Pengajaran daripada AmBank BizCONFERENCE di Sabah dan Sarawak

Nov 02, 2017 1 Minit
temu-bual, AmBank
Perkongsian Ilmu dan Pengalaman Antara Pemilik

Pengajaran Dari Sabah

Para hadirin menanti dengan penuh keterujaan pada saat pengasas bersama FashionValet, Vivy Yusof dan Fadzarudin Shah, mengambil tempat di pentas sebagai tetamu khas AmBank BizCONFERENCE.

Beratus-ratus usahawan muda dan pemilik perniagaan kecil memenuhi ruang bilik di Hilton Kota Kinabalu, Sabah untuk mempelajari selok-belok berniaga daripada dua pakar berpengaruh dalam bidang peruncitan di Malaysia. Kemasukan adalah percuma.

Pasangan suami isteri  ini berbincang panjang dengan Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Leaderonomics, Roshan Thiran, mengenai pengalaman memulakan FashionValet daripada perniagaan yang kecil hingga menjadi pemain utama di rantau ini.

Berikut adalah antara pengajaran yang mereka kongsikan.

Tentukan matlamat penubuhan

Bermula sebagai perniagaan runcit menjual pakaian dalam talian secara kecil-kecilan pada tahun 2010, FashionValet semakin berkembang apabila jenama Malaysia ini mendapat tumpuan dalam kalangan pelanggan yang gemar membeli dalam talian.

Dalam peringkat seterus perkembangan syarikat mereka, FashionValet bertekad membawa masuk jenama-jenama lain ke portal mereka, termasuk jenama-jenama antarabangsa yang berkos tinggi. Langkah itu hampir membuatkan mereka kehilangan peminat-peminat sulung mereka.

“Kami terlalu berfokus pada keuntungan waktu itu dan terlupa matlamat sebenar kami.

“Semuanya seharusnya mengenai misi dan kami sepatutnya membantu jenama tempatan berkembang dan bertahan.

“Kami perhatikan jenama-jenama ini ditimpa masalah dalaman serta luaran yang sama seperti kami, jadi kami dapat berkongsi pengalaman dan memberi sokongan kepada mereka.”

Utamakan pelanggan

“Syarikat kami kini membawa beratus-ratus jenama tempatan dan antarabangsa, dan kami mempunyai pelanggan dari seluruh dunia.

Sejak penubuhan kami tujuh tahun lalu sehingga kini, FashionValet mengutamakan pelanggan kerana merekalah penggerak utama dalam perubahan.

“Apabila saya melihat kembali laman web pertama kami, saya kasihankan nasib kami. Laman web itu sangat teruk,” seloroh  Vivy.

“Saya beruntung kerana saya berkomunikasi secara terus dengan pelanggan saya dalam talian, kadang-kadang mereka jujur memberitahu apa yang kurang dan apa yang perlu ditambah dalam perniagaan saya.

“Kami mendengar dan mengambil kira pandangan mereka dan membuat perubahan yang sewajarnya.

“Saya rasa ini sangat penting untuk perkembangan kerana kita harus memberikan semua pihak berkepentingan merasa yang mereka terlibat sama  dalam proses itu, dan ini membina keterlibatan sepanjang perjalanan.

Belajar daripada mereka yang berlainan pandangan

“Nasihat terbaik yang boleh saya beri adalah untuk belajar daripada orang lain yang mempunyai pandangan yang berbeza daripada anda. Jika anda hanya mendapat nasihat daripada kaum keluarga dan rakan-rakan, mereka akan berkata yang anda adalah yang terbaik di dunia dan teruskan dengan apa yang anda lakukan.

“Tetapi tanya pada orang yang tidak dikenali, sesorang yang akan memberi pandangan secara jujur. Baharulah anda akan tahu apa yang perlu diubah.”

Siri AmBank BizCONFERENCE diadakan kerana pihak bank ingin menyediakan platform perkongsian ilmu bagi pemilik perniagaan yang telah berjaya untuk bercerita mengenai jatuh bangun mereka dalam dunia perniagaan.

Hentian kami di Kota Kinabalu dalam jerayawara seluruh negara juga tiada bezanya, di mana para usahawan dari pelbagai latar belakang industri hadir untuk mendengar sendiri pengalaman Vivy dan Fadza. Nyata sekali itu bukanlah hentian terakhir AmBank di Malaysia Timur.

Pengajaran Dari Kuching

Hentian seterus di Kepulauan Borneo adalah di Kuching, Sarawak.

Pengerusi iCube Innovation, Datuk Patrick Liew, dan Pengasas SHiNE Pharmacy, Charles Liew, mengetuai senarai penceramah yang merangkumi Pengarah Urusan Perniagaan Perbankan AmBank, Chris Yap; KPE Leaderonomics, Roshan Thiran; dan KPE Leaderonomics Good Monday, Joseph Tan.

Artikel berkaitan: AmBank Bantu Bangunkan PKS

iCube milik Patrick berada di teras syarikat-syarikat yang baharu bertapak di negeri yang kaya dengan sumber alamnya ini. Dia banyak menolong pemilik-pemilik syarikat permulaan belajar bertatih di ruang pejabat yang dikongsi bersama.

“Kami fikir kami boleh berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman yang kami ada dengan syarikat-syarikat permulaan untuk membantu mereka bergerak. Kami bukan hanya menyediakan ruang pejabat untuk mereka, malah lebih daripada itu. Di sinilah syarikat-syarikat ini berkembang.

“Terdapat banyak potensi bagi pembinaan asas yang kukuh di Sarawak dan ini yang membuka mata syarikat-syarikat.”

‘Potensi’ ini adalah sentimen yang selalu dikongsi Charles, yang memasuki pasaran farmaseutikal yang sesak ketika itu, dengan harapan dapat memberi negerinya suatu jenama tempatan yang boleh dibanggakan.

“Siapa kata syarikat multinasional Malaysia seterusnya tidak boleh muncul di tempat yang lebih kecil dan sunyi seperti Sarawak?” katanya.

“Saya pulang ke Malaysia setelah bertahun-tahun di luar negara dan saya pasti bahawa saya ingin membina syarikat saya di Kuching, bukan di Kuala Lumpur atau Singapura. Saya tahu bahawa terdapat sistem sokongan untuk saya secara peribadi dan untuk pengeraman perniagaan yang akan membantu saya berjaya.”  

Salah satu pengajaran yang paling bermakna buat Charles adalah bagaimana dia belajar mengenai kejayaan melalui kegagalan. Apabila kedai pertamanya – kini kedai utama – berkembang ke suatu peringkat, dia mendapat peluang membuka cawangan kedua di salah sebuah pusat membeli-belah di Kuching.

Namun, kedai kedua itu tidak dapat mencapai kejayaan seperti kedai pertama dan ia menjadi kesilapan yang merugikan. Tetapi ia membuka jalan kepada pembukaan cawangan ketiga SHiNE di The Spring, iaitu antara pusat membeli-belah paling terkenal dan maju di Kuching.  

Walaupun kedai kedua itu terpaksa ditutup, Charles masih mempunyai dua cawangan berserta pengalaman yang cukup untuk dibawanya ke hadapan. 

“Sekarang ini saya dapat mengimbas kembali dan mengaku bahawa itu adalah kesilapan besar dan syarikat telah kehilangan wang yang banyak.

“Walaupun begitu, saya mungkin tidak akan berjaya dengan dua kedai yang sangat berjaya ini jika tidak dilanda masalah sebegitu rupa,” katanya.

“Oleh itu, saya tidak kesal dan saya telah mendapat pelbagai pengajaran dalam proses memajukan perniagaan saya. Saya ingin semua yang ada di sini untuk menerima kegagalan dan bersedia mengambil risiko. Anda tidak akan tahu apa yang ada di sebelah sana jika tidak mengambil risiko.

Akhir kata

Bagi peserta persidangan di Kuching yang rata-ratanya mempunyai perniagaan yang mula bertatih dan bersedia untuk berkembang ke seluruh negara, kata-kata seperti inilah yang ditunggu-tunggu daripada para penceramah yang luar biasa dan komited ini.

Artikel berkaitan: Ketahui Apa Yang DiPerjuangkan Syarikat Anda, Kata Vivy Yusof

Akhir sekali, AmBank BizRACE mula melabuhkan tirainya dan pencarian perusahaan kecil dan sederhana terbaik Malaysia pun bermula. Dengan adanya Vivy dan Fadza daripada FashionValet sebagai juri selebriti, peluang untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat seterusnya telah pun tiba.

 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik Lessons from the AmBank BizCONFERENCE Series in Kuching and Kota Kinabalu

Sila Kongsi

Kepimpinan

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com
Alt

Cadangan Buat Kamu

Sidang Kemuncak Kepimpinan Malaysia 2023

Kejayaan ke Masa Depan: Wawasan daripada Sidang Kemuncak Kepimpinan Malaysia 2023 (Bahagian 1)

Oleh Kiran Tuljaram dan Irfan Razali. Temui wawasan tentang kepimpinan, pengurusan perubahan dan banyak lagi daripada Sidang Kemuncak Kepimpinan Malaysia 2023. Serlahkan potensi sebenar anda dalam dunia yang semakin berkembang hari ini.

Jul 04, 2023 12 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

'Tamparan Idea' ialah podcast Bahasa Melayu yang mengupas topik dan isu semasa berkaitan dengan kepimpinan. Program ini diceriakan oleh Waheeda Hasbullah, seorang pengacara yang sentiasa membawa aura gembira kepada anda semua. Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Alt

Jadilah Pemimpin: Mengukir Sesuatu Kelainan Yang Ketara

Sesuatu kelainan yang ketara boleh diukir untuk meninggalkan impak yang besar. Tetapi, ia harus bermula dengan anda. Berikut adalah langkah-langkah yang anda boleh ikuti untuk mengukir sesuatu kelainan.

Feb 14, 2017 0 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest