Strategi Daya Tindak Ketika Pandemik COVID-19

Apr 02, 2020 2 Minit
COVID-19, pandemik

Pada masa ini, seluruh dunia sedang berhadapan dengan satu krisis yang tidak pernah dijangkakan. COVID-19 menghadirkan diri tanpa dipinta, dan kita semua tidak bersedia untuk berhadapan dengan kesan primer dan sekunder yang datang bersama-sama dengan pandemik ini.

Gaya Hidup

Dengan datangnya pandemik ini, salah satu perkara yang dihadapi oleh semua orang di seluruh dunia adalah perubahan gaya hidup kita.

Selama ini, ramai ibu bapa yang menghabiskan banyak masa mereka bekerja, anak-anak pergi ke sekolah dan universiti untuk menuntut ilmu, individu-individu bujang yang bekerja demi kelangsungan hidup; kini semuanya telah berubah dalam sekelip mata.

Di Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan sejak 18 Mac dan dijangkakan akan berterusan sehingga sekurang-kurangnya 14 April. Semua rakyat, tidak mengira umur, diminta untuk tinggal di rumah dan hanya keluar sekiranya benar-benar perlu.

Perubahan dan situasi berkurung di dalam rumah sahaja pastinya akan menimbulkan rasa tertekan, ditambah pula dengan ketidakpastian tentang bila semua ini akan berakhir.

Dalam menghadapi situasi ini, terdapat dua jenis strategi daya tindak yang biasanya digunakan ketika menghadapi situasi yang menekan: strategi daya tindak berfokuskan masalah dan strategi daya tindak berfokuskan emosi.

Strategi daya tindak berfokuskan masalah 

Strategi daya tindak berfokuskan masalah menyasarkan punca tekanan dengan cara yang praktikal. Ia menangani masalah atau situasi yang menimbulkan tekanan, yang kemudiannya menyebabkan tekanan langsung itu semakin kurang.

Strategi daya tindak berfokuskan masalah bertujuan untuk menghapuskan atau mengurangkan punca tekanan. Antara strategi yang boleh dikategorikan sebagai strategi daya tindak berfokuskan masalah adalah penyelesaian masalah, pengurusan masa, dan mendapatkan sokongan sosial yang penting.

Satu perkara penting yang perlu diketahui tentang strategi daya tindak berfokuskan masalah adalah ianya hanya boleh digunakan sekiranya individu itu mempunyai kuasa bagi mengatasi masalah itu. Dalam situasi yang sedang dihadapi sekarang ini, tidak banyak yang sebenarnya boleh dilakukan jadi strategi daya tindak berfokuskan emosi mungkin lebih sesuai.

Strategi daya tindak berfokuskan emosi 

Strategi daya tindak berfokuskan emosi melibatkan usaha untuk mengurangkan tindak balas emosi negatif yang berkaitan dengan tekanan seperti malu, ketakutan, kebimbangan, kemurungan, kegembiraan dan kekecewaan.

Ini mungkin satu-satunya pilihan realistik apabila punca tekanan berada di luar kawalan seseorang individu. Jadi, dalam situasi yang sedang kita hadapi, strategi daya tindak berfokuskan emosi adalah sangat sesuai untuk digunakan.

Antara strategi daya tindak berfokuskan masalah yang boleh digunakan termasuk: mengalih perhatian, pendedahan emosional, berdoa, meditasi, penilaian semula secara kognitif, menahan pemikiran/emosi negatif dan makan makanan yang memberikan rasa tenang.

Jelas sekali daripada paparan di media sosial yang ramai individu mengamalkan strategi daya tindak berfokuskan emosi. Buat masa sekarang ini, strategi-strategi ini merupakan cara yang terbaik dalam berhadapan dengan situasi yang tidak menentu, ragu-ragu, dan kompleks. Gunakanlah apa sahaja strategi, asalkan ia membantu anda dalam berhadapan dengan situasi ini.

Wabak COVID-19 pandemik ini tidak akan berlarutan jika kita memberi kerjasama pada semua pihak. Jadi bersama-samalah kita membantu antara satu sama lain untuk memulihkan semula keadaan kepada kehidupan yang lebih baik.

 

Anda juga boleh membaca artikel lain di sini.

 

 

Untuk berhubung dengan lebih lanjut, email editor@leaderonomics.com 

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: COVID-19

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Kepimpinan

11 Kemahiran Kepimpinan untuk Dibina Pada 2024 untuk Eksekutif dan Pemimpin Baru Muncul

Oleh William Arruda. Dedahkan kemahiran penting untuk kepimpinan moden pada tahun 2024. Daripada kecerdasan emosi kepada celik digital, temui kecekapan yang mentakrifkan pemimpin yang berjaya dalam landskap kerja yang berubah. Kemahiran ini, menggabungkan kemahiran tradisional dan insaniah, membentuk asas untuk pemimpin mengharungi kerumitan, memupuk keterangkuman dan memacu inovasi dalam persekitaran dinamik hari ini.

Jan 07, 2024 3 Minit

Graduan wanita

Dilema Seorang Graduan Baru bersama Andrea Chew

Di episod 3, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Andrea Chew; Strategik Projek Partner di Leaderonomics, tentang topik hangat diantara 'fresh graduate' yang mula melangkah ke dunia pekerjaan. Bagaimanakah seseorang graduan baru boleh menyesuaikan diri di tempat kerja? Di sini, Andrea Chew akan berkongsi beberapa tip-tip kepada para siswa dan siswi untuk berkeyakinan lebih tinggi.

Mar 15, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Rahsia Menjadi Pemimpin Yang Hebat

Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran mengesyorkan supaya kita mengenal pasti dan menjadikan tokoh-tokoh yang unggul sebagai suri teladan, dan berlatih corak kepimpinan yang ingin kita contohi.

Jun 27, 2017 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest