Tukar Kelebihan Anda Menjadi Kekuatan Luar Biasa

Feb 27, 2021 2 Minit
Gunakan kelebihan yang anda ada.
Menggunakan Kelebihan Anda

Seperti ramai orang, saya sering mengahabiskan zaman muda mengenal pasti kelemahan saya dan bagaimana cara mengatasinya  Ini meskipun ramai penyelidik sudahpun menyimpulkan bahawa sebanyak manapun kita berusaha untuk memperbaiki suatu kelemahan, mustahil ia boleh menjadi kekuatan satu hari nanti.

Saya tak pernah terfikir untuk menitikberatkan kekuatan dan kebolehan saya, sehinggalah saya didedahkan kepada konsep kekuatan sebagai pilihan yang jauh lebih efektif daripada kelemahan bagi perkembangan peribadi.

Sejak itu, saya telah meraih manfaat dalam pelbagai aspek hidup saya. Sejak awal lagi dalam kerjaya saya, pendekatan ini membolehkan saya faham kenapa ada perkara yang dapat saya lakukan dengan begitu mudah. Kebolehan untuk berfikir dengan lebih mendalam inilah yang memberikan saya keberanian untuk bertukar kerjaya daripada bidang akauntan ke HR. Sudah lebih sedekad sejak keputusan ini, dan saya sedikit pun tak menyesal.

Nota editor: Tekan butang bertanda 'CC' untuk aktifkan sarikata dan pilih Bahasa Melayu menggunakan butang 'setting'.

Dalam video ini, saya kongsi bersama anda satu contoh pendekatan berdasarkan kekuatan diri. Ya, memang kita semua ada kelebihan, tetapi bukan semua kelebihan kita mempunyai taraf yang sama. Sebelum tonton video di atas, saya ingin menjelaskan dengan ringkas empat jenis kekuatan yang akan kita selami:

  1. Kekuatan nyata: Anda mempunyai kemahiran dan minat yang tinggi bagi aktiviti ini dan rasa seperti tak pernah kehabisan tenaga
  2. Tingkah laku yang dipelajari: Anda mempunyai kemahiran tinggi tetapi kurang berminat melakukan aktiviti ini. Kalau dilakukan terlalu kerap anda berisiko mendapat stress.
  3. Kelemahan: Anda mempunyai kemahiran rendah untuk aktiviti ini, dan juga tidak begitu berminat terhadapnya.
  4. Kekuatan terpendam: Anda mempunyai kemahiran dan minat yang tinggi bagi aktiviti ini tetapi jarang berkesempatan melakukannya. Di sinilah ramai orang mempunyai potensi untuk menyerlahkan kehebatan dalaman mereka.


Baik, mari tonton video itu!

Satu lagi notis! Anna ingin memberikan satu penilaian kekuatan ataupun 'Strengths Assessment' sekali dengan sesi bimbingan perseorangan dengannya kepada salah seorang daripada penonton video ini. Untuk menyertai pertandingan ini, sila lawati dan subscribe kepada saluran YouTube We CEO dan tinggalkan komen dalam video di atas menyatakan mengapa anda ingin lebih tahu tentang kekuatan diri anda. Leaderonomics.com tidak mendapat sebarang bayaran daripada pihak We CEO. Kita sekadar ingin berkongsi peluang yang cukup berguna kepada para pembaca.

Sila Kongsi

Perkembangan Peribadi

Tag: Sumber Manusia, Perwatakan, Kebolehan Diri

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com
Alt

Cadangan Buat Kamu

Negatif

Peraturan Berkesan untuk Berurusan dengan Orang yang Negatif

Oleh Dan Rockwell. Orang yang negatif memberikan masalah yang sama berulang kali. Ia meletihkan.

Nov 15, 2022 2 Minit

Wanita

Kehidupan Seharian Pekerja Gudang Wanita di NinjaVanMalaysia

Pernah terfikir bagaimana rasanya menjadi seorang wanita yang bekerja dalam industri yang kebanyakannya didominasi oleh lelaki? Dalam video ini, kami berbual dengan Nurazlin, seorang pekerja gudang wanita di #NinjaVanMalaysia, untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman dan kejayaannya sebagai seorang wanita dalam dunia lelaki.

Mar 15, 2023 10 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest