Kejayaan Kepimpinan: Adakah Anda Terlampau Kuat Memegang Palang Gagang?

Jul 23, 2018 1 Minit
jalan, perjalanan, proses

Dalam buku klasik berjudul Zen in the Art of Archery, mahaguru memberi nasihat, “Apa yang menghalang anda adalah anda mempunyai banyak keazaman yang disengajakan. Anda fikir apa yang anda tidak buat sendiri tidak berlaku.”

Ditulis oleh ahli falsafah Jerman, Eugen Herrigel, buku itu mengupas bagaimana pembelajaran motor berlaku. Ini membawa maksud bahawa kebanyakan daripada pembelajaran kita diperoleh secara tidak sedar.

Idea ini berlawanan dengan tanggapan Barat bahawa setiap apa yang kita lakukan datang daripada kawalan dan arahan yang disengajakan. Tetapi sesiapa yang belajar menunggang basikal pasti tahu jika kita memegang palang gagang dengan terlalu kuat dan membelok dengan tergesa-gesa, ia hanya akan membawa bencana.  

Menjadi seorang pakar penunggang basikal akan bermula apabila kita belajar ‘melepaskan’ diri daripada menjadi terlalu mengawal. Daripada membuat basikal bergerak, kita bergerak bersamanya, seakan-akan kita sebahagian daripada basikal itu.

Jika kita berjaya menguasai peringkat ini, kita akan mendapati yang kita kurang jatuh daripada sebelumnya.

Bila kita ingin berjaya membuat sesuatu, ada kemungkinan kita akan mencuba mengawal sebanyak mungkin dengan harapan dapat meminimumkan risiko kegagalan.

Seperti juga memegang palang gagang dengan kuat berkemungkinan mengakibatkan lutut yang remuk dan ego yang terluka, percubaan untuk terlalu mengawal dalam kedudukan kepimpinan pasti akan membawa masalah.

Buat masa ini, terdapat satu atau dua contoh pemimpin yang cuba mengawal segala-galanya dan membuat tindakan terburu-buru apabila perkara yang dirancang tidak menjadi.

Pemimpin yang terlampau sememangnya  menyusahkan mereka yang ada di sekeliling mereka; dalam senario paling teruk pula, percubaan untuk mengawal dengan terlampau ketat boleh mencetuskan masalah besar kepada ramai orang.

Seperti juga perkara-perkara lain, kepimpinan berkembang dengan masa dan kita sentiasa menemukan pandangan baharu tentang bagaimana pemimpin boleh menjadi lebih efektif, efisien, melibatkan diri dan memperkasakan.

Walaupun begitu, nasihat terbaik yang diberi tidak semestinya diterima, dan selalunya pemimpin yang mempunyai gaya yang kaku hanya menerima mesej melalui keputusan yang tidak disenangi.

Berkaitan: Cara Menjadi Pemimpin Yang Lebih Hebat

Izinkan saya berkongsi tiga hasil tinjauan daripada perjalanan kepimpinan saya sendiri tentang bagaimana mencungkil yang terbaik daripada diri anda dan orang lain. (Ingat! Semua ini adalah pembelajaran dalam proses.)

1. Minta pendapat orang lain

Seorang mentor lama saya pernah berkata: “Saya tahu lebih banyak tentang kerja saya berbanding kamu, tetapi banyak lagi yang kamu tahu daripada saya.” Walaupun pemimpin selalunya mempunyai pengetahuan yang lebih tentang sesuatu subjek daripada pengikutnya, masih banyak lagi ilmu yang perlu diperolehnya —  ilmu yang dimiliki orang lain yang berada di sekelilingnya. 

Sebagai contoh, seorang pemimpin itu mungkin pakar dalam bidang kewangan tetapi kurang berpengetahuan tentang pemasaran digital atau bagaimana mencapai audiens melalui kandungan video. Pemimpin hebat mencari input daripada orang di sekeliling mereka. Bukan saja dia dapat membina pengetahuan sendiri, tetapi mendapat pandangan daripada pelbagai perspektif dan menanam budaya berkongsi ilmu di seluruh organisasi.

2. Rendah hati adalah kuncinya

Menjadi pemimpin boleh dikatakan menarik, terutamanya apabila anda berjaya mengecap kejayaan pertama. Kita akan terasa seolah-olah kita ‘telah berjaya dengan usaha sendiri’ dan ‘mencapai kejayaan dengan titik peluh sendiri’.

Daripada Nabi Musa hingga Mark Zuckerberg, tiada seorang pun yang pernah mencapai kejayaan tanpa pertolongan orang lain. Dalam semua perjalanan kepimpinan, akan ada kejayaan dan kegagalan dan eloklah kita mendengar nasihat penyajak Rudyard Kipling dan menganggap Triumph and Disaster (Kejayaan dan Bencana) sama sepertinya.

Apabila kita jatuh, kita harus bangun semula, dan pertolongan daripada orang lain sentiasa ada jika kita kekal rendah diri walaupun telah berjaya.

3. Banyakkan membaca

Ia bukanlah sesuatu yang memeranjatkan yang ramai daripada pemimpin paling berjaya di dunia adalah pembaca tegar. Melalui buku, kita mempunyai kelas bergerak daripada pemikir terhebat dari zaman dahulu hingga sekarang yang menunjukkan kita cara untuk mencapai, berjaya serta mengatasi halangan dan mengelakkan kesulitan yang tidak diduga.

Kajian telah menunjukkan bahawa membaca buku, terutamanya yang berkaitan peningkatan diri adalah ciri yang memisahkan satu peratus yang berpenghasilan tinggi daripada yang lain – cinta pembelajaran sepanjang hayat adalah apa yang memarakkan semangat kreativiti dan inovasi.

Secara peribadi, saya mencadangakan supaya anda membaca biografi (atau autobiografi) pemimpin yang anda kagumi termasuk buku-buku peningkatan diri berkenaan kemahiran yang berkaitan. Jadi, sebagai contoh, anda mungkin boleh membaca tentang Abraham Lincoln dalam karya hebat Doris Kearns Goodwin bertajuk Team of Rivals (Pasukan Saingan) dan juga How to Win Friends and Influence People (Bagaimana Menang Kawan Dan Pengaruhi Orang) oleh Dale Carnegie.

Buku pertama adalah manual tentang bagaimana kita boleh meneladani Lincoln sebagai pemimpin yang dikagumi dengan menyemai kualiti yang serupa. Buku kedua pula memberikan pandangan tentang salah seorang perunding dan komunikator terhebat dalam sejarah Amerika.

Itulah dia — amalkan sifat proaktif dalam mencari nasihat, kekal rendah diri, dan belajar daripada pemikir terhebat. Sama ada anda seorang pemimpin, atau inginkan perubahan atau baru ingin melangkah ke alam pekerjaan, saya berharap tiga nasihat ini dapat menjadi panduan untuk setiap langkah yang anda ambil.

 

Jika anda mempunyai panduan kepimpinan atau cadangan buku untuk dikongsi, hubungi Roslan Thiran melalui Facebook dan Twitter. Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik Success In Leadership: Are You Gripping The Handlebars Too Tight?

Sila Kongsi

Alt

Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/

Cadangan Buat Kamu

Pemimpin

Kepimpinan, Tabiat dan Ego

Oleh Sonia McDonald. Ketahui cara membina tabiat positif, lepaskan ego anda dan pupuk kecerdasan emosi sebagai seorang pemimpin.

Oct 15, 2023 7 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Alt

Berbaloi Mengotori Tangan Anda

Kepimpinan hanya boleh dipelajari dan dibentuk dalam proses mengotori tangan melalui pengalaman hidup. Konteks membentuk kebolehan kepimpinan. Tontonilah video ini.   Untuk membaca artikel berkaitan, klik Mengotori Tangan Anda.

Jul 17, 2017 4 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest