Tip Kepimpinan: Sentiasa Belajar

Jul 13, 2018 1 Minit
belajar, ulang kaji, rajin, berusaha

Saya teringat masa saya bekerja di General Electric. Ketua pegawai eksekutif pada ketika itu ialah Jack Welch, yang bersara tidak lama kemudian. Ramai orang dalam dunia perniagaan menganggapnya sebagai salah seorang KPE yang paling hebat.

Setahun sebelum beliau bersara, isteri Welch menunjukkannya kuasa yang ada pada internet. Buat sebegitu lama, Welch telah menolak kemudahan internet tetapi apabila beliau menyedari kesilapan tanggapannya, beliau bergegas mengubah GE menjadi organisasi yang cukup gah menggunakan internet. Hakikat bahawa beliau akan bersara tidak lama kemudian tidak menghalangnya daripada terus belajar dan berubah.

Keinginan dan kebolehan untuk terus belajar dan berkembang sentiasa merupakan ciri utama pemimpin yang hebat. Mereka akan selalu memasang telinga dan membuka mata dengan harapan dapat belajar idea dan kebenaran baharu untuk diri sendiri. Tanpa mengira umur, mereka sentiasa ingin belajar.

Adakah anda mempunyai semangat sedemikian — keinginan membara untuk belajar dan berubah setiap masa? Sama ada anda tua seperti Welch atau masih di bangku sekolah, anda patut sentiasa belajar. Lagipun jika Welch pada umur 64 tahun boleh belajar daripada isterinya, masakan anda ada alasan untuk elakkan diri dari belajar?

Jadi, nasihat saya kepada anda:

Anda patut sentiasa belajar. Buka mata, pasang telinga untuk belajar idea dan kebenaran baharu demi pembangunan dan pertumbuhan diri.

Berkaitan: 4 Sebab Kenapa Kita Mesti Terus Belajar Sepanjang Hayat

 

Sila Kongsi

Alt

Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/

Cadangan Buat Kamu

rockstar

7 Langkah Memimpin Gaya Rockstar: Kunci Kejayaan Berani dan Luar Biasa

Oleh Nicola Moras. Anda ingin menggunakan segala yang ada dalam kemampuan anda untuk memberi pengaruh positif kepada orang di sekeliling anda. Anda boleh melakukannya dengan mengenal pasti gaya kepimpinan anda sendiri supaya anda dapat memimpin seperti seorang rockstar.

Jun 17, 2025 3 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Membina Pembangunan Diri

Membimbing orang lain dalam kehidupan dan kerjaya mereka dapat memberi peluang kepada kita untuk mengembangkan potensi dan meningkatkan pembangunan diri kita. Mari ketahui lebih lanjut tentang membina pembangunan diri bersama Roshan Thiran.

Apr 03, 2024 44 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest