tekanan mental masih terus dirasai.

Kini, cabaran WFH bukan lagi soal menyesuaikan diri, tetapi soal mengekalkan kesejahteraan jangka panjang. Berikut enam amalan mudah untuk membantu anda kekal sihat secara konsisten sambil bekerja dari rumah.

1. Tetapkan Jadual Kerja yang Jelas
Apabila rumah juga menjadi pejabat, sempadan antara kerja dan masa peribadi boleh menjadi kabur. Keadaan ini boleh menyebabkan tekanan dan keletihan. Tetapkan jadual yang tetap – waktu mula kerja, waktu rehat, dan waktu tamat. Disiplin ini penting untuk kesihatan mental dan keseimbangan hidup.

2. Jaga Postur dan Ruang Kerja
Pastikan postur badan sentiasa disokong. Elakkan bekerja di atas katil atau sofa terlalu lama. Usahakan ruang kerja yang ergonomik, walaupun ringkas. Gunakan kerusi yang selesa, susun skrin komputer pada paras mata, dan pastikan pergelangan tangan dalam posisi yang betul semasa menaip.

3. Makan Secara Sihat dan Seimbang
Godaan untuk makan tanpa henti memang kuat apabila bekerja dari rumah. Rancang waktu makan dengan baik dan elakkan makan sambil bekerja. Pilih snek yang sihat seperti buah-buahan, kekacang, atau yogurt. Kekalkan hidrasi dengan minum air secukupnya sepanjang hari.

4. Ambil Masa untuk Diri Sendiri
Kesihatan mental sama pentingnya dengan kesihatan fizikal. Ambil masa seketika untuk berehat daripada skrin, tarik nafas panjang, atau keluar sebentar untuk menghirup udara segar. Anda juga boleh mengamalkan teknik 20-20-20: setiap 20 minit, lihat sesuatu sejauh 20 kaki selama 20 saat. Jika ada tumbuhan hijau di sekitar rumah, memandangnya juga boleh membantu anda berasa lebih tenang.

Artikel ini mungkin menarik minat anda:

4 Teknik Mudah untuk Bina Keyakinan Diri Setiap Hari

5. Rehat Aktif di Tengah Hari
Jangan hanya duduk semasa waktu rehat. Gunakan masa makan tengah hari untuk ‘reset’ tenaga dan emosi. Jalan kaki sebentar, lakukan aktiviti ringan bersama keluarga, atau cuba senaman pernafasan bagi mengurangkan tekanan.

6. Lakukan Aktiviti Fizikal Ringkas Setiap Hari
Kekal aktif ialah kunci utama. Luangkan sedikit masa setiap hari untuk:

  • Brisk walk di luar rumah – pada waktu pagi atau petang
  • Home workout seperti yoga, pilates, atau senaman ringan melalui YouTube
  • Senaman badan sendiri seperti squatpush-up, atau plank

Tidak perlu terlalu lama – 15 hingga 30 minit sudah memadai. Yang penting ialah konsisten dan menjadikan aktiviti fizikal sebahagian daripada rutin harian.
Kerja dari rumah sudah menjadi sebahagian daripada norma kerja moden. Namun, itu tidak bermakna kesihatan boleh diabaikan. Dengan enam amalan mudah ini, anda boleh kekal produktif tanpa mengorbankan kesejahteraan diri. Ingatlah, kesihatan yang baik menyumbang kepada prestasi kerja yang lebih cemerlang dan kehidupan yang lebih seimbang.

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Alt

Amirah berlatarbelakangkan bidang Linguistik dan Bahasa Melayu. Beliau mempunyai pengalaman sebagai copywriter dan minat dalam bidang penulisan. Di luar kerja, Amirah gemar menonton Netflix, mencari makanan menarik dan menikmati matcha.

Alt

Cadangan Buat Kamu

kerjaya

Perkara Penting Tentang Kerjaya yang Saya Hanya Sedari Terlambat

Oleh Rivaldy Varianto S. Refleksi peribadi tentang keputusan, kesilapan, dan pengajaran penting dalam perjalanan kerjaya yang boleh membantu anda mengambil langkah yang lebih bijak sejak awal.

Apr 26, 2026 3 Minit

Alt

Cara Mudah untuk 'Improve' Hidup Kita

Memperbaiki hidup tidak semestinya memerlukan perubahan besar. Kadangkala, ia bermula dengan langkah kecil seperti mengurus masa dengan lebih baik, menjaga kesihatan, membina tabiat positif dan meluangkan masa untuk berkembang.

Apr 21, 2026 4:22 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest