Kerja Kuat Tetapi Kekal Hidup Sihat

Apr 21, 2017 2 Minit
kesihatan, jaga diri
Ingatkan Kesihatan Dan Kesejahteraan Diri

Kita sering tersangkut dengan kerja sehingga jarang meluangkan masa dengan keluarga dan rakan-rakan. Lebih membimbangkan, kita sering kali tidak memperuntukkan masa untuk penjagaan diri, baik kesihatan mahupun kesejahteraan.

Teknologi yang sepatutnya membantu memudahkan tugasan menjadikan kita terlalu taksub dengan kerja hinggakan mengabaikan keperluan dan tanggungjawab peribadi. Akibatnya, kita kerap memulakan kerja sebaik sahaja kita bangun dari tidur, terus menghadap telefon pintar dan ralit menjawab e-mel. Begitu juga apabila mata ingin terlelap, kita akan terpaku pada telefon sekali lagi.

Kerja kuat tetapi hidup sihat

Kesemua ini, iaitu keasyikan bekerja ditambah dengan komitmen keluarga, mengehadkan masa untuk kita berfikir tentang kesihatan. Adakah kita sedar apa yang kita makan atau kita terus menelan sahaja santapan yang terhidang di hadapan, sekadar mengisi perut untuk memperoleh tenaga sebelum meneruskan kerja? Adakah kita meluangkan masa untuk bersenam, bermeditasi atau berehat supaya tubuh badan kita kekal sihat? Malangnya, aktiviti-aktiviti ini tidak begitu diutamakan dalam jadual kita yang penuh kesibukan.

Maka saya ingin berkongsi idea dengan anda: Awasi dan cari jalan untuk memperbaiki tabiat makan dan senaman anda. Lagipun, berapa lamakah anda boleh terus bekerja tanpa badan yang sihat? Pastikan anda meluangkan masa untuk menjaga kesihatan tubuh anda. Akhirnya, anda akan meraih hasil yang menyenangkan – tubuh badan yang lebih cergas dan produktiviti kerja yang meningkat! 

Akhir kata

Mari kita bersama-sama memberi perhatian kepada kesihatan dan kesejahteraan diri. Luangkan sedikit masa setiap hari untuk memastikan kita membuat sesuatu untuk mengekalkan kecerdasan badan dan minda kita. Kerja kuat tetapi hidup sihat!
 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik Work Hard But STAY Healthy.

Sila Kongsi

Alt
Eva yakin bahwa semua orang bisa menjadi sosok pemimpin yang mereka inginkan, jika mereka mau berusaha dan belajar dari orang-orang yang ada di sekitar mereka.

Cadangan Buat Kamu

kepimpinan

Trend Kepimpinan Terbesar untuk 2026 dan Seterusnya

Oleh Sonia MCDonald. Terokai lapan trend kepimpinan yang akan membentuk tahun 2026 dan langkah yang boleh diambil oleh pemimpin masa kini untuk kekal relevan dan berprinsip.

Dec 01, 2025 10 Minit

Graduan wanita

Dilema Seorang Graduan Baru bersama Andrea Chew

Di episod 3, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Andrea Chew; Strategik Projek Partner di Leaderonomics, tentang topik hangat diantara 'fresh graduate' yang mula melangkah ke dunia pekerjaan. Bagaimanakah seseorang graduan baru boleh menyesuaikan diri di tempat kerja? Di sini, Andrea Chew akan berkongsi beberapa tip-tip kepada para siswa dan siswi untuk berkeyakinan lebih tinggi.

Mar 15, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Membina Pembangunan Diri

Membimbing orang lain dalam kehidupan dan kerjaya mereka dapat memberi peluang kepada kita untuk mengembangkan potensi dan meningkatkan pembangunan diri kita. Mari ketahui lebih lanjut tentang membina pembangunan diri bersama Roshan Thiran.

Apr 03, 2024 44 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest