10 Cara Terbaik Menyerlah Diri Di Tempat Kerja

Jul 30, 2018 2 Minit
menyerlah, berkilau

1. Selalu sedia berkongsi idea dan cadangan

Bermula dengan bidang kerja sendiri — cadangkan cara bagaimana ia dapat dilakukan dengan lebih cekap.  Biarpun pengurus anda menghalanginya, teruskan usaha anda. Ia akan menunjukkan anda sebagai seorang yang berinisiatif.

2. Menjadi pemimpin dalam mesyuarat

Dalam setiap mesyuarat, ada pemimpin dan pengikut. Pemimpin sentiasa memberi sumbangan idea yang bertahap tinggi. Pengurusan mengambil perhatian akan penyumbang-penyumbang idea memandangkan cadangan-cadangan mereka akan memanfaatkan organisasi.

3. Buat MELEBIHI batas bidang kerja

Misalnya, jika anda bekerja di bahagian khidmat pelanggan, dan seseorang pelanggan memerlukan bantuan, hulurkan pertolongan melebihi batas skop kerja untuk memastikan kepuasan pelanggan. Pelanggan suka memuji syarikat yang memberi perkhidmatan yang cemerlang. Tidak berapa lama lagi, pengurus adna pasti mendengar berita tentang khidmat pelanggan anda yang cemerlang itu.

4. Amalkan sifat suka menolong

Antara cara untuk menjalin hubungan erat dengan rakan sejawat dan pengurus adalah dengan mengamalkan sifat suka menolong. Dalam menolong mereka, anda mungkin memperoleh kemahiran baharu di luar bidang kerja anda

5. Bersifat proaktif 

Bersedia menangani masalah yang mungkin timbul dengan adanya pelan masa depan. Fikirkan cadangan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini supaya anda dapat meng’wow’kan rakan sejawat dengan kemampuan anda melihat jauh dan menyediakan penyelesaian bagi masalah tersebut.

Berkaitan: Adakah Anda Proaktif?

6. Sertai jawatankuasa atau kelab

Sertai jawatankuasa atau kelab dalam syarikat di mana anda boleh memberi sumbangan secara ketara. Sumbangan ini boleh berupa minat atau kemahiran khas yang kurang menonjol dalam kerja harian anda. Menjadi pekerja cemerlang termasuk mempunyai pelbagai kemahiran yang menjadikan anda pekerja yang amat berharga kepada organisasi.

7. Mulakan sesuatu usaha

Sentiasa mulakan sesuatu usaha misalnya mengemaskan tempat selepas jamuan makan di pejabat atau membuat rancangan untuk aktiviti tahunan hari pekerja. Usaha anda akan dihargai oleh rakan sejawat dan membayangkan sikap positif anda.

8. Amalkan gaya pakaian bersesuaian dengan peranan

Ini barangkali cara termudah untuk mendapat perhatian di tempat kerja. Jika anda memakai pakaian yang bersesuaian dengan peranan, anda akan terasa keyakinan dalam diri. Keyakinan yang anda paparkan akan menjadikan anda pemimpin semulajadi.

9. Bersukarela menjadi ketua pasukan

Ini adalah peluang untuk menyerlah diri dan menekankan kemahiran kepimpinan dan idea anda dengan bos-bos anda. Sebagai ketua pasukan, anda berpeluang untuk menjadikan idea anda suatu realiti. Ini akan menarik perhatian terhadap diri and sebagai seorang yang terdaya membuat kerja dengan baik.

10. Jangan bercakap negatif tentang tempat kerja anda

Ini bukan hanya akan merugikan anda memandangkan sebarang percakapan merebak dengan cepat tetapi akan, pada umumnya, melemahkan motivasi anda sebagai seorang pekerja syarikat itu. Pemikiran berubah menjadi perlakuan dan jika anda mempunyai pemikiran negatif tentang syarikat anda, tiada apa yang baik akan menjelma daripada situasi itu. Sebaliknya, berusaha menjadi pemberi inspirasi dan bersifat optimistik.

 

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

budaya

Refleks Defisit: Mengapa Kebanyakan Transformasi Budaya Organisasi Gagal

Oleh Roshan Thiran. Dalam situasi krisis, kepimpinan diuji melalui keupayaan mengurus emosi diri sendiri dan orang lain. Kecerdasan emosi membolehkan pemimpin kekal tenang, menunjukkan empati, dan membuat keputusan secara bijaksana. Dengan itu, mereka menjadi tonggak yang memberikan kestabilan dan hala tuju di tengah ketidaktentuan.

Feb 22, 2026 13 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Perniagaan

Bersaing atau Bekerjasama | Jadilah Pemimpin

Dalam kebanyakan organisasi, wujud pemisahan fungsi antara pasukan korporat dan kreatif. Selalunya, kedua-dua pihak berbeza pandangan dan sukar bekerjasama. Namun, apabila dua dunia yang bertentangan ini bertemu di tengah dan belajar untuk bekerja bersama, keajaiban boleh berlaku! Minggu ini, sertai Roshan dalam meneroka idea ini dengan lebih mendalam.

Mar 15, 2025 5 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest