Berat sama dipikul
Ringan sama dijinjing

Janganlah tengok saja, mari tolong:

Wahai pembaca yang kacak dan jelita, kalau kamu percaya yang dunia hari ini menghadapi krisis kepimpinan, sudikah kamu memainkan peranan kamu mengatasi masalah tersebut?

Kalau sudi, kami ucapkan terima kasih. Sebarang pertolongan dan sumbangan amatlah kami hargai. Berikut adalah beberapa cara anda boleh membantu usaha kami untuk membina para pemimpin kini dan kelak: 

Default Thumbnail

Ikut

Nampak artikel, video atau podcast yang boleh membantu orang lain? Kongsilah di media social!

Default Thumbnail

Langgan

Langgani buletin mingguan kami untuk mendapat content kepimpinan yang padat dan relevan.

Misi kami adalah untuk memperdalam kebolehan kepimpinan sebanyak orang yang mungkin. Sokongan anda amatlah dihargai.

Tiga cara untuk membantu:

Default Thumbnail

Tulis Untuk Kami

Suka menulis atau meggubah gambar atau video? Jika bahan anda bertemakan kepimpinan, kongsilah dengan kami agar ia boleh diterbitkan. Tertakluk kepada Terma dan Syarat ;)

Default Thumbnail

Sokong Perjuangan

Suka turun padang? Kami rasa anda akan berminat untuk menyertai projek-projek Make A Difference kami, di mana anda dapat berinterksi dengan orang ramai dari komuniti yang kurang berkemampuan.

Default Thumbnail

Derma

Harta karun tak boleh dibawa ke kubur pun. Kalau kebetulan anda memang ada banyak duit dan tak tahu apa nak buat dengan jongkong emas yang bertimbun-timbun, kami boleh bantu meringankan beban anda.

Seorang guru yang bijaksana pernah ditanya: "Apa yang lebih penting, perjalanan atau destinasi?" Guru itu pun membalas: "Sahabat yang kita bertemu di sepanjang jalan itu."

Dengan bergabung tenaga, kita boleh mencapai matlamat kita iaitu Growing People into Leaders, Building Communities of Love, & Transforming the Nation.

Kami sentiasa bersedia untuk bekerjama demi memperkembang usaha Korporat, Komuniti dan Digital kami. Adakah anda seorang individu, ibu, ataupun organisasi, pasti ada langkah untuk saling membantu.

Default Thumbnail

Untuk Perniagaan

Leaderonomics telah menempa persahabatan yang akrab dengan perlbagai organisasi dan kami sentiasa terbuka kepada peluang baru. Sama ada untuk jangka masa pendek mahupun panjang, pasti ada peluang untuk kita saling bantu-menbantu.

Default Thumbnail

Untuk Belia di Pangkuan Sekolah

Sejak mula lagi, kami telah mengasaskan Kelab Leaderonomics percuma di sekolah rendah dan menengah untuk membentuk anak muda menjadi pemimpin. Kini, kami mempunyai 95 Kelab yang merestasi 3 buah negara!

Default Thumbnail

Untuk Kebaikan Sejagat

Kami juga terbuka kepada peluang untuk bekerjasama bagi kebaikan komuniti dan orang ramai. Malangnya, terdapat banyak masalah di dunia yang saling berhubung kait. Dengan bekerjasama, kita boleh membawa kesan yang jauh lebih besar.

Default Thumbnail

Untuk Belia di Kampus

Leaderonomics mempunyai hubugan rapat dengan beberapa universiti untuk menawarkan program internship. Kalau kamu mewakili universiti, kami ingin berucap di kampus anda!

Hubungi Kami